Adakah anak anda masih selamat? Adakah anak2 kome boleh dipercayai?!
Sila speku!
KOTA BHARU - Seorang gadis remaja menjadi mangsa nafsu lelaki hidung belang dalam sebuah kejadian 'r0g0l' di sebuah pasar raya, Rabu lalu.
Mangsa yang berusia 14 tahun itu difahamkan baru berkenalan dengan lelaki itu sejak dua bulan yang lalu melalui WeChat dir0g0l di sebuah bilik kosong di pasar raya itu.
Sebelum kejadian, mangsa memberitahu dia bersetuju bertemu dengan teman lelakinya di sebuah pasar raya selepas waktu sekolah.
Mangsa pada mulanya ditemani oleh dua orang rakannya, namun mereka meninggalkan mangsa apabila dia bersama dengan teman lelakinya itu.
Suspek kemudian bertindak menarik mangsa ke dalam bilik kosong pasar raya itu. Mangsa tidak mampu melawan kerana suspek telah mengunci pintu.
Setelah kejadian itu, mangsa bergaduh dengan lelaki terbabit pada Jumaat lalu. Suspek yang berang bertindak mengugut mahu menyebarkan gambar mangsa tidak berpakaian.
Takut dengan ugutan lelaki itu, mangsa terus menceritakan hal itu kepada ibu saudaranya dan disampaikan kepada ibu dan ayah mangsa.
KUALA TERENGGANU - Gara-gara cepat terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki yang dikenali melalui WeChat, seorang remaja menjadi mangsa rogol beramai-ramai termasuk ‘teman lelakinya’ dan tiga lagi lelaki tidak dikenali.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman, awal Julai lalu.
Mangsa yang juga pelajar tingkatan dua itu dikatakan baru berkenalan dengan suspek yang berusia 22 tahun, bagaimanapun bertindak berani mengambil keputusan mengatur pertemuan kali pertama bersama teman lelakinya itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, dalam pertemuan pertama itu, mangsa dikatakan telah keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang menaiki motosikal, kononnya untuk bersiar-siar di bandar berhampiran.
“Suspek dikatakan pada awalnya berjanji hendak mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar berhampiran, tetapi suspek telah membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai, Kemaman.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, terdapat tiga lelaki lain yang sedia menunggu di dalam rumah sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam bilik,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Menurut Wan Abd Aziz, beberapa minit kemudian, suspek turut masuk ke dalam bilik sama dan mula menunjukkan belang apabila cuba merapati mangsa tetapi mangsa yang tidak suka akan tindakan suspek cuba menepis tangannya.
“Mangsa merayu meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah tetapi suspek mula bertindak kasar apabila cuba membuka pakaian mangsa.
“Melihat tindakan suspek yang bagaikan hilang akal itu, mangsa cuba menjerit sekuat hati meminta tolong, namun suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogolnya,” katanya.
Wan Abd Aziz berkata, nasib malang remaja itu tidak berakhir di situ apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya.
Katanya, selepas puas melepaskan nafsu mereka, suspek tanpa rasa bersalah menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.
“Pada mulanya, mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya tetapi nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas dirogol buat kali kedua dalam kejadian terbaru pada 4 Ogos lalu.
“Susulan laporan dibuat mangsa kelmarin, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 22 tahun yang kini direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Selain itu, kita turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Abd Aziz turut menasihatkan golongan remaja terutama perempuan agar tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol.
Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki ‘terlampau’ cuba menggoda murid perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar pelbagai gambar lucah ke telefon pintar mangsa.
Suspek yang juga pelajar sekolah menengah itu dikesan sengaja menghantar gambar kemaluan lelaki dan wanita itu menggunakan aplikasi WeChat selepas berkenalan dengan mangsa.
Tindakan itu bagaimanapun disedari oleh ibu mangsa selepas memeriksa telefon pintar milik anaknya itu, kelmarin.
Wanita terbabit kemudian menghubungi penganalisis jenayah Kamal Effendi Hashim bagi mendapatkan pandangan sebelum disarankan membuat laporan polis berhubung tindakan suspek remaja itu.
Kamal berkata, tindakan pelajar lelaki salah sebuah sekolah menengah di ibu kota itu amat menjijikkan berikutan usianya yang masih mentah.
“Berdasarkan pemeriksaan pada telefon bimbit itu, suspek yang berusia 15 tahun terbabit turut menulis perkataan melampau ‘dulu aku bukan cinta kau sangat! aku hanya bernafsu dengan kau sahaja’.
“Kata-kata lucah itu diselitkan bersama tiga keping gambar ‘panas’ itu dianggap satu bentuk serangan dan jenayah seksual. Perkara ini amat menakutkan dan membuktikan golongan remaja kini mudah terdedah dengan pelbagai gejala tidak sihat,” katanya.
Menurutnya, kes seumpama itu boleh disiasat mengikut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
“Kejadian seumpama ini bukan lagi kes terpencil berikutan semakin ramai pelajar sekolah terdedah dengan gangguan atau serangan seksual melalui pelbagai aplikasi sama ada WeChat atau WhatsApp.
“Sebagai contoh, seorang murid perempuan berusia 12 tahun pernah menjadi mangsa perkosa seorang lelaki berusia 27 tahun di Pantai Remis, Manjung, Perak November tahun lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat,” katanya.
Menurutnya, kejadian sama turut menimpa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berasal dari Chukai, Terengganu apabila diperkosa teman lelaki dan tiga lelaki lain Julai tahun lalu.
“Mangsa dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun melalui laman sosial WeChat.
“Saya menasihatkan golongan remaja terutama perempuan supaya tidak mudah mempercayai rakan yang baru dikenali menerusi laman sosial seperti Facebook dan WeChat bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sama ada ditipu atau dirogol,” katanya.
Kamal berkata, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan anak-anak dan memastikan kandungan di dalam telefon bimbit atau pintar anak mereka.
Sebab tu disarankan agar yang ada anak belasan tahun kena buat macam kawan karib supaya dia tak mudah terpengaruh dengan pengaruh luar. Zaman sekarang ni ramai ibubapa yang terlalu sibuk dengan mencari rezeki atau aktiviti social sendiri hingga akhirnya anak rasa terpinggir. Dapat kawan yg baik syukur alhamdullilah dapat yang jenis hanyut pasti rosak.