View: 7646|Reply: 30
|
Minyak Kelapa Dara (Kecantikan+Kesihatan) - Minyak Pemakanan Organik Tersihat
[Copy link]
|
|
Edited by homemadenatural at 8-6-2015 01:51 AM
Saya suka mengamal kecantikan secara semula jadi, seperti sabun & shampoo, atau perwarna rambut yang dibuat sendiri.
Untuk suplement, saya pilih minyak kelapa dara, atau dikenali sebagai virgin coconut oil.
Minyak kelapa dara terdapat 2 jenis, dalam bentuk pil atau cecair. Jika anda nak makan, sila pilih jenis cecair. Bentuk jenis pil adalah telah diproses oleh kilang, mingkin terdapat unsur-unsur kimia di dalam. Pilih jenis cecair dan minum dengan sudu. (biasanya 1-3 sudu sehari, lebih minum tak apa)

Jenis pil (tidak digalakkan)

Jenis cecair minyak (semakin jernih semakin bagus kualitinya)

Jenis cecair minyak (semakin jernih semakin bagus kualitinya)
Minyak Kelapa Dara dikenali oleh seluruh dunia sebagai Minyak Pemakanan Organik Tersihat
Jadi Apakah Minyak Kelapa Dara?

VCO adalah minyak kelapa yang diperas secara semula jadi melalui proses dingin daripada kelapa organik yang matang. Ia beraroma halus dan wangi dan juga boleh diminum terus dengan sudu untuk kebaikan kesihatan, serta disapu pada luar tubuh badan untuk kecantikan luaran. Ia juga bahan organik tanpa unsur-unsur pengawet.
VCO berbeza dengan minyak masak kerana ia mengandungi asid lemak berantai sederhana (MCFAs), asid caprylic, asid capric dan asid lauric dan semuanya komponen-komponen baik bagi menjana kesihatan malah juga membantu menghilangkan lemak di bahagian abdomen!
Seseorang mungkin bertanggapan bahawa pengambilan minyak yang kerap akan meningkatkan kadar kolesterol atau berperut buncit; namun ini adalah tanggapan yang salah. Disebabkan VCO terdiri daripada MCFAs yang bermolekul kecil, ia amat mudah menembusi membran sel. Semasa pencernaan, nutrisi yang terlarut dalam lemak boleh diserap dengan pantas lalu ditukar kepada tenaga. Pengambilan secara kerap telah membuktikan bahawa ia memperbaiki kadar kolesterol dalam darah, meningkatkan sistem imun dan metabolisme, serta meringankan jangkitan luaran yang meliputi bakteria, kulat dan virus.
Untuk Kesihatan Harian, Pengunaan Atau Pengambilan VCO Dapat Membantu:

Untuk Diminum - 2 Sudu Besar Sehari
1. Kurangkan Berat Badan
Kurangkan saiz bahagian abdomen kerana MCFAs mampu meningkatkan kadar metabolisme dari 4% ke 12%
2. Penghadaman Lebih Lancar
Membantu menghapuskan bakteria jahat dalam usus bagi mencegah Sindrom Usus Mudah Rengsa, Sembelit dan ketidakhadaman
3. Tiroid Yang Lebih Efisien
MCTs membantu meningkatkan hormon pelindungan tiroid, progesterone dan pregnenolone bagi menyingkirkan kolesterol dan meningkatkan proses metabolisme
4. Jantung Yang Lebih Sihat
Mengurangkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan sakit jantung disebabkan asid Lauric yang berkhasiat kepada jantung
Penggunaan Harian Pada Rambut, Badan Atau Bahagian Terjangkit

1. Kulit, Rambut & Kulit Kepala Yang Lebih Sihat
Sebagai pelembap dan pelindung matahari bagi kulit
Membantu masalah kulit – jangkitan bakteria, ruam kulit, dermatitis,jerawat, kedutan, ekzema, psoriasis
Menangguhkan tanda-tanda penuaan awal, kedutan dan kekeringan kulit
Boleh digunakan sebagai minyak urut
Sapu sedikit VCO pada rambut dan kulit kepala selepas dicuci untuk rambut yang lebih bersinar, kuat dan tiada kekusutan
Membantu tumbuh semula dan membekal protein penting bagi menyuburkan rambut rosak
2. Kebaikan Lain Untuk Penggunaan Luaran
Merawat jangkitan kulat seperti jangkitan ekzema dan yis kandida
Membasmi dan menyembuhkan luka dan cedera
pembersihan kulit sensitif bagi mengganti sabun
Mengurangkan kesan regangan kulit
pembersih mekap mata
Remedi semulajadi untuk ruam lampin
Sebagai pelembap bibir untuk bibir yang rekah atau berdarah
Sebagai mengatasi masalah pernafasan yang berbau untuk berkumur dalam mulut setiap hari bagi pembersihan gigi dan pengawalan bakteria
Kebaikan VCO Untuk Haiwan

Diet yang berkhasiat digaulkan bersama makanan haiwan
Membantu dalam masalah kulit – membasmi kuman cedera, menggalakkan pemulihan luka
Menghilangkan bau badan haiwan
Menghindari kutu
Melembutkan bulu haiwan
Kegunaan Praktikal Lain-lain

Di Dalam Dapur
o Memasak – pengganti minyak biasa
o Digoncang bersama minuman protein
o Sebagai glaze untuk hidangan pencuci mulut
o Baking – sebagai alternatif kesihatan untuk lelemak sayuran
Di Sekeliling Rumah

o Menggilap Perabot – menggantikan semburan habuk yang bertosik untuk menghasilkan permukaan perabot yang berkilau
o Pengilat Kereta – untuk mengilat kulit, vinil, bahagian plastik kenderaan anda
Article dipetik dan terjemah dari website: Natural Connection Resources , boleh baca full article nya di sini, tajuknya: What is Virgin Coconut Oil (VCO)?
Website ini (http://naturalconnection4u.com/) juga merupakan tempat saya membeli minyak kelapa dara secara online.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninnamina at 8-6-2015 01:17 PM

saya minum yg ni... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols pun minum ni dulu. ada lah dalam 2 botol. sekarang tak minum sebab malas nak togak pagi2
|
|
|
|
|
|
|
|
--siapa nak kurus pagi pagi lps bfast amikla vco dalam 2 sudu. kita akan rasa kenyang sentiasa sbb kelapa tu rasa lemak lemak akan buat kita rasa takde selera
--yang azabnya rasanya tak sedapp boleh buat kembang tekak
--siapa ade masalah period tak dtg pon boleh cuba
--boleh beli kat cosway ya dalam rm30 |
|
|
|
|
|
|
|
oo 2 sudu tu kene amek sekali gus ke? hahah saya pegi buat pagi 1 malam 1
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa minyak kelapa dara ni macam mana?
Ok tak? Boleh telan tak?
Saya pernah minum olive oil, sekali je pun. Rasa minyak sangat. Terus termuntah-muntah lepas tu.
Nak try juga minyak kelapa dara ni tapi takut rasanya macam minyak. Buat rugi beli pulak nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Kembang tekak telan liquid punyaaaaaa. Skrg tgh consume yg capsule je. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
lepas iols telan, cepat2 minum air 
|
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya rasanya memang tak sedap la ye.  |
|
|
|
|
|
|
|
bau minyak tu aje pun buat teringat kat rambut aci dalam metro bas  |
|
|
|
|
|
|
|
nk try gak... katanye permudahkan proses bersalin; tp klu tang berminyak tu x menahan... klu wat kuah sup leh x..? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh online beli, 100ml or 400ml.400ml boleh minum 2 bulan++ kalau rajin minum, macam ini:

Ini link nya: Virgin coconut oil 400ml (menurut kpd shop owner, VCO nya pure imported from India)
Just guna maybank2u bayar.
|
|
|
|
|
|
|
|
ninnamina posted on 8-6-2015 01:12 PM 
Edited by ninnamina at 8-6-2015 01:17 PM
iols sapu je yg ni..minum xleh masuk tekak la..cmne uols bole msuk tekak eh.. amek yg softgel je utk makan.brand halal gel
|
|
|
|
|
|
|
|
fida75 posted on 9-6-2015 09:28 AM 
nk try gak... katanye permudahkan proses bersalin; tp klu tang berminyak tu x menahan... klu wat kua ...
haa...start makan blk bile momiess2 byk sarankan bgus utk proses bersalin. inshaAllah 
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat pasaraya pon ada.. tesco, jusco, cosway. harga maybe lain2
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh kut tp nnt sup akak rase kelape la hahhaa. iols pon mcm terpk nak marinate gune VCO ni tp nnt terbau2 kelapa plak trus x jadik hahhahaa
akak kene try cari yg tak da bau la kot kalau utk masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe lepas telan trus mnm air banyak2, mule2 mmg rase pelik tp lelame dah hadam dah rase kelape tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|