CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3627|Reply: 0

[Falsafah] Zat Qalbu

[Copy link]
Post time 6-6-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Tuhan jadikan benda baik dan benda buruk. Disuruh kita memilih benda yang baik utk dijadikan makanan. "Kulu minat Taiyyibat". Taiyibat termasuklah benda yang boleh tidak memudaratkan jasad dan fikiran kita serta membantu kita untuk beribadah seterusnya mengenal Allah.

Bermula benda yang kurang baik untuk dijadikan makanan ialah haiwan laut (seafood) seperti udang (jalan reverse), sotong (jalan reverse), ketam (jalan senget) dan kerang (jumud - hanya menunggu makanan datang baru dijelir lidah). Tabiat jumud dan songsang yg ada pada haiwan tersebut akan mempengaruhi tabiat kita.

Kemudian, elok sikit ikan-ikan kecil dilaut (bilis, sardin, kembong, selar, kerisi dll) walaupun sebenarnya ia bodoh kerana bergerak secara kelompok yg besar 100 - 500 ekor. Jika pihak hadapan salah "memandu" semua yang lain akan masuk pukat. Berbanding ikan sungai yang lebih cerdik seperti ikan keli, haruan dll yang bijak mencari makan seorang diri, melindungi diri dari pemancing dan banyak khasiat jika dimakan.

Kemudian yang teramat bodoh dari binatang darat adalah ayam karan (ayam daging) yang disuntik hormon & steroid agar cepat membesar dalam masa 30 hari didalam sangkar yg sempit tanpa bergerak cergas, tanpa keluarga ayam, tanpa mengawan, tanpa melawan & berjuang mempertahankan kawasan. Ayam ini kalau jumpa ular sawa, samada buat tak kenal atau serah diri awal-awal.

Yang cerdik sedikit dari itu haiwan berkaki empat yang bergerak lambat, nampak malas tapi rajin jika dipukul punggung, jinak & dipelihara tuan seperti lembu & kerbau. Walaupun ia tidak secergas haiwan liar dihutan, ia masih di cop "bodoh seperti lembu". Seladang tidak di cop sebegitu kerana kuat, gagah dan nampak gah. Kambing cergas sedikit dan banyak khasiat walaupun hamis bau badan.

Yang amat cerdik, istimewa dan menjadi buruan raja-raja pada zaman dahulu ialah haiwan berkaki 4 yang hidup liar di hutan.  Rusa, pelanduk, napoh, kancil, kambing hutan, sebukit (kambing bukit) dll amat cergas mencari makan, amat sensitif deria dengar, bau dan firasat. Makin cerdik ia melarikan diri dari kepungan askar istana, makin ia disukai raja untuk dijadikan hidangan. Tabiat ini diharap akan mempengaruhi pemikiran raja untuk menyusun strategi mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Yang lebih cerdik, cergas dan sensitif deria adalah haiwan berkaki dua seperti burung merpati, burung wak-wak, itik belibis, ayam hutan, burung punai yang hidup liar di hutan. Haiwan jenis ini sangat luas pengalamannya kerana ia hidup bebas terbang kemana-mana yang disukai.

Tetapi, bila difikir dengan mendalam, semua haiwan ini apabila makan, tumpuan mereka ke bawah berbanding dengan pokok yang makan tetapi pucuknya sentiasa melihat ke langit (mengenang kebesaran Tuhan). Falsafah pokok amat tinggi. Kebaikannya banyak. Ia jadi payung ketika panas terik, tempat bersandar bagi musafir, menghidangkan buah kepada manusia & haiwan. Bila sampai umur, dahan digugurkan sedikit demi sedikit dan tidak mencemarkan alam dengan bau bangkai. Pun begitu, jasadnya digunakan orang utk buat perabut & jambatan. Vegetarian tentu faham rahsia kehebatan pokok dan tumbuhan.

Apapun, ahli sufi zaman dahulu amat gemar puasa dan berbuka dengan roti kosong dan air.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Sumber: blog Ustaz Sufi
Ini adalah sebahagian daripada falsafah hidup ahli ibadah.
Semoga kita mengambil manfaat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.393559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list