CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3057|Reply: 10

Dilema Dalam Membina Baitul Muslim: nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya...

[Copy link]
Post time 21-7-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Bismillahirahmanirahim, sekadar kadar mencelah disebalik kesibukan dunia. Sekian lama saya pendam tentang benda ni untuk ditulis dan sekarang la baru Allah izinkan.

Soal apa?
  

Soal baitul muslim aka nikah.Tepatlah dengan keadaan sekarang kan, musim cuti sekolah. Banyaklah kan dapat undangankan.
Nanti bila buka facebook, banyak yang update pasal nikah, gambar tak payah cakap lahkan.

Perasaan anda yang belum nikah?Dulu ada seorang hamba Allah ni, dia selalu cakap sahabat sahabat dia dah ramai bina baitul muslim tapi Allah masih simpan sesorang yang dia sendiri tak tahu siapa.

Perasaan dia masa tu, bercampur baur dan sekarang saya merasai benda yang sama. Okey persoalan wajib bilamana umur semakin meningkat.

Jujur kadang-kadang serabut jugak dengan pertanyaan orang ni. Ingat kita ni tak rasa nak nikah ke?
Tapi  is not the time yet !


Jika difikirkan lah sebenarnya komitmen kita pada benda lain tu banyak lagi tak terlaksana.

Tak tahu ke pura-pura buat tak tahu je.

Saya akui, dulu masa “baru meningkat remaja” memang terniat nak bina baitul muslim pada usia yang muda, tapi kan semakin kita berjalan dimuka bumi Allah ni, semakin ramai orang kita jumpa kita akan sedar bahawa baitul muslim itu bukan sekadar cinta dan lafaz.

Tapi ia perlu dilengkapi dengan persedian dan kena sedar tanggungjawab yang bakal kita tanggung.

Kita ni nikah bukan dengan si dia je, seluruh baik buruk dia dan seluruh keluarga dia.

Bersedia ke? Tanya la hati.


Salah jika tiada pasangan di final year?Dulu, saya pernah terbaca satu cerita yang mana diringkaskan bahawa ada orang cakap  kita ni kalau dah final year kat universiti tapi tak ada lagi pasangan maknanya berat jodoh.

Lantas saya berfikir, jodoh tu sebenarnya siapa punya ketentuan? Mulut mulut manusia? Ke Allah.

Tak percaya pada Allah ke?

Mungkin mungkin statement saya ni nampak macam a bit sombong.

Tapi kenapa perlu takut andai keyakinan pada Allah itu utuh?


Takut tiada jodoh jika bercinta selepas nikahBeberapa bulan lepas, sahabat saya cakap, “saya nak bercinta lepas nikah, tapi sebenarnya saya takut. Takut tak ada jodoh”.

Saya senyum.

Rasa takut itu tak dapat dinafikan.

Nikah itu fitrah manusia. Nak disayangi nak menyayangi.

Bila hati resah , kan ada penawar, buka penawar tu, Surah yassin ayat 36 dan senyum okey.

Pegang janji Allah tu. Dunia ni tak lama pun , akhirat tu yang kekal.

So andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?
Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita.

Kawal lah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga moga doa kita sampai padanya.

Awak cakap senang, saya yang hadapi?Okey, saya juga pernah rasa. Saya disini tak bermakna saya sempurna, Cuma berkongsi rasa.

Ya saya pernah rasa, and you know what tak best pun nak sayang sayang nak rindu rindu orang yang belum tentu sayang kat kita, rindu kat kita.

Hati kita ni kalau kita didik untuk rindu dan sayang kearah tu lama lama ia jadi terbiasa, didiklah hati jadi luar biasa dan saya sedang mencuba juga.

Apa saya rasa sekarang tentang nikah, berpasangan?

okey, priority saya sekarang study, so saya taknak sia-sia kan masa saya untuk fikir, tapi tak bermakna tak langsung terlintas, kadang kadang sahabat perlukan kita, jadi ada masa kita buka tentang perkara ada masa kita simpan kemas kemas.

Dan sejak berada jauh dari keluarga ni saya rasa tahap kesediaan saya untuk ke fasa baru sangatlah sedikit.
Dan mungkin saja disebabkan itu Allah simpan lagi jawapan doa saya tu. Jangan takut okey.

If she or he deserve for you, it will be for you, don’t worry okey.


Bilanya nak nikah?Bila mana Allah izinkan, dan bilamana tahap persediaan kita tu ditahap yang tiptop.

Satu yang kita kena ingat jodoh ni, memang rahsia Allah dan kita boleh buat persediaan rapi, tapi mati juga rahsia Allah yang sering dilupakan, dan saat ia datang, memang kita tak sempat nak buat persediaan.

Sekadar berkongsi pendapat, moga moga peroleh manfaat.

Doakan saya jadi baik, saya doakan anda semua dalam lindungan Allah selalu.
http://akuislam.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 11:26 AM | Show all posts
Jodoh rahsia Allah..
tapi tak bermakna berserah saja
perlu ada usaha..doa..tawakkal..
yang penting, siapkan diri menjadi yang terbaik..
insyaAllah..akan ada jodoh untuk kita..

ada orang bercinta bertahun2..akhirnya nikah dengan bukan pasangannya..
ada orang baru kenal..terus nikah

jaga tingkah laku, jaga adab dan jaga agama..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Its true... tgh melalui n merasai...
Bile otak x brape nak center mula lah... rasa why Allah bagi ujian ni kat ako...
Tapi bile dah tune balik. Dah ok balik... rasa its ok... i just follow je ape yg Allah dah aturkan...

Tapi kan.. korg pernah x dgr luahan hati mak ayah korg bile org asik dok tanya anak ko bile lagi? Xkn xde yg nak? Ke memilih sgt??
Ako ad dengar ape yg mak ako rasa pasal jodoh segala raya ke2 ari tu. Dia sembang dgn neksu... rasa sayu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 05:19 PM | Show all posts
well when you have Allah, you have everything. so smile  see and observe with your  eyes wide opened...and then say ...alhamdulillah.

nice article.

though it doesn't mean that you are a saint / wali ...yg bebas dosa...kan?

ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 09:20 AM | Show all posts
saya lelaki bujang 30-an. saya ingin berkenalan dengan TT sekiranya TT sudi. TT boleh emailkan contact TT ke [email protected].  nanti saya hubungi TT.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 11:14 AM | Show all posts
dushmacho replied at 22-7-2015 01:20 AM
saya lelaki bujang 30-an. saya ingin berkenalan dengan TT sekiranya TT sudi. TT boleh emailkan conta ...

Incik @dushmacho dah salah tempat dan orang ni Incik..
Apa yang saya faham, TT ni hanya ceduk artikel ni dari blog Islam..
it is not her/his writting..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2015 05:17 PM | Show all posts
dulu dok galak perkenal terma iftar.. la nie baitul muslim pula.. esok tunggu terma beranak arab pula nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 05:32 PM | Show all posts
Ape yg I tau tentang Baitul Muslim adalah salah satu laman cari jodoh kat Malaysia ni ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 11:30 AM | Show all posts
setuju dengan artikel kt ats.. single is best tp bile tgk org berpasangan, terdetik gak sayu di hati.. sy dh lalui semua yang macm artikel tu tulis.. its hard but you have to be strong.. sape yg xnk berkahwin and ade family sendri but jodoh tu rahsia ALLAH.. sy dah usaha, dah doa n now tawakal je.. Allah dah bagi banyak rezeki untuk saya,so Alhamdulillah cuma rezeki jodoh maybe lambat cikit..jadi sabar ye wahai princess
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 04:35 PM | Show all posts
nak becinta lepas kawin pon pastikan kita benar2 tahu org yang kita nak kahwin tu...terutamanya siapa sahabat2 baik dan siapa ahli keluarganya... sebelum kenal mereka maka janganlah terlalu cepat rase dia lahjodoh korang walaupon dia janjikan yang manis2 je semuanya....

niat bernikah tu mesti selalu ada. itu je yang penting. jangan batalkan niat tu. tapi kalau takde sampai sudah, kene redha and sabar. buat benda lain yanng juga boleh ade jalan yang baik dunia akhirat...senang je hiduo kite ni... tak payah pikir tuntutan kahwin ni satu benda wajib dalam hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 03:10 PM | Show all posts
Bile single ni kadang2 dok pkir gak nak kahwin.Bila tgk ramai kawan dah kahwin, lagi rasa nak kahwin. Tapi bila fikir balik kenapa aku tak kahwin lagi mesti ade sebab.
Sebabnye..aku yang tak bersedia lagi.Haha
Bila tengok orang lain dah kahwin n ada anak dok pkir gak boleh ke aku buat macam tu.
Boleh ke? Boleh ke?
Pastu sape nak tlg ayah ngan ibu aku.
Sekarang aku tak kahwin lagi boleh lah duduk dengan diorang. Tolong apa yang patut.
Kalau dah khwin pastu .......
Banyak sangat pikir lah aku ni!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 1.117366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list