View: 2317|Reply: 0
|
Nissan X-Trail Hibrid dilancarkan – enjin 2.0L dengan motor elektrik
[Copy link]
|
|
Nissan telah memperkenalkan versi hibrid untuk model Nissan X-Trail crossover di Jepun yang akan mula dipasarkan bermula 13 Mei.
X-Trail Hybrid ini dilengkapi dengan enjin empat silinder 2.0-liter yang bergabung dengan sebuah motor elektrk, pek bateri lithium-ion serta transmisi XTRONIC. Enjin konvensional menghasilkan 147 kusadakuda pada 6,000rpm dan 207 Nm tork pada 4,400rpm sementara motor elektrik menjana 41 kuasakuda dan tork segera 160 Nm.
Jika dibandingkan dengan model X-Trail biasa, model hibrid ini menghasilkan kurang 75% NOx dan NMHC (non-methane hydrocarbons) serta penggunaan bahan bakarnya ialah 20.6 km/L (atau 4.8 liter untuk 100 km).
Model ini mempunyai ciri sistem “Forward Emergency Braking” yang mana ditawarkan sebagai ciri standard untuk kesemua model Nissan (spek JDM-hanya pasaran Jepun) bermula musim luruh ini. Perubahan lain berbanding model biasa X-Trail termasuklah Regenerative braking system, aerodynamically-optimized floor, Around View Monitor bersama Intelligent Parking Assist dan lain-lain.
Merupakan model JDM (untuk pasaran Jepun sahaja), model Nissan X-Trail Hibrid ditawarkan dengan harga bermula 2,804,760 JPY (RM85k) untuk varian pacuan dua roda sehingga 3,240,000 JPY (RM98k) untuk varian 4WD model.
Sumber: Nissan
kredit:www.arenakereta.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|