CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3103|Reply: 5

Getaran Bunyi Kucing Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit

[Copy link]
Post time 14-8-2015 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Getaran Bunyi Kucing Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit

Anda fakta yang mengatakan Kucing mempunyai getaran yang mampu memberikan Terapi Perubatan terbaik kepada manusia dalam melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan kata lain, apabila memelihara kucing, anda mempunyai peluang untuk hidup sihat dan lebih gembira berbanding orang lain yang tidak memiliki kucing. Sejauh mana kebenaran fakta ini?
Kucing sebenarnya mempunyai getaran yang dinamakan sebagai ‘Purring’. Purring pada seekor kucing mempunyai getaran antara 40-140 Hz yang kita tidak perasan dan ia dikatakan menjadi Terapi Perubatan yang baik untuk pelbagai penyakit.
Penghilang Stress
Membelai kucing yang sedang membunyikan ‘Purr’ akan menenangkan si pembelai. Ia akan meredakan tekanan kepada mereka yang membelainya.
Kesihatan Jantung
Orang yang memelihara kucing mempunyai risiko kurang 40% peluang untuk di serang penyakit jantung, berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.
Menyembuhkan Luka Dalaman
Getaran Purr kucing ini boleh menyembuhkan luka dalaman badan seseorang.
Memulihkan Otot
Jika anda mempunyai otot yang kejang dan bengkak otot, getaran Purr kucing ini boleh memulihkannya.
Risiko Disponea
Getaran Purr boleh mengurangkan anda risiko terkena penyakit Disponea (sesak nafas)
Kesihatan Tulang
Getaran Purr antara 25 – 50 Hz adalah getaran TERBAIK dan Getaran 100 – 200 Hz adalah Kedua TERBAIK untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang anda.
Tekanan Darah
Berinteraksi dengan kucing dan mendengar getaran Purr Kucing dapat membantu anda dalam membantu menurunkan tekanan darah dan menstabilkannya.






Sebenarnya, banyak keindahan dan keistimewaan yang di milikki oleh seekor makhluk Allah yang dinamakan kucing ini untuk membantu manusia dalam Terapi Kesihatan. Mungkin sebab itu juga, Kucing adalah salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad, Rasulullah SAW
Walaupun begitu, jika anda mempunyai tanda-tanda serangan penyakit, hendaklah berjumpa dengan doktor pakar dahulu. Terapi Kucing ini adalah sebagai rawatan atau cara alternatif sahaja dan ia bukan lah sesuatu yang wajib anda ikuti. Dapatkan nasihat doktor.
Apapun, memelihara kucing memang menjadikan anda seseorang yang lain dari yang lain. Cuba dulu, baru anda tahu,,,


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 12:05 AM | Show all posts
Ada research yang pointed to the fact that belai kucing boleh improve high blood pressure. ALso can reduce stress. Yang lain lain nye tak tau lah. Dari segi medical, memang kucing ada diguna, dipanggil Therapy Cats.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau die purring tu aku panggil, enjin dah start dah.. Kucing ni kalau die mengurut pon boleh melegakan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:38 AM | Show all posts
kucing itu menjadikan manusia lebih penyayang. yg emosi x stabil asik nak marah2 elokla bela kucing ia merubah hidup
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 01:59 PM | Show all posts
gua pun penggemar kucing, walaupun dgr lagu metal jerit2, tengok filem perang2, jenayah bunuh2 & main sukan yg agak extreme.

dlm taman aku, majoriti jiran2 aku ada bela kucing, even yg muka pecah rumah pun bela kucing dgn penuh kasih syg
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2015 12:25 PM | Show all posts
Kucing kesayangan aku mati 25 Ramadan lepas, nazak dari waktu sahur, meninggal dalam pukul 9 pagi, tersiksa perut membusung pecah, dibacakan Youtube Surah Yasin baru dia hembuskan nafas terakhir. Memang sunyi bila keseorangan di rumah sekarang ni.
Last few days before dia mati, dia asyik baring atas dada aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.118135 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list