Resepi Serunding Ikan Kembung - boleh pakai ikan lain atau ikan bilis.
Bahan-bahan :
1 kilo ikan kembung
3-4 keping Asam gelugur
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar - dikisar halus
5-6 batang serai
Sedikit halia
1 mangkuk cili kering kisar (dierebus dahulu dan dikisar)
10-15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
Cara-cara :
Rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam. Sejukkan dan buang tulang. Ambil isinya sahaja. Isi ikan ditumbuk.
Masukkan bahan kisar dan isi ikan yang ditumbuk ke dalam kuali dan masak sehingga kering menjadi serunding. Perlu kacau selalu.