CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9811|Reply: 28

7 Penjenayah Terkemuka Malaysia

[Copy link]
Post time 18-6-2015 12:48 PM | Show all posts |Read mode


Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa. Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek "Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.








1. Botak Chin




Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

2. Bentong Kali



Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluan kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.


3. Mona Fandey



Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.

4. Hanafi Mat Hassan





Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.


5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.

6. Prebet Adam



Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

7. Ahmad Najib


Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape lah pembunuh noritta samsuddin...
Pembunuh tersembunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 01:55 PM | Show all posts
next altantuya
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:26 PM | Show all posts
Memang legend mereka2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 02:49 PM | Show all posts
tragis kisah prebet adam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:35 PM | Show all posts
Prebet Adam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2015 04:54 PM | Show all posts
ahmad najib...dh sampai peringkat rayuan ke
hukuman belum lg kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 05:39 PM | Show all posts
mona fendey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 06:39 PM | Show all posts
Kesian prebet adam. Adik dia meninggal mcm tu jer. mmg x adil. Sultan boleh terlepas begitu shj.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:28 PM | Show all posts
Alamak!!! Spidey baru perasan diri dah berkahwin ngan kerabat keluarga jahat-jahat belaka. Spidey berjanji tak akan berani curang kat Puan @BotakChinPeng lagi!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:51 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 18-6-2015 11:28 PM
Alamak!!! Spidey baru perasan diri dah berkahwin ngan kerabat keluarga jahat-jahat belaka. Spidey be ...

hehehehe...statement ni mmg lawak
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 01:24 PM | Show all posts
prebet adam - sadis
mona fandey & botak chin - legend
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 02:51 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 18-6-2015 11:28 PM
Alamak!!! Spidey baru perasan diri dah berkahwin ngan kerabat keluarga jahat-jahat belaka. Spidey be ...

Mana lu pernah kawin dgn dia ? Lu bini lelaki jerman la .nyok
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng replied at 19-6-2015 02:51 PM
Mana lu pernah kawin dgn dia ? Lu bini lelaki jerman la .nyok

Hi sayang,  selamat berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:39 PM | Show all posts
apa cerita prebet adam skrg ya? dia bukannya gila kan. ya la .. dia mengamuk sbb marah yang amat sgt dgn ketidakadilan dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 03:56 PM | Show all posts
baru ku tahu yang botak chin rupanya bukan botak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2015 03:53 AM | Show all posts
prebet adam = kesian
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
knpa prof. azahari husin takde dlm list?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 09:17 AM | Show all posts
and pembunuh adik nurin..sampai skarang unknown kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 04:47 PM | Show all posts
Botak Chin dgn P Kalimuthu tu memang legen lah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.073827 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list