View: 1618|Reply: 1
|
Tiada Cinta Sebelum Kahwin
[Copy link]
|
|
Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?
Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
- Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
- Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
- Hati akan terseksa dengan barah rindu.
- Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.
- Cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
- Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
- Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
- Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
- Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang pada kepada peribadi zuriat kami pastinya. Na'uzubillah!
[Petikan daripada buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul]
http://sebarkanbahagia.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 30-7-2015 09:41 PM
cinta dan kata kata cinta = very cheap. tak layak dan tak boleh dipegang apatah lagi lahir dari hati yg menipu.
yg konkrit = akad.
just my thought really. sebab manusia banyak letakkan org yg dicintai = no 1. sedangkan org itu hanya manusia. apa sangat yg perlu dipegang dengan bermaindikan aksara sahaja ye apabila makna disisih kakikan?
sebab tu hmm...lebih baik hold on pada something yg konkrit.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|