CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 3

mimpi

[Copy link]
Post time 12-7-2015 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by berry_licious at 12-7-2015 07:36 PM

mimpi pertama
masa ni aku tinggal berdua je dengan kakak aku. mak ayah balik kampung sat ada hal apa tah. abang aku tidur rumah kawan dia. aku dengan kakak kongsi satu bilik tidur (huhu seksa) pada malam aku mimpi yang menakutkan tu, sebelum aku tidur aku dengar mj12 dulu.. kakak aku pulak sibuk dengan fb dia.. dalam pukul 11 lebih malam aku dah start mengantuk so aku decide nak tidur and nasib baik esoknya cuti.
tengah aku syiokkk tidur tetiba aku mimpi ada orang macam... nak kata ketuk pun tak gak, dia macam BAM BAM BAM.. macam bunyi orang tendang pintu rumah dengan bernafsunya sambil memanggil manggil nama aku "atia atia.. bukak pintu! aku nak masuk" beberapa kali dan aku pasti suara tu macam suara ayah aku. macam real kot 'ketukan' pintu tu sampai aku rasa berdebar debar. nasib baik mimpi kalau betul betul orang ketuk pintu macam tu aku sumbat kepala dia dalam lubang jamban.. takde adab. lepastu aku terjaga dalam keadaan blur dan kakak aku masa tu masih belum tidur lagi .. dia tengah main phone..terus aku cakap something dekat dia. kakak pandang aku terus beristighfar.. dia tengok phone pastu dia letak kat tepi bantal. dia suruh aku tidur.. aku pun sambung tidur.


tengah hari dalam pukul 12 lebih mak ayah aku sampai rumah dari kampung. mak aku keluar je dari kereta terus masuk dapur sebab nak masak hahaha. ayah pulak angkat beg diorang terus masuk bilik nak rehat. penat lah tu dari johor ke shah alam. aku dengan kakak tolong potong bawang semua takkanlah nak goyang kaki je. masa tengah syok berborak tetiba kakak tanya aku "dik semalam kau sedar tak apa yang kau cakap?"  
"aku cakap apa eh?" aku tanya dia balik
dia cakap "serious kau tak ingat?"
aku geleng kepala. "masa kau terjaga pagi tu kau cakap "kak, ayah suruh bukak pintu.. ayah kat luar nak masuk" aku tengok jam pukul 3 pagi. aku dah risau.. dahlah kita berdua kat rumah.. pukul 4 baru aku tidur takut kau bangun lepastu kau bukak pintu rumah. nasib baik kau tidur nyenyak.. tak pasal pasal kita kena layan 'tetamu'.  mak yang sedang cakap dengan oli terus terdiam. (oli tu kucing kami)


aku pernah tanya mak aku tapi hampeh takde respon. mak aku just cakap itu mainan syaitan lain kali baca doa dulu.. basuh kaki.. padan muka hang kena kacau.


mak mak




















































maaflah kalau hambar.. ni kira macam misteri bukan seram. tapi ini betul betul pengalaman aku.














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 11:02 AM | Show all posts
Mohon TT share mimpi kat thread sedia ada kalo takut thread TT dilanda kesenduan.. Machih..


ALL ABOUT MIMPI ANEH
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni umur berapa?  
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046445 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list