View: 2460|Reply: 3
|
Aku "SINGLE" Kerana ALLAH
[Copy link]
|
|
Aku single kerana Allah.
Bukan aku jual mahal. Sibuk atau cerewet memilih. Tidak pula aku takut bercinta atau belum bersedia. Aku juga bukan menunggu seseorang atau menanti calon pilihan ibubapa.
Aku tetap aku.
Cinta bagi aku bukan mudah untuk dilafazkan pada sesiapa, bila-bila masa, atau di mana jua. Perkataan cinta terlalu dalam, mahal dan berharga untuk diserahkan. Tidak ingin dikotori dengan debu hawa nafsu atau dinodai oleh cinta islamik yang palsu.
Aku khuatir cinta manusia moden. Bahkan cinta islamik.
Begitu murah. Mudahnya cinta diucapkan. Mudahnya bibir melafaz aku jatuh cinta padamu. Mudahnya menulismessage cinta. Ironinya, cinta kerana Allah, tetapi hakikatnya?
Adakah manusia benar-benar mengerti. Benar-benar memahami takrif cinta kerana Allah?
Bagaimana kita mahu mengenal pasti cinta kerana Allah?
Benar. Hati orang bukannya boleh dibaca. Ada juga yang lebih mengenali orang lain daripada diri sendiri. Lalu tertanya sendirian, keliru dengan kehendak hati, lalu berteka-teki sendirian..
"Adakah aku benar-benar yakin bercinta dengannya kerana Allah?"
Tanyalah kepada diri.
Apakah dosa atau ketaatan yang telah dilakukan sehingga melayakkan diri menerima ungkapan "aku cinta dirinya kerana Allah!"
Ramai manusia tewas. Apabila berhadapan dengan lelaki atau wanita yang mengucapkan kata-kata cinta yang suci menggunakan nama Allah SWT, mereka lupa dan terburu-buru untuk melihat dan menilai dengan kaca mata iman.
Apakah ianya membawa fitnah dan kelalaian atau memberikan manfaat kebaikan dan menjauhkan diri daripada dosa? Apakah cinta tersebut mendekatkan diri kepada Allah? Benarkah cinta tulus dan ikhlas untuk disambut dan dibelai dengan kasih?
Aku percaya.
Allah mengurniakan cinta kepada manusia. Pasti bukan untuk disia-siakan. Sewajarnya, manusia perlu memurnikan kembali pandangan terhadap cinta.
Cinta bukan matlamat. Hidup ini bukan untuk cinta semata-mata. Cinta hanya alat. Allahlah segala matlamat.
Tidaklah Allah mengurniakan cinta itu, melainkan agar ia memudahkan manusia mencapai matlamat hidup kita.
Apa matlamat hidup kita?
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - (Surah Adz-Dzariyat, 51: 56)
Dan aku tetap aku.
Aku amat amat menghormati perasaan cinta dan hubungan terjalin antara adam dan hawa. Selagi bukan masanya, aku teguh berpegang bahawa "berfikir tentang umat berkali ganda lebih baik daripada berfikir tentang soal hati!".
Diceritakan suatu hari, Rasulullah sedang duduk bersendirian. Tetiba, baginda menitiskan air mata, menangis teresak-esak sehingga basah janggut baginda. Menyedari kejadian itu, para sahabat mendekati baginda dan bertanya mengapa baginda menangis. Lalu Rasulullah menjawab “Aku sedang memikirkan nasib ummatku”.
Begitu sekali Rasulullah memikirkan keadaan umat. Bandingkan dengan kita, apa yang sering bermain di fikiran? Di manakah letaknya agenda umat dalam kotak pemikiran kita? Mendahului kepentingan peribadi?
Inilah sikap dan pemikiran yang individualistik.
Lupakah kita pada hadis nabi, ”Barang siapa tidak ambil berat urusan umat Islam, dia bukan dari kalanganku”?
Fikir jauh lagi. Berfikir secara futuristik.
Dan aku tetap aku. Aku single kerana Allah.
muslimdoktor
|
|
|
|
|
|
|
|
nasihat yang baik
memang sukar untuk berfikir cinta kerana Allah kerana apa yang kita cinta selain dari Allah sebenarnya lahir dari hati dan nafsu diri. Senang nak ungkap kerana Allah, hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu.
Ikhlas yang penting...
|
|
|
|
|
|
|
|
The next Rabiatul Adawiyah barangkali. |
|
|
|
|
|
|
|
i guessini nukilan perasaannya sahaja.
baik kita hayati apa itu halawatul iman yang diriwayatkan oleh anas bin malik dan hadis bukhairi
kemanisan iman - haa ini lebih objective dan konkrit
3 ciri seseorang mencapai kemanisan iman
a) mencintai seseorang kerana allah
b) membenci amalan mungkar kerana Allah seperti dia tidak mahu kembali dicampakkan ke dalam api setelah Allah menyelamatkannya
c) mencintai allah dan rasul lebih dari selain keduanya
saya rasa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|