Destinasi Fesyen atas Talian, ZALORA mengumumkan Koleksi Raya Ready-To-Wear 2015 bersama pereka-pereka fesyen Malaysia: Fiziwoo, Nurita Harith, Syaiful Baharim dan Zery Zamry. Koleksi tersebut boleh didapati di ZALORA.com.my bermula April 2015. Zery Zamry mensasarkan gabungan pakaian tradisional dengan sentuhan moden. Koleksi ini mempunyai 4 siri yang berbeza: Dark Series, Color Series, Printed Series dan Army Series. Navy blue, dark brown, olive green, emerald green, royal blue, dark purple dan maroon adalah pilihan warna koleksi ini. Paisley, grafik moden dan corak geometri adalah cetakan yang menjadikan koleksi ini tampak berani. Gaya kolar tradisional ‘Teluk Belanga’ dan ‘Cekak Musang’ diberikan sentuhan yang moden dan segar. Kulit juga dimasukkan ke dalam rekaan ‘samping’ dan ‘songkok’ untuk melengkapkan raya seorang fashionista lelaki. Cotton SB Line, Swiss Cotton dan Cotton Silk digunakan dalam koleksi ini untuk menghasilkan pakaian yang selesa dan mudah dipakai. “Hipster” oleh Zery Zamry bermula daripada RM380.00. wanista
|