View: 4363|Reply: 11
|
{EDISI BERJALAN DALAM GELAP}Cerita Warisan Pok Cik Mok Cik Kampung
[Copy link]
|
|
Koleksi Cerita2 ini adalah hasil perkongsian acik2 yang duk jauh nun dikampungMasa penceritaan dan Masa kejadian mungkin time kawasan tu xmembangun lagi
EDISI KEPALA BUKAN KELAPA
=======================
Siapa yang berkongsi : Musafir yang tinggal dirumah mak cik aku
Masa Penceritaan : Time aku kecil sekolah rendah
Keadaan : background cerita dia sebuah perkampungan yang belum mempunyai lampu jalan
Masa Kejadian : tidak diketahui secara pasti
Musafir yang aku panggil abang Z. menceritakan pengalamannya puland dari surau. dikawasan perkampungan dia tinggal adalah kawasan pedalaman di atas bukit. dimana laluan mungkin terpaksa melalui laluan menaik.
disebabkan tiada lampu jalan. hanyalah cahaya bulan yang jadi penyuluh waktu malam. and dia tidak membawa lampu suluh dek karena kehabisan bateri.
ketika dia melalui kawasan. dimana ditepi laluan kawasan itu ditumbuhi beberapa pohon kelapa.
ketika dia berjalan seperti ada kelapa yang jatuh disebelah dia. and benda itu seperti bergolek sehingga begitu dekat dengannya.
Pada awalnya dia ingatkan buah kelapa yang gugur. lalu dia pun mengangkat. dan alangkah anehnya dia rasa. tangkai "buah kelapa" yang dia ngakat itu terasa seperti sabut. berambut.
and dia mengangkat lebih tinggi. alangkah terkejutnya dia. bila dia melihat yang diangkatnya adalah kepla. dan lebih menyeramkan. dia memegang dan wajah kepala itu betul2 melihat mukanya,
dia seperti terkedu beberapa saat sambil membalas pandangan kepala itu.
selepas keluar dari ketidaksadarannya dia melepas kan kepala itu lalu dia berlari dengan laju.
sambil diiringi hilai tawa.
EDISI PULANG MENGUBATI PESAKIT(TUKANG URUT)
=================================
Siapa yang berkongsi : Tukang Urut
Masa Penceritaan : Time aku kecil sekolah rendah
Keadaan : background cerita dia sebuah perkampungan yang belum mempunyai lampu jalan
Masa Kejadian : tidak diketahui secara pasti
Cerita ini diceritakan oleh si tukang urut berketurunan Indonesia yang aku panggil Pak P. Hari itu sudah larut malam. kerana terlalu seronok bercerita dengan tuan rumah yang juga kenalannya. si tukang urut balik lewat malam. dan dia berjalan kaki pulang. Pada saat dia melalui satu laluan yang agak menaik. dia merasa seperti diekori oleh seseorang. dia pun xmahulah toleh belakang. dia teruskan perjalanan juga. tapi naluri dia untuk tengok belakang tu sangat kuat. tapi dia pendamkan juga. dia merasa objek itu semakin dekat. tanpa menoleh kebelakang dia dapat melihat beberapa centimeter dibelakang dia dia melihat sepasang kaki yang seperti berwarna keemas emasan. dia terukan perjalanan tanpa menoleh kebelakang. tp sepasang kaki itu tetap mengekorinya. sehinggalah dia sampai ke kawasan yang landai. dia xmerasa di ekori. dia pun menarik nafas lega. ketika dia buka jer mata selepas menarik nafas lega dia melihat sepasang kaki sedang berjalan dihadapannya. Sepasang Kaki sahaja tanpa anggota yang lain.
EDISI PULANG MENGUBATI PESAKIT(BIDAN)
=================================
Siapa yang berkongsi : BIDAN
Masa Penceritaan : Time aku kecil sekolah rendah
Keadaan : background cerita dia sebuah perkampungan yang belum mempunyai lampu jalan
Masa Kejadian : tidak diketahui secara pasti
Pada malam yang tenang itu sepasang suami isteri menjadi ibu bapa. dengan bantuan si bidan kampung. selepas semua selesai si bidan kampung pun meminta diri untuk pulang. kerana sudah terlalu lewat malam. walaupun suami isteri itu meminta si bidan tidur dirumah mereka kerana malam memang sudah terlalu larut. tapi bidan rasa baik dia balik rumah dia. sebab rumah dia pun tak terlalu jauh. dia pun pulang. setelah beberapa langkah dia berjalan sepohon pokok bergoyang seperti ditiup angin yang terlalu kencang. dia pun tidak menghiraukan. dia pun meneruskan perjalanan. kelihatannya "benda" itu seperti berpindah ke pohon disebelahnya pula and pohon disebelahnya pula bergoyang kencang. si bidan seperti sudah tau apa yang di atas pohon itu. lagipun bidan tu rasa badan dia masih ada bau bayi dan darah orang bersalin. kerana itu ada yang mengganggu. lalu bidan itu pun berjalan lagi kali ini pun sama benda tu berpindah ke pohon lagi satu. kali ini dengan hilaian tawa .... tangisan .... dengusan semua bercampur. lalu bidan tu tengok ke atas pohon. seperti yang dijangka kelibat wanita berambut panjang berdiri di atas pohon. lalu si bidan berteriak kepada makhluk diatas pohon itu supaya tak ada benda yang dia boleh bagi dan menyuruh benda itu berhenti mengganggunya. tapi benda itu semakin galak. lalu bidan itu berkata. apa yang kau mahukan tak ada apa aku boleh bagi kalau ko mahu hantar aku pulang silakan. gangguan itu terus menggangu bidan itu. sehingglah dia selamat sampai ke rumah dia.
ok la ... setakat ni dulu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah ada masa nanti aku sambung ... |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok baca kisah seram ni... Saya pun ada kisah juga. Kalau ada masa, nanti saya kongsikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Story lagi please... |
|
|
|
|
|
|
|
EDISI KAK TIMAH LENGGANG PULANG KERJA
=================================
Siapa yang berkongsi : Seseorang
Masa Penceritaan : Waktu Duduk Santai
Keadaan : sebuah laluan kecil yang gelap
Masa Kejadian : tidak diketahui secara pasti
Kak Timah selalu pulang malam. Pekerjaan dia memaksa dia pulang lebih kurang pukul 10 malam. Ada kenderaan yang menghantarnya pulang tapi bukanlah terus ke depan rumah. Jarak rumah kak Timah dari tempat dia turun tu tidaklah terlalu jauh dalam masa 10 minit - 15 minit berjalan kaki. untunk sampa ke rumah dia . kak timah terpaksa melalu satu laluan yang kecial dan gelap. Ketika kak limah sedang asyik berjalan dia seperti merasakan ada sesuatu yang semakin mendekat. Tapi untuk menyedapkan hati kakTimah anggap bayang2 sahaja. Dia juga perasan laluan yang dilaluinya hampir setiap hari itu seperti lebih sempit dari biasa. pohon2 pun seperti rendang dan ranting2nya dekat ke tanah. dia semakin risau. tapi dia tak punya pilihan selain melalui jalan itu untuk sampai kerumahnya. dia semakin takut bila seperti ada angin bertiup ditengkuknya. dalam hati dia "ah sudah". dia pun cuba berjalan dengan cepat tapi seperti jauh sekali laluannya untuk sampai ke rumah. tiba2 seperti ada yang merentap dompet yang dipegang oleh kak timah sehingga dompet itu terjatuh ke belakang. mau tak mahu kak timah terpaksa mengutip dengan meraba tanpa menoleh ke belakang. alangkah malangnya dalam keadaan meraba itu dia terpegang sesuatu yang berbulu. tp dia gagahkan juga terus meraba sebab dalam dompet tu ada duit gaji dia. dapat jer dia sentuh dompet tu terus dia teriak dan lari laju2. Alhamdulillah dia tak "tersesat".
EDISI ZACK PULANG MENGAJI
===================
Siapa yang berkongsi : Kawan Zack
Masa Penceritaan : Waktu time kecil2 dulu
Keadaan : Perkampungan yang belum ada perkhidmatan elektrik
Masa Kejadian : Pulang mengaji
Zack terkenal dengan kenakalannya. Dia dikenali sebgai seorang yang pemberani. dia berani pulang mengaji seorang diri walau waktu itu laluan jalan memang gelap gelita hanya ditemani cahaya bulan. Seperti kebiasaannya habis waktu mengaji lebih kurang pukul 9. tapi Zack gemar untuk duduk bermain bersama kawan2 sebayanya. lebih kurang dalam pukul 10 pun dia pulang. laluan ke rumah zack agak jauh. tapi zack sepertinya sudah biasa. Pulanglah zack seperti biasa. sampi sahaja zack ke satu laluan dimana ditepi laluan itu terdapat kebun. dia pun berjalanlah seperti biasa. tiba2 ..... dia seperti melihat sesuatu yang berbulu. dia sangkakan pohon itu berbulu. lalu dia pun melihat dengan lebih lama. dan dia ikuti ketinggian benda berbulu itu. semakin dia mendongak semakin jelas bentuk benda itu. sebuah makhluk yang tinggi mempunyai wajah menyeramkan. makhluk itu diselimuti bulu. zack pun berlari la pulang ke rumah. Keesokannya dia demam panas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Best...best... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi2.
nak lagiiii
Senang hati baca cite abis senafas ni.
xyah tggu episod2 smpai aku lupa stop kt mana. |
|
|
|
|
|
|
|
ada citer baruuuu.. best2... nak lg.. dan lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita first tu macam adegan filem hantu kak limah |
|
|
|
|
|
|
| |
|