CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65528|Reply: 410

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
Post time 27-3-2015 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 17-1-2019 07:23 AM

ok..nak tepek satu cerpen simpanan aku yang dah berhabuk, buat sengkang mata...ada juga kat kapasitor.net..




(1) CIK KIA.COM


KERTAS kerja diperiksa buat kali terakhir. Cik Kia tersenyum puas. Kerjanya hari ini sudah selesai. Senyuman diukir lebar. Sesekali cermin mata yang melurut di hidung ditolak dengan hujung jari telunjuk ke atas.  Meja dikemas rapi. Tudung yang dipakai dibetulkan sedikit. Dia segera mencapai beg tangan dan kunci motorsikal. Hatinya berbunga riang. Satu lagi kes selesai. Usahanya selama ini menjadi kenyataan. Dia segera menuju ke arah Bandar Baru Bangi. Sekejap tadi dia mendapat panggilan dari penyiasat peribadinya. Wah! Terasa diri seperti VVIP.

Dia sendiri tidak menyangka akan menjadi popular dalam masa sebegitu singkat. Ini semua gara-gara karya yang dihantar untuk suka-suka di sebuah laman web.Bermula dari situ, dia dihujani dengan e-mel dan panggilan telefon sehingga  terpaksa mengupah  seorang penyiasat persendirian. Dan kini dia berbangga mempunyai ruang pejabat sendiri walaupun tidak sebesar ruang pejabat menteri.

Modenas Kriss  laju  membelok ke arah sebuah restoran. Laju kakinya melangkah menuju ke sebuah meja yang terletak di luar restoran. Angin kipas berhawa sejuk nyata memberi keselesaan kepada temannya yang sudah lama menunggu.

“Dah lama sampai?” Cik Kia senyum sambil menarik kerusi dan terus duduk. Helmet diletakkan di  atas meja. Tudung yang sedikit senget dibetulkan semula. Cermin mata ditarik dan dilap dengan hujung tudung.

“Baru je, so, apa citer? Ada kes baru lagi ke?” Lan hembus asap rokok.Berkepul-kepul mengikut arah kipas angin.

Cik Kia jeling tempat habuk rokok atas meja. Hampir lima batang sudah lunyai di situ.

“Ada satu lagi. Aku nak kau siasat. Any way, sebab satu kes dah selesai. Nah! Ni upah kau!” Cik Kia sengih. Puas hati dengan tugas Lan.

Lan capai sampul yang dihulur Cik Kia. Dia buka perlahan. Wow!!

Err..mana kau dapat duit banyak ni?” Lan bulatkan mata sambil memandang Cik Kia yang tersenyum di depan.

“Alah..ambik jelah! Banyak tanya pulak.” Cik Kia sengih lagi.

Lan mula sengih. Macam ni, sepuluh kes pun aku boleh ambik!  

Cik Kia mula pesan makanan. Mereka sama-sama menikmati makanan tengah hari itu dengan hati yang puas. Cik Kia puas kerana kesnya telah selesai. Lan pula puas kerana mendapat habuan lumayan dari Cik Kia.  Cik Kia sempat menghulurkan sampul baru kepada Lan sambil tersenyum. Lan pula sudah faham senyuman Cik Kia. Mereka membawa haluan masing-masing.




SKRIN komputer riba ditenung lama.  Jenuh memikirkan susun atur yang sesuai untuk mencantikkan lagi blognya.  Bila idea sudah menjengah otak, laju tangannya menaip dan menukar HTML java script . Sekali lagi dia periksa susun atur gambar dan slot ruangan peribadi setiap pendaftar agar tidak mudah diakses oleh orang yang tidak berkenaan. Ruangan itu hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar sahaja.

“Hmm..settle!”Cik Kia mengorak senyum. Lebar.

Kini Cik Kia lega. Sebelum ini segala-galanya diuruskan secara manual. Melayan setiap e-mel dan panggilan telefon yang sudah semestinya mengganggu kehidupan sehariannya. Dengan adanya ruangan itu di blog peribadinya nanti, akan memudahkan urusannya untuk membantu mereka yang serius. Dia tersenyum puas.

Telefon Blackberry berwarna merah mula berdering. Cik Kia intai nama yang tertera di skrin. Private number. Siapa pulak ni? Kalau ahli berdaftar semuanya dia tahu. Siang-siang lagi dia sudah set nama masing-masing dalam senarai.

“Hello..”Cik Kia menjawab tanpa nada perasaan.

Err..boleh saya bercakap dengan Cik Kia?”

Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

“Ya,bercakap. Siapa ni?”

“Boleh kita jumpa?”

“Jumpa? Saya tak kenal awak. Mana boleh jumpa sesuka hati. Awak nak apa?” Cik Kia mula rasa tak sedap hati. Belum kenal apa-apa, dah nak jumpa!

Err..maaf.Saya Sam. Saya terbaca ruangan Cik Kia dalam blog tu. So, saya ingat nak join tapi segan pulak nak daftar kat situ. Boleh jumpa?”

“Hmm..kalau ikut panduan situ, awak kena daftar dulu. Macam ni..awak daftar dulu sebagai ahli, kemudian kita jumpa” Cik Kia mula beri saranan.

“Oh..okey.Kalau macam tu saya daftar dulu.”

Talian putus.

Cik Kia pandang pula skrin. Sekali lagi dia senyum. Nampaknya semakin ramai yang ingin menjadi ahli berdaftar. Kembang hidungnya bila blog yang dulunya sepi kini menjadi hit bila adanya ruangan itu. Dia tersenyum puas, gara-gara karya yang  ditulis hanya untuk suka-suka dan sekadar melepas perasaan di alam maya, kini dia boleh berbangga dengan blog pula. Tidak pernah terlintas sedikit pun.

Dia renung lagi skrin. Cuba mencari apa-apa yang boleh dimasukkan dalam ruangan itu. Panduan yang sengaja diletak di bahagian atas blog sengaja dihighlightkan agar pengunjung laman blognya nanti tidak menyalahgunakan ruangan itu sesuka hati.

Cik Kia tersenyum puas. Dia periksa semua ahli yang berdaftar. Alhamdulillah,hingga ke saat ini, sudah lima kes selesai. Mana ahli yang tidak mengikut garis panduan dan cuba melanggar etika yang telah ditetapkan akan terus disenaraihitamkan. Setakat hari ini, hanya satu kes saja yang menjurus ke arah itu. Semua itu hasil usaha Lan. Dia senyum lagi. Pada mulanya, semua yang dilakukan adalah atas dasar ingin menolong sesama manusia. Tidak sangka perkhidmatannya mula mendapat perhatian walaupun pada mulanya hanya sekadar menolong, kini dia mula menjadikan ruangan itu satu perniagaan yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini. Hanya bayaran minimum saja dikenakan keatas setiap ahli berdaftar dan jika kes selesai, terpulang pada mereka untukmembayar lagi atau tidak. Dia tidak kisah. Bibirnya mengukir senyum, lega kerana setakat ini mereka berpuas hati dengan perkhidmatannya.



CIK KIA bergegas ke restoran mamak berdekatan dengan rumah Lan.  Terkial-kial dia mencari kelibat Lan.  Helmet dipegang kemas. Tangan kirinya pula menggenggam sampul surat bersaiz A4. Dia terus senyum bila terpandang seseorang sedang senyum kepadanya di sebuah meja hujung sambil menghembus asap rokok.

“Ada apa kau panggil aku ni? Kes yang kau beri semalam belum start lagi la..”Lan menjentik sisa rokok ke dalam semak.

Cik Kia geleng. “Hoi! Kalau terbakar pokok tu siapa nak jawab?”

Lan hanya sengih. “Ala..setakat habuk rokok tu..tak ada kesanlah!”

Cik Kia mula mengeluarkan sekeping sampul surat dan diletak atas meja. Dia terus panggil pelayan untuk memesan minuman.

“Minum je?” Lan sengih lagi.

“Bankrap la aku kalau kau asyik mencekik je..” Cik Kia mencebik.

Lan sengih lagi. Dia terus buka sampul surat yang terletak atas meja.  Ada beberapa helai kertas termasuk sekeping gambar. Mukanya mula berkerut.

Err..macam familiar je mamat ni..” Lan mengusap dagunya yang ada seketul jerawat.

“Kau kenal ke?” Cik Kia renung Lan.

“Hmm..entah tapi rasanya aku pernah jumpa dia ni..tak pa nanti aku siasat.” Lan letak semula gambar dalam sampul surat bersama kertas lain.

“Dia ni baru daftar tapi dia nak jumpa aku. Aku ingat nak suruh kau siasat dulu,baru aku nak jumpa dia. Kau rasa macam mana?” Cik Kia pandang Lan yang mula mengeluarkan sebatang lagi rokok.

“Aku rasa dia ni padan dengan kau je. Dari segi umur pun..tak banyak beza..”Lan senyum.

Cik Kia mula masam. “Aku serius ni!”

“Alah..kau tu sibuk nak selesaikan kes orang, kes sendiri apa citer?” Lan mula gelak.

Cik Kia mula terfikir. Selama ini dia sibuk menguruskan kes orang lain sedangkan diri sendiri tidak pernah ambil tahu.  Ah! Lantaklah! Janji aku bahagia.
“Dahlah!Aku nak kau siasat latar belakang mamat ni.” Cik Kia menghabiskan minumannya.

Lan hanya memerhati Cik Kia berlalu pergi setelah segala perbincangan tadi selesai. Patutlah sampai sekarang macam ni..selalu kepoh! Kelam kabut! Baju kurung besar gabak, cermin mata besar, gincu merah menyala, kasut pulak kasut sukan!  Tudung bawal memanjang. Memang tak menarik langsung! Lan mula menafsir ciri-ciri yang ada pada Cik Kia, padanya cukup geli hati melihat penampilan  bos tak rasminya. Dia gelak sendiri.




JAM sudah hampir lapan  malam. Melilau matanya mencari helmet. Habis satu bilik digeledah. Dia cuba mengingati kembali di mana helmetnya. Balik dari berjumpa Lan tadi, dia ke kedai runcit, lepas tu kedai gambar. Sampai rumah, seperti biasa helmet tu diletakkan  dekat dengan rak kasut tepi tangga tapi puas dicari. Takkanlah..tadi aku letak kat sini. Mana pulak helmet tengkorak aku ni. Adoi!! Macam mana ni? Aku dah la nak cepat ni!!
Dijeling lagi jam di dinding. Sudah hampir lapan suku malam. Dia cari lagi.

“Ah! Lantaklah! Habis pun, aku kena saman je. Malam ni tak boleh missed! Ceramah ustaz hensem tu best!” Cik Kia terus capai sesuatu dari dapur dan terus diletak atas kepala. Hmm..ngam-ngam dengan saiz kepala aku.

Dia terus menunggang  motorsikal ke masjid dekat rumahnya dengan harapan tiada apa yang menghalangnya nanti. Keyakinan mesti ada. Setiap malam Jumaat dia tak pernah ketinggalan berjemaah di masjid berdekatan rumahnya. Habis solat Isyak, selalunya ada sesi ceramah dari ustaz jemputan.  Jarang dia tunggu lepas solat Isyak tapi bila tersua dengan ustaz yang mengajar di situ secara tak sengaja di tempat letak motosikal, hatinya mula kembang. Tak sangka ustaz muda itu menghulurkan senyuman kepadanya. Maka bertambah rajinlah dia mendengar ceramah.

Motor Modenas Kriss dibawa laju membelah jalan besar sebelum sampai ke masjid. Tiba-tiba motornya terhenti. Bukan rosak tapi sengaja diberhentikan. Matanya tepat memandang ke arah depan di simpang masuk ke arah masjid. Dua orang pegawai polis sedang memeriksa setiap motosikal yang lalu jalan itu.

“Alamak!Macam mana ni? Takkan nak patah balik! Aduh!!” Cik Kia mula menggelabah.Dahinya sudah berpeluh. Baju kurung yang terselak menampakkan betis putihnya ditarik sedikit ke bawah.  Otaknya ligat berfikir. Apa alasan yang akan diberi nanti. Sesekali dia meluku kepalanya sendiri. Tu la kau..over confident! Hatinya mula gelisah.

“Berhenti!Sila ke tepi!” Polis itu mula menahan.

Cik Kia semakin menggelabah. Dia segera ke tepi sambil mengheret motorsikal bersama.Dia pandang pegawai polis yang mula mengekorinya ke tepi jalan. Aduh!! Macammana ni!!!

“Bagi lesen!” Polis itu renung Cik Kia tidak berkelip. Bibirnya mula mengukir senyum.

Cik Kia segera  menghulur lesen memandu. Sempat dia jeling tag nama di poket baju polis tersebut. Jelas tertera nama. L’STRI.

Peliknya nama? Macam mana nak sebut…Lestari kut..Cik Kia mengagak.

“Nak ke mana ni sampai pakai macam ni?” Polis muda itu jeling Cik Kia yang memakai telekung dan berkain baju kurung. Ditambah lagi dengan aksesori cantik atas kepala.

Err..saya nak ke masjid depan tu je Encik..” Cik Kia semakin menggelabah. Dijeling jam tangan, sudah hampir lapan setengah malam.

“Cantik topi keledar awak!” Polis itu senyum lagi.

Cik Kia turut senyum sumbing. Faham sangat dengan kata-kata polis tadi. Dia pandang beberapa mat rempit yang ditahan. Masing-masing berbisik sesama sendiri sambil ketawa. Memang dia dah agak, mesti dirinya diketawakan nanti. Aduh!! Tak sangka pula ada sekatan jalan raya. Selalunya jalan clear saja. Hmm..nasib akulah malam ni. Saman pun samanlah!

Err..saya nak cepat tadi Encik Li..Lestari.” tergagap-gagap Cik Kia menjawab. Memang salahnya.

Pegawai polis itu senyum lagi. Dia pandang rakan setugas yang sedang memeriksa lesen memandu mat rempit.

“Mesti mahal helmet awak ni! Berapa awak beli?” Polis itu mula ketawa.

Cik Kia mula sengih. Perli aku ke apa ni?? Tahu la aku pakai bekas plastik ais krim!Geramnya!!! Teringat tadi, nak cepat punya pasal dia terpaksa ambil bekas plastik ais krim bulat yang masih ada pelekat Magnolia dan terus diletakkan di  atas kepala sebagai pengganti helmet.

“Mana cukai jalan awak?”

Err..cukai jalan? Apa tu encik? Saya tak pernah bayar cukai apa pun!” Cik Kia mula panik.Entah kenapa otaknya mula tidak betul. Dari tadi dia asyik memikirkan ‘helmet’cantiknya.

“Hah!Cukai jalan pun tak tahu?” Polis itu mula pelik. Minah ni betul ke tidak ni? Dahla pakai bekas plastik bulat atas kepala! Sah tak betul minah ni!

Cik Kia geleng. Mukanya pucat.

Polis itu terus membuat gerak tangan menggayakan bentuk cukai jalan untuk motosikal bila melihat Cik Kia terpinga-pinga.

“Cukai jalan tu ada yang bulat dan ada yang empat segi..selalunya diletak kat bawah tempat duduk motor.”

Cik Kia masih terkial-kial memikirkan apa yang dimaksudkan oleh pegawai polis tadi. Bulat? Empat segi? Aduhh!!! Apa benda tu??? Dia cepat-cepat buka tempat duduk  dan diangkat ke atas. Memang sah ada sesuatu yang berbentuk empat segi kecil terlekat di situ.

“Tapi yang ni road tax encik..” Cik Kia masih bingung. Keliru.

Polis itu terus ketawa terbahak-bahak. Cik Kia tercengang melihat gelagat polis muda itu yang mula menekan perut menahan ketawa. Mat rempit dan polis satu lagi mula berpaling. Mereka turut sama ketawa. Tinggal tak sampai terguling je lagi.

Lucu sangat ke??? CikKia pula masih tidak mengerti. Betul la…tu kan road tax..itu pun nak gelak??

“Cik adik…road tax tu cukai jalan la! Road tax..bahasa Omputih..dalam bahasa Melayu...cukai jalan! Faham!” Polis gelak lagi. Kali ini semakin kuat.

Cik Kia sengih lagi. Selama ini dia hanya sebut road tax. Dah terbiasa. Macam mana aku tak terfikir cukai jalan pulak. Haru!! Otaknya dirasakan sudah biul.

“Ni..satu lagi..betul ke nama awak ni?” Polis itu masih ketawa.

Cik Kia angguk. Mukanya mula merah menahan malu. Bila menyentuh pasal nama,  dia memang tak boleh buat apa-apa. Itulah nama yang diberi ibunya sebaik saja dia dilahirkan ke dunia tiga puluh tahun dulu.

“Tak apalah. Awak boleh pergi. Tak sampai hati saya nak saman awak.” Polis itu menyerahkan semula lesen memandu dan cukai jalan kepada Cik Kia sambil tersenyum.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2015 05:07 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 27-3-2015 05:17 PM

CIK KIA termenung. Masih memikirkan kejadian malam tadi. Malunya tuhan saja yang tahu. Kalau boleh mahu saja disorokkan muka bawah motor masa itu juga. Dia segera menatap skrin komputer. Tidak ingin mengingati kejadian memalukan itu. Laman blog ditatap lagi. Sam, lelaki yang menelefonnya dua hari lepas rupanya ingin berkenalan dengannya. Dia mula gelisah. Sudah banyak gadis yang sesuai disua kepada Sam. Gambar dan butir peribadi  semua gadis yang berdaftar dihantar kepada Sam melalui e-mel tapi tidak satu pun menarik perhatian Sam.

Tak faham dengan sikap Sam. Nama penuh pula tidak disertakan sekali dalam data blog sebagaimana mengikut syarat panduan kedua. Bila tanya Lan, Lan pula yang menyokong lelaki tanpa nama penuh itu. Kononnya sudah kenal, tak perlu siasat lagi. Ah! Rumit! Mengapa mamat tu nak kenal sangat dengan aku??
Petang nanti, Sam ingin bertemu dengannya. Ah! Haru betul!  Kenapa pula aku yang kena jumpa dia? Sepatutnya dia kena jumpa aku seperti dalam syarat panduan tu!  Adoi!!!Pening. Aku sendiri melanggar garis panduan dan syarat-syarat yang aku sendiri tetapkan! Dia baca semula panduan di skrin.

1.      MESTI BUJANG

2.Jujur dengan diri sendiri

3.Ada kerja (Lelaki-nak bagi makan anak orang kenalah kerja)

4.Janji temu perlu ditemani(berdua nanti ada pihak ketiga yang bertanduk)

5.    Serius dengan perhubungan (bukan main-main atau saja nak menggatal)

6.Janji temu pertama di pejabat Cik Kia(nak sahkan kesepadanan gambar dengan empunya badan)

7.MBA (Married but Available) tak dibenarkan (Shoo all married men)

8.Bukan Bini Orang (Nak langgar hukum?)

9.Gambar sebenar disertakan (Dari kepala sampai ke kaki- mana tahu ada cacatke)

10. Berpendidikan (tak semestinya pelajaran tinggi)


Cik Kia renung lagi. Kali ini dia sendiri telah melanggar syarat nombor enam. Nyata Sam ingin bertemu di luar.Dia segera capai telefon. Lan dihubungi.

“Lan, kau pasti ke Sam tu kawan kau?”Cik Kia mula resah.

Sure! Kau pergi la jumpa dia.Kau kat mana ni?”

“Aku kat rumah ni..err..tak boleh ke jumpa kat ofis aku je?” Cik Kia terasa dia sendiri melanggar prinsip

“Alah..Sam tu okey je la. Aku kenal dia tu. Kau tak payah risau!”

“Lan, kau temankan….” Cik Kia ketap bibir bila Lan sudah letak telefon sebelum dia habis bercakap.

Talian terus dimatikan.

Cik Kia kaget. Selama ini hidupnya gembira menyelesaikan kes pasangan lain . Sudah lebih sepuluh pasangan berjaya disatukan hingga ke jinjang pelamin tapi kali ini dia sendiri terjerat. Sam ingin berkenalan dengannya dan bukan dengan gadis yang berdaftar di ruangan itu. Dahinya dipicit-picit. Pening!
Kini dia terperangkap dalam ruangan ‘JODOH@ CIK KIA.COM’. Ruangan yang dihasilkannya sendiri di blog. Dan ruangan itu jugalah hasil idea dari karya yang dihantar ke satu laman web suatu ketika dulu. Karya yang mendapat sambutan pembaca di laman web tersebut. Pening!






CIK KIA termangu sendiri di meja restoran. Sesekali dia jeling jam tangan.Sudah menghampiri empat petang. Hatinya mula berdebar. Pukul empat nanti,jejaka bernama Sam akan muncul. Cermin mata yang terlurut diangkat ke atas.

“Baik aku ke toilet dulu.”Cik Kia segera ke bilik air bila terasa darah gemuruh mula menyimbah.

Di bilik air, lama dia merenung cermin.Sesekali dia menepuk kedua belah pipi.

Wake up Kia! Kaliini  kau yang kena blind date!” Dia berkata sendiri. Pipinya ditepuk lagi.

Segera dia menarik nafas panjang.Kemudian menghembus semula. Dia segera keluar dari bilik air menuju ke meja tadi. Berjalan perlahan tanpa memandang ke depan. Darah gemuruh masih kejap menapak dalam hati.

“Kia, kau kena cool. Kau kena tenang. Kau kena..” Dia mula berkata sendiri sambil melangkah perlahan kearah  meja yang dia duduk sebentar tadi bila tiba-tiba kakinya tersepak kaki seseorang. Terjelepok dia jatuh macam  nangka busuk.  Cermin mata tercampak entah ke mana.

Err…awak okey?”

Cik Kia masih meraba-raba  mencaricermin mata bingkai hitamnya yang sudah tercampak. Pandangannya mula kabur.

“Cik..awak okey ke?”

Cik Kia pandang ke arah seorang lelaki yang ingin menolongnya bangun dari jatuh tadi. Wajah lelaki itu kelihatan samar. Dia mengambil cermin mata yang dihulur lelaki itu dan terus dilekapkan ke sepasang matanya. Ha...baru terang dan jelas pandangannya.

Alamak! Malunya! Cik Kia mula tunduk bila melihat dengan jelas wajah lelaki yang membantunya tadi. “Err…saya okey..thanks.”

“Awak..Cik Kia kan?”

Cik Kia mula menoleh. “Awak Sam?”

Sam angguk. Mereka mula duduk di meja berdekatan.

“Assalamualaikum.” Sam mula memberisalam perkenalan.

Cik Kia pandang jejaka di depannya.Lelaki berusia pertengahan tiga puluhan itu memandangnya sambil tersenyum.Nyata jejaka di depannya seorang yang gentleman. Ada kumis nipis dan sedikit janggut. Kulit pula tak putih tak hitam…sawo matang. Ketinggian pula sederhana.

“Wa’alaikumussalam..” Cik Kia cuba mengukir senyum.

“Awak Cik Kia kan?” sekali lagi Sam bertanya.

Cik Kia angguk. Gementar.

“Saya Sam.”

Apalah mamat ni..memanglah nama kau Sam. Aku dah tahu tu semua! Nama penuh kau je aku belum tahu! Kalau ikutkan hati mahu saja dia pergi dari situ.

“Maaf sebab ajak jumpa kat sini. Saya tahu saya sepatutnya jumpa di ofis Cik Kia kan? Saya dah baca semua garis panduan di blog Cik Kia tapi saya rasa elok saja kita jumpa kat sini. Lagi ramai orang. Lagipun saya memang bujang. Belum berpunya. Jangan bimbang.” Sam senyum lagi.

“Mengapa awak nak kenal saya? Macam mana awak tahu saya ni masih single? Saya bukannya cantik pun. Cantik lagi gadis yang saya e-mel kat awak hari tu.” Cik Kia betulkan tudungnya yang mula senget. Cermin mata diangkat lagi bila terasa mula melurut.

Seorang pelayan restoran membawa minuman ke meja mereka. Perbualan mereka terhenti seketika.

“Saya tahu. Tapi pada saya awak lagi cantik. Awak jujur. Saya suka gadis jujur.”

“Saya ni dah tua tau..awak boleh pilih gadis lebih muda dari saya.” Cik Kia masih tidak puas hati.

“Sebenarnya banyak saya tahu pasal Cik Kia. Nama penuh Cik Kia, kat mana Cik Kia tinggal, di mana Cik Kia belajar dulu. Dan semua karya Cik Kia saya baca. Memang bagus. Idea di dalam cerpen tu sangat baik.” Panjang lebar Sam berbicara. Lembut tutur katanya.

“Jadi..awak baca cerpen saya?” Cik Kia besarkan mata. Terkejut mendengar pengakuan Sam.

“Ya..cerpen yang saya paling suka,tajuknya’Mencari Jodoh @ cari.com’  Watak dalam tu terasa macam saya pula.” Sam senyum lagi.

Cik Kia ternganga. Rupanya selama ini dia ada peminat misteri.

Anyway, saya rasa kita ada chemistry. Saya suka cara awak perkenalkan diri awak dalam cerpen tu..connecting people,sesuai dengan tajuk.” Sam sambung lagi kisahnya bersama cerpen Cik Kia. Dia mula gelak. Agak lama wajah gadis di depannya ditatap. Cantik walaupun bercermin mata besar. Wajah putih bersih dengan tudung bawal dipinkan  d ikiri kanan bahu.

“Kenapa awak gelak? Lucu sangat ke? ”Cik Kia ketap bibir. Tudung yang sudah selebeh dibetulkan dan cermin mata yang mula melurut ditolak ke pangkal hidung.

“Saya rasa kita ni sama...”Sam senyum lagi.

Cik Kia bingung. Sama??? Apa yang sama??

“Saya serius. Saya  rasa saya dah jumpa pasangan hidup saya.” Senyuman Sam masih terukir di bibir. Keningnya diangkat sambil mengenyit mata.

Cik Kia masih bingung.

Err..nama penuh awak apa ek? Sampai nak berahsia sangat dalam ruangan tu. Saya tak layan orang yang cuba berahsia ni. Nanti blog saya pula kena banned nanti, Beri maklumat palsu.” Cik Kia mula teringat Sam hanya mendaftarkan namanya sebagai Sam saja.

“Baiklah. Saya akan jujur dengan awak sekarang ni kalau itu yang awak nak. Nama penuh saya Samsung! Selamat berkenalan cik Nokia!” kali ini senyuman Sam semakin lebar. Penuh makna.

Cik Kia terkelu. Patutlah  Lan beria sangat menyuruhnya menyambut perkenalan mamat ni. Mamat ni pula beria nak kenal aku.   Dia terdiam lagi. Tak tahu apa yang patut dibicarakan. Lidahnya kelu. Hanya mata yang berkata-kata ketika itu.



TAMAT...

part kena tahan polis masa pakai bekas ais krim plastik bulat , ganti helmet tu,..kisah benar aku sendiri                              ..



Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 05:07 PM | Show all posts
alaaaaa..baru ingat citer ni habis terus.. hahaha
tapi...alaaaaaaaa.. ku tak puas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 05:07 PM | Show all posts
cik Kia?? Kia Sephia ke kia nokia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 05:53 PM | Show all posts
hahahahha ada lagi rupanye. tu la tak penyabor nak komen hahahha.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha...  Nokia & Samsung rupanya... Patutlah polis2 tu gelak sakan...  Thorbaek @Ipo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2015 09:58 PM | Show all posts
anisania replied at 27-3-2015 05:07 PM
alaaaaa..baru ingat citer ni habis terus.. hahaha
tapi...alaaaaaaaa.. ku tak puas.

tu la...ipo pun tak sempat nak tepek sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 09:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-3-2015 05:07 PM
cik Kia?? Kia Sephia ke kia nokia?

NOKIA vs SAMSUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2015 09:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-3-2015 07:37 PM
Hahahahaha...  Nokia & Samsung rupanya... Patutlah polis2 tu gelak sakan...  Thorbaek @Ipo

sekali sekala karang citer lawak..nk buang masa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2015 10:05 PM | Show all posts
actually panjang lagi citer ni..samsung (bukan nama betul)  tu anak orang kaya yang menyamar...

nokia (Juga menyamar)  tu wataknya  kalut tapi sangat berhati-hati dengan lelaki


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 11:09 PM | Show all posts
kenapa saya tak boleh nak bukak thread?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-3-2015 10:05 PM
actually panjang lagi citer ni..samsung (bukan nama betul)  tu anak orang kaya yang menyamar...

...

Sambung lagilah kalau itu jalan cerita sebenarnya @Ipo...  Karektor yg sgt menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2015 08:03 AM | Show all posts
blahbla replied at 27-3-2015 11:09 PM
kenapa saya tak boleh nak bukak thread?

kenapa? kenapa? kenapa?
thread mana yang tak boleh buka???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2015 08:46 AM | Show all posts
tergelak I baca kat opis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 01:00 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-3-2015 01:10 PM

(2) OPSS! MAAF!


ALIA membelek majalah Mingguan Wanita. Halaman pertama yang dibaca adalah ruangan petua.Semua petua dikumpul sehingga boleh menjadi satu buku. Kadang-kadang dia sanggup pergi ke kedai buku dan duduk di situ berjam lamanya semata-mata ingin mencari buku-buku yang berkaitan dengan petua. Tak kiralah petua untuk kecantikan, petua kesihatan , petua kebahagiaan dalam perhubungan, semuanya dikumpul dan dijadikan koleksi.

Dia melihat jam di pergelangan tangan. Sudah hampir sepuluh setengah pagi. Sesekali dia jenguk ke luar tingkap bilik asrama. Bayang Yati masih belum nampak. Dia menyambung semula membaca ruangan petua.

“Hmm..bagus  petua ni. Tak nak bagi daging liat, bubuh daun nangka masa masak daging..hmmm..mana nak cari daun nangka kat sini..”

“Yang ni pulak..nak bagi sambal nasi lemak sedap..bubuh sedikit gula melaka…hmm, okey jugak ni! Boleh cuba!”

Alia jenguk lagi ke arah tingkap. Biliknya yang terletak di tingkat bawah, memang mudah untuknya menjenguk atau melihat apa jua yang berlaku di luar. Kebetulan biliknya betul-betul mengadap gelanggang badminton dan juga surau.

“Mana Yati ni..dah hampir sejam aku tunggu.” Alia membebel sendiri.

Semalam dia sudah berjanji dengan Yati untuk sama-sama ke tapak ekspo konvokesyen.  Tidak sabar melihat barangan yang dijual di tapak ekspo. Semalam dia dapat tahu ada satu gerai yang menjual buku-buku petua yang lama dan dijual dengan harga murah. Dia membelek laju majalah Mingguan Wanita.Sesekali dia jenguk keluar tingkap. Kelihatan Yati sudah melambai ke arahnya.Cepat-cepat dia simpan majalah di atas meja belajar dan terus mendapatkan Yati yang tersengih dari tadi.

“Kenapa kau lambat? Dah kematu buntut aku lepak kat katil tu tau tak!” Alia segera tarik tangan Yati dan melangkah ke arah pintu utama asrama.

“Alah..kan ekspo tu buka pukul sepuluh. Baru setengah jam aku lewat!” Yati mengikut rentak Alia yang tergesa-gesa berjalan.

Jarak asrama dengan tapak ekspo tidak begitu jauh. Kebetulan tahun ini tapak ekspo diadakan di padang dekat dengan tasik dan kafeteria universiti.  Alia laju melangkah. Yati pula termengah-mengah mengikut rentak Alia yang sudah tidak sabar ke tapak ekspo.

“Lia..kau ni laju sangat la. Lenguh kaki aku tau tak!” Yati mula mengomel. Nyata Alia begitu teruja melihat gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.

Alia hanya senyum. Dia biarkan saja Yati mengomel sendiri. Dia perlu mencari gerai yang menjual buku-buku petua yang murah-murah itu. Dia perlu dapatkan buku-buku itu untuk koleksi peribadi. Matanya melilau mencari gerai yang menjual buku.

“Yati, kau tau tak kat mana gerai yang jual buku lama?” Alia mula pening bila melihat begitu banyak gerai menjual buku di situ.

“Aku rasa kat hujung sana tu.” Yati tuding ke arah sebuah gerai yang agak jauh tapi jelas kelihatan kain rentang bertulis ‘Jualan Murah Buku Lama’.

Alia segera menarik tangan Yati menuju ke gerai tersebut. Kakinya laju melangkah meredah orang ramai yang mula berpusu-pusu memenuhi tapak ekspo. Yati yang hanya mengikut saja arah jalan Alia, sekali sekala dia hampir tersadung bila tersepak kaki orang yang lalu lalang di situ.

“Lia! Kau ni laju sangatlah! Macamlah gerai tu nak lari!” Yati mula perlahankan langkahnya.

Alia berpaling bila Yati lepaskan tangannya. Dia senyum. Tanpa menghiraukan Yati, dia terus saja menuju ke gerai hujung. Tiba di gerai,dia melihat banyak buku-buku lama dijual di situ. Dia sempat menoleh ke arah orang ramai. Kelihatan Yati sedang berjalan perlahan di celah-celah orang ramai sambil minum air tin. Dia segera meninjau buku-buku yang dijual di situ. Rambang mata melihat banyak buku petua tersusun kemas di meja di bahagian dalam gerai. Berhimpit-himpit pengunjung memasuki gerai yang agak sempit.

Alia senyum bila melihat Yati termengah-mengah bila sampai di situ. Dia segera tarik tangan Yati ke dalam gerai sambil menunjukkan susunan buku petua di situ. Yati sengih.Nyata Alia terlalu obses dengan buku-buku petua. Entah praktik entah tidak.

“Yati, kau tengok ni! Petua untuk memilih calon suami yang baik. Ha..kau bolehlah beli ni!Kau kan suka sangat nak tahu ciri-ciri lelaki yang layak dijadikan suami!” Alia sengih sambil membelek buku yang bertajuk ‘ Petua Memilih Calon Suami’

Yati sengih lagi. Cari calon suami pun ada petua jugak ke? Dia geleng. Terpengaruh dengan minat Alia, Yati turut melihat-lihat buku-buku petua yang begitu banyak dijual di situ. Pilih saja mana yang berkenan. Dia ikut saja ke mana Alia pergi. Dia setia berdiri di sebelah Alia, ingin melihat buku petua macam mana yang menjadi pilihan Alia. Dia senyum lagi. Alia begitu leka membelek buku yang berlambak di gerai itu.

Alia pula, sudah tiga buku dikepit bawah ketiaknya. Dia masih mencari buku yang sesuai. Kali ini petua mengenai kecantikan. Teringat barang kosmetik yang mahal di pasaran.Pelembap saja sudah lebih dua puluh ringgit. Belum lagi pencuci muka dan ubat hilang jerawat. Tangannya laju membelek sebuah buku petua kecantikan, siap dengan gambar berwarna.

“Hmm..aku suka ni. Eh! Ada petua untuk melembabkan kulit muka. Sapu madu dan kubis yang telahditumbuk lumat dan lumurkan pada muka selama sejam..best ni!” Alia cepat-cepat ambil buku tersebut. Dia berpaling sebelah, Yati sudah tiada di sebelahnya. Selesai membayar matanya melilau mencari kelibat Yati.

“Mana pulak Yati ni?” Alia garu kepala.

Alia tersenyum puas. Satu beg plastik buku-buku petua sudah dibeli tadi. Dia masih menunggu di gerai itu, bimbang Yati akan mencarinya nanti kalau dia ke gerai lain. Sambil menunggu, dia sempat jeling beberapa buah buku yang diletak di luar gerai.

“Eh..baju kakak ni lebih kurang sama dengan aku..” Alia jeling seorang perempuan yang berdiri di sebelah. Perempuan itu memakai baju warna hitam berlengan panjang dan juga berseluar jeans longgar. Tudung pula seakan sama dengannya, tudung bawal putih yang ada sedikit bunga kecil walaupun corak bunga tidak sama.

Alia senyum.Nasib baik tidak sebiji sama. Kalau tak tentu aku dan kakak tu dah jadi boria pulak! Alia gelak sendiri. Dia lihat perempuan itu juga leka membelek majalah dan buku di gerai itu. Dia lihat jam.Sudah hampir sepuluh minit dia tunggu. Yati masih tidak muncul.

“Mana pulak minah ni pergi? Kut ya pun bagi tahulah nak pergi mana..senang nanti aku nak cari.”Alia mengomel  sendiri.

Dia menyambung melihat buku-buku di situ. Perempuan yang berbaju seakan sama dengannya masih berada di sebelah. Tiba-tiba Alia terasa ada seseorang menarik tangannya dan berjalan laju ke depan, keluar dari gerai. Terpinga-pinga Alia, tiba-tiba saja tanganya ditarik begitu. Sudahlah begitu, dia pula diheret keluar dari gerai itu. Dia cuba mengamati wajah lelaki yang tiba-tiba menggenggam tangannya tadi. Lelaki itu laju berjalan meredah orang ramai yang berkunjung ke situ tanpa menoleh sedikitpun ke arahnya. Dia terpaksa mengikut rentak lelaki itu. Jelas kedengaran lelaki itu membebel.



bersambung..........

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tersalah orang plk...  Almaklumlah baju hampir sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 04:12 PM | Show all posts
kah!kah!kah! aku pernah kena.. tapi melalui telepon laa..

org tu tepon tak bagi salam lagi.. terus cakap "Yang! dah siap blom? abang kat bawah niiii!"
lantas ku bertanya "ni sapa?", terus dia 'errr...' dan letak telepon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 04:37 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 29-3-2015 04:12 PM
kah!kah!kah! aku pernah kena.. tapi melalui telepon laa..

org tu tepon tak bagi salam lagi.. teru ...

awat ko tak balas semula macam ni

"Ya yang....nanti ayang turun k.." suara selembut bayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 04:47 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 29-3-2015 04:49 PM

“Cepatlah! You buat apa kat situ lama sangat! I dah lapar ni!”

Lelaki itu terus menarik tangan Alia menuju ke gerai yang menjual makanan dan minuman. Alia tergamam.

“Err..encik! Encik dah salah orang ni!” Alia cuba bersuara di celah orang ramai.

Bunyi bising sekitar tapak ekspo menyebabkan suaranya terasa tenggelam timbul.  Entah dengar entah tidak. Lelaki itu terus menarik tangannya. Sesekali dirasakan kakinya tersadung dan hampir jatuh bila ditarik laju. Beg plastik yang penuh dengan buku juga hampir jatuh. Alia cuba pandang ke belakang, mana tahu Yati sudah ada di gerai tadi. Dia cuba rentap tangannya dari genggaman lelaki tadi tapi genggaman lelaki itu nyata terlalu kuat.

Ali pandang lagi ke belakang lagi, mencari kelibat Yati tetapi lain pula yang dilihatnya. Dia menelan liur. Perempuan yang memakai baju yang hampir sama dengannya tadi turut berlari ke arahnya. Seolah-olah mengejar sesuatu.Alia dapat melihat riak wajah perempuan itu seperti mahu menerkamnya. Matanya beralih pula pada tangan perempuan itu yang menggenggam dua biji kek cawan.

“Alamak! Kenapa perempuan tu kejar aku?” Alia cuba lepaskan genggaman tangan lelaki yang masih menariknya ke arah gerai makanan.

“Encik! Hello!”

Lelaki itu tidak mendengar jeritannya. Sebaliknya dia terus menarik tangan Alia di celah-celah pengunjung.

Alia menoleh lagi ke belakang. Perempuan tadi masih mengejarnya. Laju kakinya melangkah dengan muka marah. Alia jeling kek cawan di tangan perempuan itu, sudah penyek!

“Encik! Encik salah orang ni! Lepaskan tangan saya!” Alia jerit lagi. Kali ini lelaki itu mula berpaling.

Alia masih tergamam dengan tindakan lelaki itu. Dia lihat lelaki itu juga tergamam dan terkedu. Cepat-cepat lelaki itu melepaskan tangan Alia. Mukanya mula pucat. “Opps! Maaf! Saya ingatkan girlfriend saya tadi! Maaf!”

Lelaki itu mula meminta maaf. Alia dapat melihat dengan jelas wajah kemerahan lelaki itu yang berkulit cerah cuba menahan malu. Lelaki itu tepuk dahi sambil tersenyum. Alia menggosok tangannya yang mula terasa kebas akibat genggaman kuat lelaki tadi.

“Tak pa..awak tak perasan tadi kut..” Alia cuba senyum walaupun dalam hati dia sudah geram dengan tindakan lelaki itu yang menonong saja menarik tangannya.

Alia pelik bila melihat wajah lelaki itu tiba-tiba pucat lesi seperti melihat sesuatu yang aneh.  Matanya luas. Peluh menitik didahi. Dari riak wajah lelaki itu, Alia dapat meneka ada sesuatu yang dipandang lelaki itu  di belakangnya. Dia mula menoleh ke belakang. Mukanya turut pucat. Sebiji kek cawan sedang ‘terbang’ ke arah mereka. Alia cepat-cepat tunduk. Dia terduduk di depan lelaki itu.Mencangkung!  Pantas saja mukanya ditutup dengan beg plastik. Bimbang kek cawan yang dilontar perempuan itu hinggap ke mukanya.

Paap!!

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:52 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-3-2015 04:37 PM
awat ko tak balas semula macam ni

"Ya yang....nanti ayang turun k.." suara selembut bayu

tak terpikio la pulak nak perdajal org mcm tu masa tu..
memandangkan masa tu byk panggilan sesat masuk tepon aku..

tanya gas lah
tanya catering lah
tanya kedai lah
budak cari mak lah
laki cari bini lah
(no tepon bini pon boleh salah ke? 2x plak tu dok ulang panggil)





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.115629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list