View: 1678|Reply: 0
|
Google Dilaporkan Membangunkan Sokongan Android Wear Untuk iPhone
[Copy link]
|
|
Google Dilaporkan Membangunkan Sokongan Android Wear Untuk iPhone – Tetapi Adakah Apple Akan Membenarkannya?
Apple akan mula menjual Apple Watch pada bulan ini, dan kini pada masa yang sama, Google turut dikatakan sedang membangunkan sebuah aplikasi dan sokongan khusus yang membolehkan para pengguna iPhone untuk menggunakan jam tangan berasaskan Android Wear.
Google sentiasa memfokuskan kepada dua platform mudah-alih utama, iaitu Android dan iOS. Sejumlah aplikasi mereka sedia ditawarkan untuk platform iOS, termasuk antara yang popular adalah seperti YouTube dan juga Google Maps.
Walaubagaimanapun, salah satu persoalan yang hadir adalah adakah pihak Apple akan membolehkan Google menerbitkan aplikasi berkenaan di AppStore atau sebaliknya. Seperti semua sedia maklum, Apple Watch adalah produk yang menjadi fokus mereka untuk tahun ini, apatah lagi ia merupakan produk dibawah kategori baru daripada Apple untuk tahun ini. Semestinya mereka tidak ingin jualan Apple Watch terjejas dengan terbitnya aplikasi untuk menyokong Android Wear ini.
Sebelum ini, salah seorang pembangun bebas telah memperlihatkan sokongan Android Wear pada iPhone, tetapi ia memerlukan kaedah yang sukar dan pengguna perlu jailbreak untuk menggunakannya. Perkara ini semestinya tidak begitu digemari oleh pengguna umum.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan dan dibawakan oleh Google kelak, dan bagaimanakah Apple akan memberikan reaksi untuknya.
Sumber Rujukan: TheVerge
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|