Samsung Galaxy S6 dan S6 edge telah diumumkan secara rasmi di Malaysia semalam. Peranti terkini Samsung ini melakukan pelbagai pembaharuan dari segi fizikal dan juga perisian bagi menjadikannya peranti terbaik di pasaran. Antara penambahbaikan yang dibawakan oleh Samsung ialah kemampuan kamera yang lebih baik dengan fungsi baru yang tidak wujud pada peranti lain setakat ini.
Kamera 16 Megapixel f1.9
Setiap kali peranti baru diperkenalkan kemampuan kamera adalah yang paling ditekankan. Peranti mudah alih merubah kehidupan manusia moden. Kami pernah terbaca manusia sekarang mengambil lebih banyak gambar dalam masa setahun dari 100 tahun pertama pengenalan teknologi fotografi. Jika dahulu gambar hanya diambil untuk hari-hari penting, kini gambar diambil setiap waktu untuk perkongsian di media sosial. 100 tahun dari sekarang generasi akan datang tidak akan menghadapi masalah melihat bagaimana leluhur mereka hidup, makan, bersenam, tidur dan beriadah. Setiap sudut kehidupan dikatalogkan oleh kita sekarang untuk rujukan mereka.
Di atas kertas kamera Samsung Galaxy S6 tidak ada bezanya dengan GALAXY S5. Kedua-duanya menggunakan sensor 16 Megapixel. Penambahbaikan dilakukan pada aperture yang kini mempunyai nilai f/1.9 berbanding f/2.2 sebelum ini. Malahan aperture yang sama digunakan pada kamera hadapan dan belakang,
Apakah maksud f/1.9? Maksudnya ialah kamera Galaxy S6 membenarkan lebih banyak cahaya ke dalam sensor kamera. Hasilnya ialah kemampuan mengambil gambar yang lebih baik dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Kamera pesaing lain di pasaran seperti iPhone 6 dan HTC One M9 kedua-duanya masih menggunakan aperture f/2.2.
FUNGSI OIS
Selain aperture yang lebih baik kamera Galaxy S6 juga kini mempunyai fungsi OIS (Optical Image Stabilisation ). Ia kali pertama kami lihat pada Galaxy Note 4 yang kami rasakan mengambil video yang paling stabil di makmal Amanz. Ini adalah fungsi yang anda mahukan jika ingin mengurangkan gegaran pada gambar dan video. Sebelum ini sistem Digital Image Stabilisation. Fungsi OIS dahulunya hanya wujud pada kamera video tetapi dengan teknologi pengecilan yang semakin baik fungsi ini kini mampu digunakan pada peranti mudah alih. Gambar yang diambil kini lebih tajam dan video yang diambil lebih stabil.
Tracking Auto Focus
Inovasi paling menarik kamera Galaxy S6 ialah Tracking Auto Focus . Seperti OIS, TAF sebelum ini hanya disokong kamera video. Perisian peranti boleh mengesan wajah objek yang diambil videonya dan kemudian secara aktif memastikan wajah tersebut sentiasa difokus dengan betul. Fungsi Tracking Auto Focus sangat bagus digunakan untuk mengambil video aksi ataupun di dalam kes kami wajah anak yang sedang merangkak dengan pantas. Tiada lagi masalah video tidak memfokus dengan sempurna. Galaxy S6 adalah peranti pintar pertama yang mempunyai kemampuan ini.
Melancar Kamera Dengan Pantas
Kamera Galaxy S6 boleh dilancarkan dalam masa 0.7 saat. Ini adalah amat penting kepada mereka yang mahu mengambil setiap detik kehidupan dengan sepantas kilat. Cara melancarkan aplikasi kamera baru juga diperkenalkan. Hanya tekan butang home sebanyak dua kali dan aplikasi kamera kini boleh digunakan.
Di atas adalah empat penambahbaikan yang dilakukan oleh Samsung pada Galaxy S6. Empat fungsi yang memastikan gambar yang bukan sahaja lebih cantik tetapi pada masa yang sama memudahkan penggunaan kamera pada peranti pintar anda. Hari kini kita membincangkan fungsi kamera Galaxy S6. Jumpa lagi di waktu hadapan dimana kami akan membincangkan pembaharuan pada perisian dan bahan binaan peranti terkini Samsung ini.
Penafian: Advertorial dari Samsung
kredit:www.amanz.my
|