CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10450|Reply: 68

RUMAH AKU ADA PENGHUNI LAIN KA ?????

[Copy link]
Post time 23-6-2015 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cik.meow at 24-6-2015 08:18 AM

Assalamualaikum..cik meow suka baca cerita seram-seram kat dalam cari ni..kali ni cik meow nak cerita jugak pengalaman seram cik meow sendir.

AKIBAT UBAH SUAI BILIK

kejadian ni baru je berlaku dalam tahun lepas rasanya. selama cik meow tidur dalam bilik cik meow daripada cik meow darjah 3, tak pernah ada benda pelik berlaku pun. Masa ni cik meow baru habis sekolah. Biasa la lepas habis sekolah, bosan nya tu susah nak cerita. satu hari cik meow dapat idea nak ubah la kedudukan katil almari meja dalam bilik cik meow. Kira decorate balik la. Siang nya tu berkerah tenaga la cik meow. Sorang-sorang je cik meow tolak katil almari semua smpai la siap. Bila dah siap kedudukan dalam bilik cik meow ni jadi camni. Katil cik meow ni menghadap ke tingkap, dekat sebelah tingkap tu cik meow taruk kabinet and rak sangkut baju. Kiranya kalau cik meow baring tu terus nampak tingkap and tempat gantung baju tu.

Dah 2 malam cik meow tidur kat dalam bilik tu tak ada apa-apa pun yang berlaku. Sampai malam yang ke tiga haaa. Jeng jeng jeng. Malam tu cik meow tidur macam biasa. Cik meow ni kalau tidur jenis terlentang. Selimut mesti pakai and tangan belah kanan akan peluk tedy bear. Lepastu matikan lampu and pasang lampu tidur yang berkelip-kelip macam lampu disko tu. Ala yang tukar-tukar kaler tu. Kejap hijau pstu biru merah. Lepastu baru la bole tido. Malam tu cik meow terjaga. Tak pasti la pukul berapa cik meow terjaga. Cik meow ni jenis kalau terjaga mesti perhati setiap sudut bilik. melilau je mata gi scan bilik. Nak cek la cik meow ni ada kat dunia lagi ke dah kat alam barzakh.

Tiba-tiba mata cik meow tertangkap suatu bentuk tubuh dekat sebelah rak penyangkut baju. cik meow tertanya-tanya. apa tu. macam orang. Masatu cik meow tak ada perasaan takut. Cik meow ingat lagi rupa lembaga tu. Dari pandangan cik meow bende tu lelaki berbaju coklat dan satu lagi tak ada kepala!. Tiba-tiba bende tu bergerak menghampiri cik meow. Masa tu memang cik meow tak takut langsung. sampai je dekat sebelah cik meow bende tu melompat atas cik meow. Serentak tu la cik meow susah nak bernafas dan bercakap. Tapi bila benda tu tindih, cik meow tak nampak pn benda tu.

dalam hati cik meow baca ayat kursi alfatihah macam-macam la. badan cik meow pulak bergelut untuk bergerak. dalam hati cik meow dah doa macam-macam. kalaula aku boleh bergerak aku nak tidur sebelah mak ya Allah. lepas tu dalam hati cik meow cuba azan. akhirnya terkeluar perkataan Allah dari mulut cik meow dan badan cik meow dah boleh digerakkan. mata cik meow terus melilau sekeliling bilik tengok-tengok lembaga tu ada lagi ke tak. Alhamdulillah dah tak ada.

lepastu cik meow terpikir nak tidur kat mak ke tak nak. nk ke tak nak. last-last cik meow tidur je balik. serius masa tu cik meow memang tak ada rasa takut. esoknya cik meow cerita kat mak cik meow. dia boleh buat tak tahu je. hmm.

tu je cerita nya. tak seram mana pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 04:07 PM | Show all posts
tido jangan sehala dgn lampu..

jgn letak katil ditepi sudut bilik sbb makhluk suka bertenggek kat celah tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 04:12 PM | Show all posts
bellaa replied at 23-6-2015 04:07 PM
tido jangan sehala dgn lampu..

jgn letak katil ditepi sudut bilik sbb makhluk suka bertenggek kat ...

tapi lampu tu jauh dari katil..kalau nak matikan tu memang kene turun dri katil dulu..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 07:06 PM | Show all posts
bellaa replied at 23-6-2015 04:07 PM
tido jangan sehala dgn lampu..

jgn letak katil ditepi sudut bilik sbb makhluk suka bertenggek kat ...

x boleh letak katil disudut2? abis tu nak letak mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
razhar replied at 23-6-2015 07:06 PM
x boleh letak katil disudut2? abis tu nak letak mana?

letak kat tengah jalan. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia melompat atas TT? kalau aku, udah mati kejung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2015 08:19 AM | Show all posts
MissVixen replied at 23-6-2015 08:05 PM
Dia melompat atas TT?  kalau aku, udah mati kejung.

kekeke..masa tu tak takut..sekarang pikir balik baru takut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 10:12 AM | Show all posts
Ni ada satu lagi cerita. Masa ni aku sekolah rendah. Kejadian ni berlaku malam raya. Aku nak bagitahu rumah aku ni dibuat dekat depan rumah nenek belah ayah. Jadi kalau time raya sepupu sepapat balik kampung, garaj belakang rumah aku dijadikan tempat memasak.

SIAPA YANG GELAK TU???

Time malam raya tu mak ayah n pakcik makcik sedara aku semua rebus ketupat dekat belakang rumah. Aku dan sepupu-sepupu semua join la tengok orng-orang tua merebus ketupat. Lama-lama kite orang yang masih budak-budak ni bosan la. Dah berejam tunggu tengok ketupat tak masak-masak. Lepastu kite orang pun main. Main kejar-kejar la, main pelita la main bunga api la. Masa kite orang main tu warga-warga tua dah pesan, main kat belakang je jangan main kat depan. Masa tu lebih kurang pukol 3 a.m.

Oleh kerana kami sepupu sepapat mendengar kata, maka kami main kira-kira pelita sampai la ke depan. Lagi tak di kasi lagi la dibuat. Masa kat depan rumah tu kita orang ambik rumput then bakar kat pelita.  Untuk pengetahuan korang, rumah cik meow ni dekat sawah. Masa aku kecik dekat depan rumah tu ada berderet pokok pisang. Sekarang dah tak de pokok pisang tu sebab kazen aku gi bakar hahaha. Sebelah rumah pulak ada rumah wak cik meow. Kiranya sawah then baru rumah wak tu.

Masa kita orang tengah main tu kite orang nampak la orang naik basikal daripada rumah wak tu ke jalan tar dan lalu kat depan rumah aku. Kite orang semua syak tu abang sepupu kite orang. Abang sepupu ni memang suka naik basikal and ronda malam-malam. Dari kesamaran lampu jalan tu nampak la bentuk orang naik basikal. Tapi rupa muka nya tak jelas.

Disebab kan kite orang komfem mati tu abang sepupu kite orang. Kita orang pn jerit la "Abang Lan (bukan nama sebenar) abang Lan.". Lepastu `Abang Lan` tu terus je tak belok rumah aku. Tapi kite orang terus je panggil. Sampai kat kawasan pokok pisang tu lembaga tu mendongak ke atas then nganga kan mulut dia luas-luas n gelak. "HeeeeeeeeHahahahahaha." Besar gila mulut dia kalau masukkan bola pn muat rasanya. Lepas je kawasan pokok pisang, terus berdesup laju dia bawak basikal then hilang macam tu je.

Kita orang semua tergamam. Tangan semua dah sejuk. Tanpa membuang masa semua lari ke belakang rumah. Sampai tercabut pelita yang kita orang buat main tu. Sampai belakang aku mengadu la kat mak.
"Mak mak ada hantu mulut besar." Then mak aku yang perihatin pun cakap "Tula orang tua cakap tak nak denga. Dah pergi masuk tido."

Then memasing kene marah. Aku rasa aku ni jenis berani jugak. Lepas kene marah aku terus masuk rumah sorang-sorang. Bentang toto depan tv then tido. Esok bangun pagi dah ceria riang ria di hari raya. Tak ingat dah peristiwa malam tadi.

TAMAT.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 10:42 AM | Show all posts
cik meow kampung kat mana ni?
interesting cerita....mama suka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 10:51 AM | Show all posts
bellaa replied at 23-6-2015 04:07 PM
tido jangan sehala dgn lampu..

jgn letak katil ditepi sudut bilik sbb makhluk suka bertenggek kat ...

maksudnya katil tu x boleh rapat ke dinding la?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 10:59 AM | Show all posts
mamaezah replied at 24-6-2015 10:42 AM
cik meow kampung kat mana ni?
interesting cerita....mama suka.

kt tg karang mamaezah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 11:08 AM | Show all posts
cik_ted143 replied at 24-6-2015 10:51 AM
maksudnya katil tu x boleh rapat ke dinding la?

haah..

sebelum naik katil, kibas tempat tido kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:23 PM | Show all posts
cerita pasal pengubah suaian aku ada cerita nak di kongsi:
====================================

dulu aku tinggal disebuah rumah kampung. rumah kampung kalau nak extend mana ada fikir plan or apa main extend jer. nak dikisahkan rumah aku nak extend lagi satu bilik tp kawasan yang nak di extend tu ada pokok belimbing yang lebat dan selalu berbuah sepanjang tahun. dan selalu ada jer bunga2 belimbing yang mekar. memang rasa sayang nak tebang untuk buat bilik.
'
selepas selesai jer pembinaan bilik tu. jadilah bilik kakak aku, tp kakak aku xsuka tidur situ entah kenapa.
dia still tidur sama dengan kakak aku yang sulung.

Pada satu hari aku nak ke bilik air. kalau nak pegi bilik air aku kena melalu bilik tu.
tiba2 aku dengar sesorang menangis dari bilik. disebabkan aku tak tahan sangat ... so aku berlari pergi bilik air.
time aku nak balik ke bilik aku tu .... tiba2 aku macam tergerak nak buka pintu bilik tu. bila aku bukak .....
tak ada pa2 aku nampak ... time aku nak tutup tu seperti ada sesautu yang menolak pintu itu tertutup. nak sedapkan hati aku anggap la pintu loose sangat.

yang aku pelik. kenapa bilik tu selalu teutup. bila buka mesti tak ada apa2. buka jer mesti xde apa?. tapi kadang memang selalu dengar macam ada orang dalam bilik tu. yang paling seram kadang bunyi tu macam dari bahagian syiling.

Jiran aku kata maybe "penghuni" pohong belimbing tu. sebab dia kata dia selalu nampak perempuan duduk atas pohon belimbing tu. Tapi dia xdelah kacau cuma kadang dengar bunyi2 jer. so, xde masa nak kacau dia gak.
xlama lepas tu kitorang pindah ke bandar......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 02:47 PM | Show all posts

dak agak dah.. iolls imagine kpg cik meow ni sebijik mcm kpg iolls.. kpg iolls dkt sg nibong.. tp since arwah nenek dgn tokwan dah tkde, kpg tu sewa jahh.. sedih.. masa kecik iolls byk spent dkt sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 03:47 PM | Show all posts
damian_lee replied at 24-6-2015 02:23 PM
cerita pasal pengubah suaian aku ada cerita nak di kongsi:
====================================

lagi galak la bende tu duduk situ ..kenapa tak dibuat bilik solat je bilik tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 03:52 PM | Show all posts
ninaaa replied at 24-6-2015 02:47 PM
dak agak dah.. iolls imagine kpg cik meow ni sebijik mcm kpg iolls.. kpg iolls dkt sg nibong.. tp  ...

sedih nya..seronok kot balik kg tgk sawah padi..tenang je rasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 04:40 PM | Show all posts
bellaa replied at 24-6-2015 11:08 AM
haah..

sebelum naik katil, kibas tempat tido kita.

rugi la..sebab tepi dinding le sedappp tido wooo...sejukkk
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 04:57 PM | Show all posts
bellaa replied at 24-6-2015 11:08 AM
haah..

sebelum naik katil, kibas tempat tido kita.

betul
amalan nabi
bersihkan tempat kita nk tido
mena bantal, tilam selimut tu kopaih2 dulu
tidur mengiring ke kanan spy paru2 dpt berfungsi lancar

ade lg yg i miss atau silap blh tmbh atau betulkan

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik.orang Kate klau ubah tempat katil tu lagi elok kot .aku buat lepas kes kene cekik.dgn katil aku tak nak pakai.pakai  tilam je.pastu cuba kurangkan barang setiap sudut bilik.beriye  tak nak bende tu menyorok.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 24-6-2015 04:57 PM
betul
amalan nabi
bersihkan tempat kita nk tido

Betoi tu dean..

Pose2 setan kena ikat.. Senang keje uol.

Xperlu bersupernatural sgt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.489131 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list