View: 3192|Reply: 7
|
Golden Eye : Ferris Wheel Berbentuk Angka Lapan Di Macau
[Copy link]
|
|
Ferris Wheel sudah wujud sejak 1893 dan dicipta olehGeorge Washington Gale Ferris, Jr. untuk World's Columbian Exposition di Chicago. Ianya kini dilihat di tapak ekspo seluruh negara dan pernah menjadi tarikan pelancong di Melaka. Di dunia sekarang ada beberapa Ferris Wheel dengan rekaan aneh. Yang paling ternama ialah Singapore Flyer di Singapura. Terdapat juga Ferris Wheel di atas jambatan Eye of Tainjin yang dibina di China.
Di Makau kini ada sebuah Ferris Wheel yang paling unik di dunia kerana ia berbentuk angka lapan. Ferris Wheel Golden Eye dibina di Studio City Macau yang merupakan sebuah kompleks kasino, hiburan dan hotel yang akan dibuka Oktober 2015. Ferris Wheel ini dibina pada sisi bangunan ini dan terletak 130 meter dari permukaan tanah. Terdapat 17 pod yang boleh memuatkan 10 penumpang pada satu-satu masa. Ia bergerak di atas trak sepanjang 120 meter yang mengambil masa 18 minit. Ini memang Ferris Wheel paling cool pernah kami lihat.
Sumber Studio City Macau
blogserius
|
|
|
|
|
|
|
|
Ferris Wheel cam Eye of Malaysia dulu..... |
|
|
|
|
|
|
|
taksub betul depa dgn no 8 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau naik belah malam tentu lebih menarik sebab kat Macau ni bergemerlapan dengan lampu bila belah malam ala2 Las Vegas |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih buat no 8. Tp berbaloi. Cantik gak |
|
|
|
|
|
|
| |
|