Edited by Nusantara77 at 3-6-2015 01:17 PM
LONDON – Pembekal unit kuasa enjin Formula Satu (F1), Renault dilaporkan bakal membuat keputusan sama ada ingin meneruskan penglibatan dalam sukan perlumbaan bermotor itu atau tidak.
Renault yang membekalkan enjin V6 1.6 liter kepada beberapa pasukan F1 termasuk Red Bull dan Toro Rosso dilihat gagal menyaingi prestasi unit kuasa skuad-skuad teratas.
Selepas mengharungi enam perlumbaan musim ini, pasukan-pasukan yang dibekalkan enjin Renault telah menukar unit kuasa baharu sebanyak empat kali untuk meningkatkan keupayaan memecut.
Menurut peraturan perlumbaan baharu diperkenalkan musim ini, pasukan yang me-nukar enjin atau unit kuasa melebihi lima kali akan dikenakan hukuman penalti.
Sehubungan itu, Renault diserang kritikan tanpa henti daripada pelbagai pihak yang turut mempersoalkan kemampuan pembekal enjin itu meneruskan kontrak pembekalan unit kuasa kepada pasukan-pasukan terlibat.
Minggu lalu, Pengerusi F1 Renault, Cyril Abiteboul dipanggil menghadiri perbincangan bersama pemilik jenama F1, Bernie Ecclestone berhubung masa depan pembekal enjin itu.
“Kami akan meneruskan penglibatan dalam F1 sehingga kontrak Renault berakhir pada penghujung musim 2016. Kami juga amat menghormati perjanjian itu. “Pada masa sama, kami juga perlu membuat keputusan sama ada akan menyambung kontrak atau tidak. Kita hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. “Pertemuan antara Renault de-ngan Ecclestone ketika perlumbaan di Monaco memang diadakan setiap tahun tetapi perjumpaan baru- baru ini melibatkan per-bincangan yang menentukan masa depan Renault. Ia turut membincangkan keputusan-keputusan pilihan yang akan diberikan kepada Renault,” ujar Abiteboul. – Agensi
sumber:kosmo
|