View: 21644|Reply: 81
|
[Video]
Corak sampul unik jadi pilihan
[Copy link]
|
|
Corak sampul unik jadi pilihan
NOR ATIEYAH YUSOFF
24 Jun 2015
SETIAP kali musim perayaan penyediaan duit raya adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan kanak-kanak yang bertandang ke rumah.
Jika dahulu, sampul duit raya dihiasi dengan tulisan ucapan Selamat Hari Raya, Salam Aidilfitri dan sebagainya namun hari ini, perubahan terhadap trend sampul duit raya itu semakin kreatif dan menarik.
Pengguna bukan sahaja boleh memilih untuk menghiasi sampul tersebut berdasarkan cita rasa sendiri, bahkan mereka juga boleh menempah secara atas talian (online).
Jika dahulu mereka perlu membeli sampul raya di pasar raya atau kedai, kini mereka boleh membelinya secara online sahaja.
Selain sampul duit raya, kad raya dan kad nama juga diletakan wajah mereka supaya lebih senang untuk diingati oleh rakan taulan.
Pilih sampul tema Fareeda
Norizawati Mahmud, 31, yang merupakan pelanggan tetap tudung jenama Fareeda lebih gemar memilih sampul bertemakan tudung tersebut.
“Saya memang sukakan tudung ini sejak ia diperkenalkan dan jika ada perkara yang berkait dengan Fareeda, saya pasti memilihnya.
“Begitu juga dengan corak sampul duit raya, saya pasti akan memilih Fareeda,” katanya.
Norizawati berkata sebelum ini, corak yang ada di pasaran tidak begitu menarik perhatiannya kerana warna dan corak yang kurang menarik serta tidak memenuhi cita rasa mahupun jiwanya.
“Selepas trend sampul yang boleh ditampalkan dengan wajah kita sendiri atau selebriti, ia beri pilihan yang variasi kepada pengguna.
"Sampul duit yang menampilkan Mawar sebagai model dengan pelbagai koleksi tudung Fareeda yang lebih menarik perhatian saya yang sememangnya menggemari koleksi tudung Fareeda,” katanya.
Corak unik jadi pilihan
Bagi eksekutif, Nizuan Hanaffi,42, sampul raya merupakan perkara wajib yang perlu disediakan setiap tahun untuk diedarkan kepada anak-anak, anak sedara dan tetamu yang bertandang.
Menurutnya, sampul duit raya kini lebih menarik dan mudah dibeli berbanding dahulu.
“Tiap kali menjelang hari raya tak kira sama ada perayaan Aidilfitri mahupun perayaan Tahun Baru Cina, pasti sampul raya akan menjadi perkara yang lazim di dahulukan dan telah menjadi satu tradisi terutamanya bagi golongan kanak-kanak.
“Bila adanya penggunaan teknologi canggih, yang mana sekarang kita boleh lihat adanya gambar-gambar kita atau pun gambar selebriti di sampul raya ia sebagai satu publisiti bagi golongan artis ini,” katanya.
Nizuan berkata, sampul raya edisi lama seperti gambar keris, bunga, garisan dan hitam putih masih mempunyai pengikutnya tersendiri.
“Sama juga seperti sampul raya yang menyerupai mata wang kita. Pada satu ketika ianya amat digemari dan laris terjual di pasaran,” katanya.
Tema Frozen kegemaran anak
Manakala Siti Musfirah Yusoff, 36, seorang suri rumah berkata, pemilihan corak atau tema sampul duit raya bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Baginya pula, pilihan anak tunggalnya Azma Arini Azmi dititik beratkan setiap kali memilih sesuatu produk atau barangan.
“Anak saya terlalu menyukai tema frozen sehingga semua benda harus ada corak ini termasuklah sampul duit raya yang mempunyai watak-watak cerita tersebut seperti Puteri Elsa, Puteri Anna, Olaf dan macam-macam lagi,” katanya.
Katanya, kanak-kanak sangat menyukai tema tersebut apatah lagi penerima duit raya terdiri daripada golongan kecil itu.
Rekaan menarik ikut populariti
Sementara itu, peniaga sampul beraneka corak Nurulhuda Kamaruddin, 26, berkata, sampul yang ditawarkannya mengikut situasi semasa pengguna.
Katanya, sebagai contoh jika filem Frozen atau Minions popular di kalangan kanak-kanak maka corak tersebut akan dipilih untuk koleksi jualan raya.
“Sampul raya dahulu dan sekarang masih sama namun apa yang membezakan adalah corak dan kami keluarkan sampul mengikut trend terkini,” katanya.
Menurutnya, rekaan corak bergantung kepada kehendak pelanggannya atau yang memilih corak yang ditawarkannya mengikut kategori seperti rekaan biasa, bercorak, pasukan bola sepak, kartun dan jenama tudung popular.
“Setiap tahun pula, corak atau rekaan yang dikeluarkan adalah berbeza mengikut situasi semasa dengan harga yang berpatutan iaitu RM10 untuk 30 keping.” katanya. --SinarHarian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku rasa berita ni sungguh....annoying?hahaha
takleh blah psl menitikberatkan pilihan anak tunggal (insert name) setiap kali memilih sesuatu produk atau barangan.
Susunan ayatkah?atau cam dah kenapa nak dengar ckp anak tunggal yg kecik utk buat keputusan???
Back to the topic,tak penting pun gambar apa bagi aku,sebab akhirnya ke tong sampah juga.
Sebab tu aku tak berapa berkenan kad kahwin ke ada ayat Quran,gambar pengantin bagai. Nak buang susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg bong ngok nak beli sampul harimau malaya tu? Prrftttt... |
|
|
|
|
|
|
|
aku guna sampul raya free dr bank je hahha
buat per nak bazirkn duit aku beli sampul raya...last2 ke tong sampah jugak ianya... |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 suka tengok kejap je.. yang penting isinya.. sampul tu end up humban ke tepi je.. |
|
|
|
|
|
|
|
lah, itu pun nak ikut pandangan anak ke? pasal sampul duit raya? jangan manjakan sgt budak tu. kang ada lah yang bash aku pasal benda ni. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 24-6-2015 09:17 AM
aku guna sampul raya free dr bank je hahha
buat per nak bazirkn duit aku beli sampul raya...last2 k ...
Hahaha...sama dgn aku
Buat pe membazir |
|
|
|
|
|
|
|
guna sampul free je.. klau xde sampul free, bg x yah bersampul. |
|
|
|
|
|
|
|
komen uols mmg win
tp bab tudung paridahhhh tu mmg choiiiiii sgt!
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna sampul raya dpt free saja.
Last year punya still ada lagi.
Yang penting jumlah isi dlm sampul
|
|
|
|
|
|
|
|
mananya
dorang campak kt laman rumah kita je
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg ada duit belilah...yg takde guna jer sampul free...beli sampul alih2 ke tong sampah jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
aq mengharap sampul free dari bank aje... hahahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
tukar duit kat bank dapat sampul, guna yg tu jer... |
|
|
|
|
|
|
|
haah betulllah...taun ni kena sediakn tong sampah lat laman dgn notis besar2
"sila buang sampul duit raya ke dalam tong sampah"
|
|
|
|
|
|
|
|
Comeynye yang hello kitty tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampul nya biar free dik, kalau beli ni saing2 dengan isi sampul dah jumlahnya. After all pilihan di tangan masing2, tapi at the end ke tong sampah juga. Tak gitu |
|
|
|
|
|
|
|
abg aku keje bank berlambak2 sampul raya dapat.. opis tempat aku kerja pun ada bagi free.. kalau gi cold storage, aeon pun dapat free.. petshop pun bagi free.. sampul raya cina, deepavali pun ada sebagai backup .. koser lah nak beli |
|
|
|
|
|
|
|
tt.. nak wit raya |
|
|
|
|
|
|
|
betul. sampl free dr bank, pasaraya, kedai2. dpt free melambak2. kenapa nak beli
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|