CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3075|Reply: 10

12 kolam renang hotel paling unik

[Copy link]
Post time 13-8-2015 11:56 PM | Show all posts |Read mode
Selalunya jika anda merancang percutian ke mana negara sekalipun, sudah pasti hotel yang selesa dan tenang menjadi pilihan utama.
Selain faktor itu, jangan lupa untuk turut menimbangkan hotel yang menawarkan kolam renang dengan pemandangan menakjubkan.
Dipetik dari MailOnline Travel, berikut ialah 12 hotel yang memiliki reka bentuk kolam renang hotel yang paling unik dan menarik di dunia.



LeCrans Hotel & Spa di Crans-Montana, Switzerland.
Berendam dalam kolam renang di pergunungan Alps yang membeku pasti bukan menjadi aktiviti pilihan utama. Namun, hotel ini menawarkan kolam air panas supaya pengunjung boleh berenang sambil menikmati pemandangan gunung bersalji.
Hotel Hanging Gardens, Bali, Indonesia.
Lupakan restoran dan bar mewah kerana ia bukan lagi keutamaan jika anda berkunjung ke hotel ini.
Hanging Gardens mempunyai kolam renang yang dibina menghadap hutan hijau yang menakjubkan.




Hotel The Library, Koh Samui, Thailand.


Kolam renang di hotel ini terkenal kerana airnya yang kelihatan berwarna merah. Warna merah itu bagaimanapun bukan berpunca daripada air tetapi jubinnya.




Hotel Marina Bay Sands, Singapura.
Kolam infiniti adalah tarikan utama di hotel mewah ini. Dibina pada tingkat 57, ia menawarkan pemandangan menakjubkan bandar raya moden di Asia ini. Kolam ini diberi nama infiniti kerana terletak di teres terbuka dan mempunyai penghadang yang tidak kelihatan, membuatkan air seolah-olah jatuh ke bawah.
Hotel Ladera Resort, St Lucia.
Dengan pemandangan indah Pergunungan Piton dan Laut Caribean, hotel ini antara destinasi popular untuk pasangan berbulan madu. Setiap bilik mempunyai kolam renang peribadi dengan tempat makan terbuka bagi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan menakjubkan.




Hotel Blue Lagoon, Iceland.
Hotel Blue Lagoon dibina berhampiran kolam air panas semula jadi yang terletak di atas rabung Mid Atlantic. Walaupun kolam ini terbuka kepada semua tetapi ada laluan yang menghubungkan ke hotel ini.



The Oberoi Udaivilas, Udaipur, India.
Baru dianugerahkan gelaran ‘hotel terbaik di dunia’, resort mewah yang luas di barat India ini pasti akan memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung. Ia juga mempunyai kolam renang yang mengelilingi bangunan hotel umpama istana ini.



Hotel Holiday Inn, Shanghai, China.




Kolam renang di hotel ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang takutkan ketinggian. Terletak di tingkat 24, kolam renang ini hanya berlantaikan kaca. Namun, pengunjung tidak perlu risau kerana sebahagian besar kolam ini berada dalam bangunan.
Phoenix Seagaia Resort, Jepun.
Hotel ini memiliki pantai buatan manusia yang dikenali sebagai Ocean Dome. Ia lengkap dengan ombak, pasir, pokok kelapa dan gunung berapi tiruan. Ocean Dome juga memiliki bumbung yang boleh dibuka dan ditutup bagi melindungi pengunjung dari cuaca di luar.




Resort San Alfonso del Mar, Chile.
Diiktiraf sebagai hotel yang memiliki kolam renang terpanjang di dunia. Kolam dengan panjang hampir 1 kilometer memberi kebebasan kepada pengunjung berenang tanpa bertembung dengan orang lain. Mengadap pantai, kolam ini juga mempunyai pemandangan menakjubkan.



Hotel Sanctuary Swala, Tangarire, Tanzania
Jika anda mahukan suasana semula jadi Afrika, Hotel Sanctuary Swala adalah jawapannya. Hotel mewah ini mempunyai kolam renang dengan pemandangan hutan di Afrika. Walaupun terletak di kawasan terbuka dan terdedah kepada haiwan liar, namun ia dijaga rapi oleh pekerja hotel. Jadi pengunjung tidak perlu meragui kebersihannya.
Pelican Hill Resort, California, Amerika Syarikat.



Kolam di hotel ini yang diberi nama Coliseum memegang gelaran kolam bulat terbesar di dunia dengan diameter 41.4 meter. Resort ini dibina untuk memberi pengalaman seperti berada di Itali dengan reka bentuk yang bertemakan empayar Rom.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69521#foto





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2015 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 11:56 PM | Show all posts
Edited by changa=famri7 at 14-8-2015 12:00 AM

delete.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 11:57 PM | Show all posts
Edited by changa=famri7 at 14-8-2015 12:01 AM

delete....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 11:57 PM | Show all posts
Edited by changa=famri7 at 14-8-2015 12:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2015 11:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
@axl_bach
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana pic sis... Akak nk tengok yg bali dan koh samui.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 10:00 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 14-8-2015 12:18 AM
Mana pic sis... Akak nk tengok yg bali dan koh samui.

yg pool merah tu samui punye sis...bali punye pool tergantung...perghhh..

iols kena kawin org kaye baru dpt dok situ
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:02 AM | Show all posts
Seronoknya bersantaian dengan pool sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 08:15 PM | Show all posts
apasal gambar x lengkap pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.154213 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list