PELUMBA muda negara, Khairul Idham Pawi kini bersedia bersaing di podium pada saingan Moto3 Kejohanan Junior Dunia selepas layak menghuni barisan hadapan di Litar Catalunya, Sabtu lalu. Penunggang Honda Team Asia itu muncul ketiga terpantas dengan catatan masa 1’51.481s, pada sesi pertama kelayakan.
Tempat pertama milik pelumba Sepanyol, Joan Mir dengan kelebihan 0.423s diikuti rakan senegara, Aron Canet kedudukan kedua. "Saya gembira kerana dalam sesi pertama beraksi baik. Pada mulanya, saya menyasarkan meningkatkan kelajuan di sesi kedua tapi malangnya terhalang akibat halangan trafik. "Apa pun, saya harap kami boleh memberikan yang lebih baik pada perlumbaan sebenar," katanya.
sinarharian
|