Seperti semua sedia maklum, buah Kurma mampu memberikan tenaga serta merta kepada kita yang berpuasa dengan khasiatnya yang cukup luar biasa. Jadi, ia sangat membantu kita berasa lebih segar dan bertenaga dalam menjalani ibadah puasa dan menunaikan Solat Tarawikh. Atas kesempatan ini, kami ingin kongsikan bersama anda 3 resepi mudah menggunakan buah Kurma. Ketiga-tiga juadah ini sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa mahupun sahur. 1. Cucur Kurma Untuk membuat Cucur Kurma, gaulkan kesemua bahan iaitu dua cawan tepung, setengah cawan kurma yang telah dihiris halus, dua sudu susu pekat manis, setengah sudu soda bikarbonat, setengah sudu garam, sebiji telur dan dua cawan air. Setelah menjadi satu adunan, ceduk menggunakan sudu dan goreng ke dalam minyak yang panas. Kredit foto: zulfadreamland.blogspot.com2. Agar-Agar Kurma Untuk membuat Agar-Agar Kurma pula, anda hanya perlu memasukkan satu cawan kurma yang telah dibuang biji dan telah dikisar ke dalam air yang mendidih bersama agar-agar, gula dan susu. Biarkan mendidih dan tuang ke dalam acuan, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. Kredit foto: resepmasakansiemak.com3. Jus Kurma Bersusu Sekiranya anda tercari-cari minuman yang mudah disedia, murah dan menyegarkan, Jus Kurma adalah pilihan yang tepat. Anda cuma perlu kisar satu cawan kurma yang sudah direndam ke dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Jika mahu manis, tambahkan sedikit madu. Kredit foto: pinterest.comSelamat mencuba! Sumber: karangkraf.com wanista.com
|