CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6139|Reply: 1

[Fesyen] Samping atau kain Dagang

[Copy link]
Post time 10-7-2015 03:10 PM | Show all posts |Read mode

Samping atau kain Dagang




Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.

Gaya pemakaian samping berlainan mengikut daerah. Bagi penduduk negeri Johor, kain dagang ini di pakai di dalam baju yang dipanggil berdagang dalam dengan leher teluk belanga kancing satu. Bagi sesetengah negeri terutama di sebelah pantai Barat pula memakai baju Melayu berleher cekak musang dengan kain dagang di luar yang dipanggil berdagang luar. Wanita juga mempunyai kain dagang luar yang dipegang dengan tangan kiri. Samping pula datang kemudian.

Cara pemakaian kain dagang pada zaman dulu berperanan menunjukkan perbezaan darjat seseorang dalam masyarakat. Ketika itu hanya kerabat diraja saja yang boleh memakai kain dagang di luar berbanding golongan masyarakat biasa. Bagaimanapun kini, semua orang bebas memilih cara memakai kain dagang atau samping mengikut cita rasa masing-masing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2015 03:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    2-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.229152 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list