Facebook sebelum ini telah menawarkan sokongan membuat panggilan video pada perkhidmatan web mereka dan memerlukan pemalam khusus dipasang. Kini, dengan fokus pihak Facebook terhadap platform Messenger, mereka kini turut mengumumkan sokongan panggilan video melalui aplikasi Messenger di Android dan iOS. Melalui kemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android dan iOS, pihak Facebook menambah sebuah ikon panggilan video pada bahagian atas aplikasi, membolehkan pengguna memulakan panggilan video dengan hanya satu tap sahaja. Walaubagaimanapun, agak mendukacitakan kerana ia diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara, dan Malaysia bukanlah dalam fasa pengenalan pertama. Pihak Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkannya secara berperingkat mengikut faktor geografi, dan mungkin akan hadir untuk pengguna di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi. Jadi, sementara menantikannya, bagi anda, adakah pengenalan panggilan video pada Facebook Messenger akan memberikan kesan terhadap aplikasi lain seperti Skype dan sebagainya? [size=0.8em]SUMBER RUJUKAN: FACEBOOK
kredit:www.amanz.my
|