CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 0

Tips Menjaga Kesihatan - Hindari penyakit

[Copy link]
Post time 23-7-2015 01:02 PM | Show all posts |Read mode


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh  Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains  dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.


Tahukah  anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal  berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda  akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1.  Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari  naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak  mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan  badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3.  waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang  kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit  pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian  kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui  beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak  dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang  berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan  darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan  bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti  oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+)  manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam  bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil  yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita  makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga  ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah  jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis  alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
*  Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah /  kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo,  tidak seimbang, koodinasi kurang baik.



2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
*  Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan  oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman


Perut punca segala penyakit

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda  kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak  selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit  lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w,  maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala  pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah  dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa  Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ  pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang  penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda  Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam  tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh  lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah)  lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung  ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu  Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda  Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu  semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut  dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu  berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh  itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala  penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan  oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik  pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)
baca-blogspot

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.355842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list