![](http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/05/14/13/55/bunuh.ashx?w=620&h=413&crop=1&/)
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]POLIS berjaya menggagalkan satu rancangan untuk membunuh pasangan diraja, Putera Charles dan Camilla selepas menyerbu satu lokasi di Ireland. [size=0.98em]Pihak berkuasa Republik Ireland merampas beberapa bom dan senjata api beberapa kilometer dari lokasi yang dijangka akan dilawati pasangan diraja terbabit pada 19 Mei ini. [size=0.98em]Seramai enam suspek berjaya ditangkap dalam satu operasi besar-besaran, termasuk di dua lagi di kawasan Glenfarne di Leitrim. [size=0.98em]Charles difahamkan akan memberi penghormatan kepada bapa saudaranya, Raja Mountbatten yang terkorban pada 1979 di kawasan tersebut, yang mengambil masa kurang satu jam perjalanan daripada Mullaghmore.
[size=0.98em]Kedua-dua lelaki berusia 20-an yang ditahan ditemui memiliki bahan letupan yang sudah diubahsuai serta sepucuk pistol. [size=0.98em]Menurut Mirror Online, bom telah diubah suai serta sepucuk pistol yang ditemui di beberapa lokasi seperti di Louth, Wexford dan Dublin menerusi serbuan besar-besaran yang dilakukan di 20 lokasi berbeza seluruh negara. [size=0.98em]Enam suspek yang ditahan berusia lingkungan antara 21 hingga 62 tahun dan mereka direman di beberapa stesen Garda (balai polis) di seluruh negara. [size=0.98em]Difahamkan, kesemua enam suspek tersebut mempunyai kaitan dengan Tentera Sebenar Republik Ireland (Real IRA) serta Kesinambungan Tentera Republik Ireland (Continuity IRA). [size=0.98em]Menurut satu sumber yang memaklumkan kepada sebuah portal media tempatan, Irish Mirror mengenai kesemua sasaran yang berpontensi telah dipantau sejak beberapa minggu lepas. [size=0.98em]"Pihak polis telah melakukan pemantauan terhadap mereka sejak beberapa minggu lalu. [size=0.98em]"Faktor keselamatan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi sejurus pengumuman mengenai lawatan kerajaan Britain," lapor sumber tersebut. [size=0.98em]Tambahnya lagi, sumber tersebut turut memberitahu bahawa dua bom yang diubahsuai serta sepucuk pistol turut dijumpai di Wexford. Polis mengesahkan bahawa kedua-dua suspek tersebut telah berjaya ditangkap. [size=0.98em]"Kedua-dua suspek yang berusia 20-an telah ditangkap di lokasi kejadian dan kini ditahan mengikut Seksyen 30 Akta Kesalahan terhadap Akta Negeri di Balai Polis Manorhamilton," lapor seorang jurucakap polis mengenai kejadian Leitrim.
|