CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2134|Reply: 4

TIPS & PANDUAN TEMUDUGA DAN KERJAYA UNTUK KERAJAAN DAN SWASTA

[Copy link]
Post time 5-8-2015 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cekodok16 at 6-8-2015 11:59 AM

Jenis temuduga yang perlu anda tahu !!!

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.

Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya.  Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.

4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda  lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

DAPATKAN TIPS KERJAYA DI SEKTOR SWASTA DI SINI
KERJAYA SEKTOR SWASTA

DAPATKAN TIPS DAN PANDUAN TEMUDUGA DI SINI
TIPS DAN PANDUAN TEMUDUGA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 02:16 PM | Show all posts
TIPS PANDUAN KERJAYA SWASTA!!!!
-------------
Isu 3.3 Juta Kerja Kosong
-------------

Maklumat ini telah disahkan.
Sektor swasta telah mula
masuk menawarkan kerja
kosong di portal-portal
kerja kosong.

Atas proses 'check & balance'
pihak pembangkang telahpun
memberikan komen meragui
kemampuan kerajaan menyediakan
3.3 juta kerja kosong
seperti yang diumumkan
PM baru-baru ini.

Kita secara peribadi memandang
positif kritikan ini dan
pastinya kerajaan akan
melakukan sesuatu bagi mencapai
KPI 3.3 juta kerja kosong ini.

Kita telah nampak bagaimana
kerajaan melibatkan sektor swasta
bagi menepati janji ini.

Tak tahu sama ada skim khas
atau 'paksaan khas' kepada
swasta, tetapi pihak swasta
telah mula masuk menawarkan
kerja kosong kepada rakyat
Malaysia.

Positif kan?

Kerajaan umum janji..
Pembangkang kritik & pertikai..

... Kerajaan cuba kota janji
... Kerajaan cuba bukti pembangkang silap
... Pihak swasta libatkan diri

Siapa untung?
YA! Graduan dan pencari kerja
kosong yang untung!

Ambil peluang atas situasi yang
sedang berlaku ini. Sambar kerja
kosong yang ditawarkan.

Tapi pastinya anda perlu persiapan
yang tepat dan rapi untuk
sambar kerja kosong ini.

KLIK SINI!!! KERJAYA SWASTA!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 05:27 PM | Show all posts
Dah dipanggil ke temuduga tetapi
di'tembak' oleh resume sendiri

erkkkkk!

Serius ini terjadi

Tahukah anda, resume juga berperanan
memberikan 'idea' untuk penemuduga

>> Korek potensi anda
>> Uji personaliti anda
>> "Sembelih" anda!

Anda mungkin rasa resume anda
'da booom' tetapi apa guna jika
ianya memakan diri anda

Dalam Pakej Resume Kerja didedahkan
bentuk soalan yang boleh dijana
oleh penemuduga daripada resume anda.

Adalah lebih baik anda tahu dimana
'lubang' resume yang bakal membunuh
anda.

Pilih untuk tahu di;

Rahsia Resume Kerja

Anda pilih untuk biar;

- Resume sebagai 'pisau sembelih' untuk
penemuduga 'sembelih' anda

atau

- Resume sebagai 'peluru' untuk anda
'tembak penemuduga!

Jumpa anda di laman download


- cekodok16 -

p/s Anda bertuah kerana jumpa laman
ini sebelum ianya ditutup minggu
depan. Manfaatkannya;

Rahsia Resume Kerja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 11:22 AM | Show all posts
----------
Dah baca mengenai pengumuman
laporan Program Transformasi
Ekonomi (ETP) berkaitan kerjaya?
Jika belum, ianya ada dikongsikan
dalam link dalam email ini
----------

Ada yang tanya mengenai rujukan
kerjaya swasta yang saya
maklumkan semalam.

Ianya adalah rujukan khas Strategi
untuk tembus masuk kerjaya
swasta.

Kebiasaan produk Tim Infokerjaya
dijual dengan harga RM80 tetapi
atas sebab gembira dengan
laporan ETP berkaitan 3.3 juta
kerja kosong..

... mereka berikan untuk anda
akses dengan hanya RM20 (terhad)

Antara yang akan anda dapat dalam
ebook ini adalah;


- Anda akan tahu bagaimana
cara tepat memilih kerjaya

- Anda akan tahu juga bagaimana
memilih majikan

- Anda tak perlu buntu lagi
tak tahu kat mana nak cari
kerja kosong

- Anda akan tahu lubuk-lubuk
rahsia untuk cari kerja

- Anda akan tahu bagaimana
menyediakan resume tepat
untuk swasta

- Bagaimana untuk sukses
temuduga swasta

- Bagaimana untuk buat majikan
suka anda

- Bagaimana untuk paksa majikan
naikkan gaji!

... dan banyak lagi

----

Ambil peluang pengumuman kerajaan
berkaitan 3.3 juta kerja kosong.

RM20 untuk rujukan khas kerjaya
swasta ini hari ini di;

KERJAYA SWASTA!!!!


Anda boleh bertangguh tetapi
peluang kerja kosong tak boleh
menunggu anda.

Untuk senyuman keluarga anda


- cekodok16 -


p/s Untuk kerja kerajaan, isi
borang SPA8i di SPA dan tunggu
sahaja. Tapi jangan tak buat apa
apa. Cari kerja swasta juga!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2015 12:10 PM | Show all posts

10 tips temuduga yang kerap diabaikan
Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.

1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

DAPATKAN TIPS KERJAYA DI SEKTOR SWASTA DI SINI
KERJAYA SEKTOR SWASTA

DAPATKAN TIPS DAN PANDUAN TEMUDUGA DI SINI
TIPS DAN PANDUAN TEMUDUGA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.153190 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list