CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4604|Reply: 10

Cara mudah membuat luka palsu

[Copy link]
Post time 22-7-2015 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Mengemis mungkin menjadi jalan pintas untuk seseorang memperoleh pendapatan. Ada sesetengah pengemis tersangatlah licik dengan berlakon seperti orang miskin sedangkan mereka berkemampuan untuk bekerja. Malah, ada diantara mereka mempunyai rumah serta kereta yang mewah. Pelbagai cara digunakan untuk meraih simpati antaranya dengan membuat muka sedih, berpakaian compang-camping, dan membuat kecederaan palsu pada anggota badan.


Cara membuat luka palsu pula bukanlah sesuatu yang sukar. Modal yang diperlukan juga tidak seberapa. Dengan kos sekitar RM2 hingga RM5, luka yang dihasilkan begitu realistik dan sudah memadai untuk memperdaya orang ramai. Berikut merupakan langkah-langkah untuk penghasilan luka palsu.



1. Sediakan bahan yang diperlukan iaitu dakwat merah, pencungkil gigi, putik kapas, berus, dan juga gam.
2. Buat kecederaan dengan menggunakan gam.
3. Tunggu sehingga ianya kering.

4. Rapikan gam dengan menggunakan pencungkil gigi supaya ianya lebih kuat.


5. Ratakan kesan gam yang masih menggumpal dengan menggunakan berus.


6. Samarkan kawasan kecederaan bahagian luar dengan sedikit dakwat merah.


7. Sapukan sedikit dakwat merah menggunakan putik kapas di sekitar luka supaya nampak lebih realistik.


8. Cungkil luka pada bahagian dalam dengan menggunakan pencungkil gigi bagi mendapatkan kesan kulit seperti terkoyak.


9. Sapukan dakwat merah di seluruh bahagian luka.


10. Tunggu sehingga ianya kering.


11. Akhirnya siap. Luka yang dihasilkan ini sudah mampu menipu orang ramai.

  blog-ketegaq.blogspot


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 05:11 PM | Show all posts
geli pulak aku tgkk...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2015 06:31 PM | Show all posts
pernah terserempak dengan sorang lelaki tua ...kat jejantas dari lrt kelana jaya ke lot office..time tu saya sampai awal..dlm kul 7 am..

bukan main dia keluarkan satu bekas barang peralatan dan mula 'lukakan' betis dan lututnya sebiji mcm di atas tu..
pastu..dia bengkokkan kaki sebelah dan kaki yang 'luka' tu dilunjurkan
satu cebuk diletakkan di depan..buat muka berkerut..konon sakit..minta simpati dan sedekah orang ramai

saya yang tercengang melihat, dalam hati..what the...???

lalu je..saya sound...dia jeling dan buat bodoh je..

lupa nak ambik video..kalau tak..dah viral kat FB dah



time lain pula..terserempak lagi dengan lelaki tua tu..siap pakai baju smart bagai dan naik lrt..
saya tgk je dia..nak turun kat mana..rupanya dia pergi klcc...
saya ikut.. tu dia...dia siap shopping..masuk Isetan nun..

sekarang ni peminta sedekah pun kreatif wei..kreatif dalam menipu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:38 AM | Show all posts
astro..dah penah ade ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:04 PM | Show all posts
Elok mintak kerja dengan producer pilem je kalau dah cam ni tak yah susah2 nak mengemis
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 12:58 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-7-2015 06:31 PM
pernah terserempak dengan sorang lelaki tua ...kat jejantas dari lrt kelana jaya ke lot office..time ...

shopping dgn hasil menipu orang ramai... tk berkat sungguh.. dan yg pasti dia dapat duit dgn cara mudah tp malas bekerja.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2015 02:52 PM | Show all posts
reeny replied at 23-7-2015 12:58 PM
shopping dgn hasil menipu orang ramai... tk berkat sungguh.. dan yg pasti dia dapat duit dgn cara  ...

tak berkat hanya utk org islam,, yg lain, who cares??

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 03:48 PM | Show all posts
euwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 03:57 PM | Show all posts
lagi real dari luka kat drama2 tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 03:11 AM | Show all posts
Ni orang kata berseni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 06:20 PM | Show all posts
hebat......................tertipuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050391 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list