Berkongsi mengenainya, pihak Xiaomi mengatakan mereka telah membuat jualan sebanyak lebih RM1.22 bilion (RMB2.08 bilion) sepanjang jualan 12 jam yang diadakan semalam. Ini kali pertama jualan Mi Fan Fstival turut diadakan di Malaysia, Indonesia dan India.
Xiaomi mengatakan melalui jualan yang diadakan di tujuh buah negara tersebut mencatatkan lebih 2.12 juta telefon pintar terjual, selain 38000 televisyen Mi TV, 770000 peranti pintar, 200000 Mi Band dan juga 247000 Mi Band Strap.