|
PELUMBA CP115, Ahmad Abdul Kadir kini lega memandangkan dia kini berada pada prestasi terbaik bagi menghadapi Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Melaka, hujung minggu ini.
Setelah namanya agak tenggelam berbanding rakan sepasukan lain, Ahmad berjaya menjejakkan kaki di atas podium pada perlumbaan lalu di Terengganu di belakang juara, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan Petronas Yamaha Maju Motor.
Pencapaian Ahmad musim lalu berbeza jika dibandingkan dengan tiga rakan sepasukan yang menyapu bersih kedudukan keseluruhan dengan Izzat Zaidi
“Sudah lama aksi saya tidak begitu kompetitif dan gagal untuk menaiki podium.
"Sejak podium terakhir saya, seakan ada jurang besar dengan rakan sepasukan yang menyinar di setiap perlumbaan, namun saya tidak mahu jadikan ia alasan untuk melemahkan semangat sebaliknya menjadi motivasi untuk meningkat," katanya.
Selepas empat pusingan perlumbaan, Ahmad kini berada di tangga ketujuh keseluruhan dengan 37 mata manakala Kasma di tangga teratas dengan 70 mata diikuti Tengku Amirul kedua dengan 66 mata diikuti Fareez Afeez (Felda PB Racing) ketiga dengan 40 mata.
sinarharian
|
|