CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19685|Reply: 104

Dipulaukan kawan ofis - kawan batu api

[Copy link]
Post time 14-8-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Korang.. nak dengar pendapat korang. Tolong advise.

Gini, aku join company A ni Disember tahun lepas. Dan first day aku kat sini, staff dekat sini susah nak terima org baru. Tak friendly kiranya. Aku spend 2 bulan dekat ofis lunch sendiri. Tapi aku tak kisah. Ada sorang staff ni aku namakan dia BB. Dari gaya dia,  nampak sorang sangat tak mesra. And aku tak kisah, sebab janji kerja aku siap. Tapi BB ni tak boleh aku silap sikit, mesti dia akan kutuk aku dekat sorg staff ni, nama Siti.

Nak dijadikan cerita, bos aku cakap dalam bulan Feb ada staff baru nak join. Aku happy la sebab aku harap aku boleh jadi geng dia. Aku siap remind diri, kalau budak tu baru masuk, aku nak dia rasa welcome, aku tak nak dia rasa apa yang aku rasa. Rasa tak diterima.


Bila staff baru masuk, nama dia Ogy. Aku layan Ogy ni macam aku layan adik aku. Aku ajak dia lunch. Aku ajar sistem mana yang aku mampu walaupun aku pun baru lagi. Kiranya, kitorang berdua rapat la sejak dari tu.

Tapi layanan BB dekat Ogy tak sama dengan dia layan aku. Dia layan Ogy memang baik. Dia ajak makan. Dia cakap tak perli tak sindir. Lama2 dorang jadi lagi mesra.

Aku ada masalah bahu and aku kena buat physio. Bahu aku ni memang sakit sangat sampai doctor kena cucuk drugs untuk kurangkan sakit. Nak dijadikan cerita, ofis aku buat makan2 bulan 4 haritu, sempena GST. Aku tak dapat pegi sebab aku appointment dengan physio.

Ogy tanya aku join tak dinner GST tu. Aku cakap tak, sebab aku kena pegi physio. Korang tahu dia cakap apa. Dia cakap 'ishhhh.. budak cacat ni. Tak boleh pegi plak. Eh BB, tengok budak cacat ni tak join dinner.'

Bila BB dengar Ogy ckp mcm tu, terus jawab 'eh cacat la. Kena pegi physio. Kesian.'

Korang bayangkan perasaan aku masa tu. Aku tengah sakit. Lepas tu diorang boleh buat lawak and panggil aku cacat. Aku diam. Pastu aku cakap 'eh kurang ajar kan'. Pastu aku blah. Tapi dorang gelak gelak je

Otw aku pegi physio, aku nangis teruk giler sebab aku tak sangka Ogy boleh buat aku macam tu padahal aku tak pernah pun buat lawak guna ayat2 macam tu dekat dia.


Ok..nanti sambung ye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:02 PM | Show all posts
mohon sambung. aku setia mendengar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat nye :
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:08 PM | Show all posts
ogy ni nama sebenar ke nama samaran? mohon kasi je nama sebenar, supaya orang lain dapat elak atau dapat bersedia bila terserempak dengan celaka lehnat bernama ogy ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:11 PM | Show all posts
Setiap hubungan manusia ada dynamics nyer sendiri. Some obeservations:
1) Ada sedikit perceptual problem ni antara you dengan BB. Walaupun Nampak macam baik dgn you BB ni gi kutuk you kat CT jika ada apa apa tak kena; dia nye perception kat u tak sama dgn apa yg you perceived pasal dia.. clearly you value dia more than she values you (u kata dia mesra, u cuba kawan dgn dia etc). Dia deceieved you sebenarnya; judgement u pasal dia was wrong
2) Also you sudah ada wrong perception pasal Ogy; u ingat she is on your side, malah you ''recruit'' dia dari awal pon tapi tak Berjaya (dan dia lagi best dgn BB); jadi, both BB dan Ogy yg u agak agak boleh jadi kawan u, nampaknya you gagal dapatkan mereka; dynamics between u all tak sama dgn yg u harap
3) u gagal dgn org yg dah lama kat situ (BB) dan yg baru basuk (Ogy); besar kegagalan u ni

Questions:
1) you ni selalu make wrong judgement ke pasal orang? Dua dua yg u judged as potential allies semua nya salah
2) you pernah ada bestfriend tak? dari bestfriend you ni, you dapat tau tak apa perangai u yg bestfriend u tak suka? bestfriends ni bagus, dari depa you bleh tau apa behavioural problem u ( I rasa u takde bestfriend, sebab dgn org baru dan org lama di Company A ni you gagal create a strong bond.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:16 PM | Show all posts
dear TT, human doesn't need best friends. Now, practice that.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2015 11:28 PM | Show all posts
maybe TT nih pendiam orangnya....

si ogy ni sebenarnya huhahuha macam BB....bile memula masuk mesti ler memalu...u je sanggup kawan dengan dia memula...then hari berganti hari...dia kenai ramai orang dah..mula selesa dah dengan persekitaran
dan dia bertemu BB

n sebenarnya BB tuh bukannya tak friendly macam u maksudkan, cume dia tak friendly dengan u je...

maybe sebab dia rasa u 'cacat' and tak friendly juge..(x baik wo kutok orang cacat...BB tuh yang tak sensif dengan perasaan orang lain...oggy pon sebenarnya sama je perangai dengan BB...TT je yang tak perasan)

aku pon tak faham kenapa ader orang camni...kenapa perlu buruk2kan orang walaupon orang takde wat salah dengan dia...
tak suka...diam sudeh la...ni nak p hu ha hu ha kat orang lain.

and oggy tuh maybe tak baper suke u pon sebenarnya...seperti yang aku cakap maybe u pendiam, tak huhahuha...

si BB nih mesti jenis mulot banyak....

percayalah aku pon kenai orang JENIS macam ni....

n aku rasa TT tak rugi pon tak berkawan dengan dua ekor ni

if they cannot accept u for being u....they r not really ur fren. Lupakan jela....mulot longkang dua ekor tuh.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:31 PM | Show all posts
merrissa replied at 14-8-2015 11:28 PM
maybe TT nih pendiam orangnya....

si ogy ni sebenarnya huhahuha macam BB....bile memula masuk mes ...

avatar kau buat aku rasa lapar memanjang. opps ter off topic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 11:31 PM | Show all posts
tipikal melayu sebegitu, takut sorang2 dan suka berkumpul2 kononnya menjadi kuat tetapi hahakikatnya masing2 lemah. ending cerita mereka jadi apa, jadi bos ka jadi kuli ja cerai berai ka mati awal ka. hidup masih panjang sila bina hidup kamu lebih bagus dari beliau. sila bekerja spt biasa, persekitaran kerja berpuak2 tiada teamwork itu tidak bagus, banyak lagi company yg punyai pekerja yg berperangai bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Department  TT mesti kebanyakannya melayu kan.agak je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 11:44 PM | Show all posts
hahahahahahaha ingatkan aku sorang je melayu yang benci kaum aku sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:13 AM | Show all posts
edee_91 replied at 14-8-2015 11:44 PM
hahahahahahaha ingatkan aku sorang je melayu yang benci kaum aku sendiri.

eh eh aku ingat aku sorg je ade isu dgn kaum sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 12:14 AM | Show all posts
TT tlg sambung cite..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 01:01 AM | Show all posts
Wey tt mcm aku la..cuma part penyakit jah..aku xdak masalah serius..aku pendiam org nya...

n aku ada masalah gak dgn org nama ct...dia jenis bekumpulan..kump makcik2...so mulut hampa bleh byg la ..kalau ada jamuan, nak beli brg2 apa mcm pesan mkn dr luar, aku mesti dia x tanya..kalau semua geng2 malay dapat mesti aku ja the only malay yg x dpt ...

tp takpa..aku xkisah pun org mcm ni..aku pantang org mulut bising jenis cakap ikut sedap mulut..so aku pun xkisah..cuma hari2 aku sumpah seranah dia dlm hati ja lah..mintak dia mati cepat...dia pun bukan sihat sgt..tuhan bg penyakit pun mulut tetap takleh jaga...

point aku nak abaq, x rugi nya lahh kalau xkawan dgn org tu..lama2 org akan perasan perangai buruk depa tu...aku x suka kwn dgn malay sbb mulut xdak insuran..sembang xmau kalah...bab mengata memg x tgk kiri kanan...antara sbb aku lebih rela mnyendiri dr malay2 yg ada ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 01:45 AM | Show all posts


cerita ko ni , ala2 cam kisah aku..
sedih la jugak..

mind me to share with you?

mungkin cerita hakak boleh bantu sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan kurang ajar...tapayah kawan lah tt...wat pew nk hadap kawan yg menyakit kan hati..boo layan kan aje..mia takdep best friend pon aman2 ja idop...mia tasuka bff2 neh..tak koserrrrr...kawan bese2 ok jah.. mia suka kawan bese2 je....lg fun gitu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2015 08:02 AM | Show all posts
Edited by BalasKomenBodoh at 15-8-2015 08:03 AM

dulu aku kuat buli org gak.. best.. ade sorang budak pendiam dok umah sewa aku ngan kawan2 lama aku. budak ni nmpk cam lurus bendul,ckp xreti berkias. dia xsedar yg dia dh sakitkan hati kwn2 aku yg len..

kawan2 aku yg lain dah terasa, mula buli dia. padahal budak tu langsung xder niat nk sakitkan hati orang, cuma sebb dia lurus jer dia ckp camtu.

last2 semua benci dia, pulaukan dia, dia kena ejek, kena pulau, kena sindir, kena perli, kena semua.

aku pon time tu kurang akal nmpk seronok, join sekali sbb nmpk best. lol

tu aku rase TT pun cam kawan lama aku nie. cuba jd org yg sensitif siket. ko xnk jd sensitif, tp ko KENE jadi sensitif. tu antara cara utk ko berjaya dlm br sosial sesama insan
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:07 AM | Show all posts
oh lupa, ade lg satu. kalo ko kene ejek, orang bahan ko, ko rileks jer.. ko ketawakan balik bila org bahan ko. jgn nak sentap sgt. jgn buat reaksi muka kelat, atau tergamam, org akan ckp ko bongok. lepas tu bila ade masa ko bahan dia balik, ko ketawakan dia balik. gila2 punya. silap hari bulan si oggy ngan BB tu akan jdkan ko kawan baik dia lak. tp mgkin dah terlambat. sbb cara camni cuma berkesan time FIRST IMPRESSION jer... so good luck TT. hahah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2015 08:10 AM | Show all posts
tp aku pon kadang nyampah gak kawan ngan budak pendiam nie.. ade time tu dia akan puji diri sendiri. dia kata dia ni baik, xmelawan blah blah... tp dr ape yg aku tgk, dia xmelawan bkn sebab dia baik, tp sebab dia xreti melawan jer.

ade time2 tertentu, org yg dia xsuka dia akan kutuk kaw2, dia langsung xder rasa belas kesian kt org yg dia xsuka. sbb tu aku benci ngan budak pendiam ni. rase nak sepak jer sampai mampos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2015 08:21 AM | Show all posts
Edited by soursop_juice99 at 15-8-2015 09:38 AM

sambungan cite semalam...

Esoknya, dekat ofis, aku confront la Ogy cakap aku kecik hati dia cakap aku macam tu. Aku cakap aku tak pernah sekalipun kalau bergurau panggil orang cacat, even dengan bff. Aku bagitau dia, kalau la bergurau dengan orang lain pasal isu cacat tu and kebetulan orang tu ada family OKU, mahu gaduh weyh dengan dia. Aku cakap dengan dia, dia bertuah sebab first day dekat ofis, aku ajak dia hangout dengan aku dengan sorang amoi ni. So, aku rasa dia sangat rileks sebab dia tak rasa apa yang aku rasa. So, Ogy nangis nangis dekat aku cakap sori, dia suruh aku jangan tawar hati dekat dia. Dia gurau je.
Aku pun cakap ok la, benda dah lepas. And BB yang ikut skali kutuk aku tu tau aku terasa, tapi dia boleh datang kat meja aku tanya aku hari ni makan apa, semalam physio ok ke tak. Dia buat macam ' i know you are okay with the jokes'. Benci giler aku dekat si BB tu. Nampak sangat hippo.

Ok, nak cite sikit. Actually, boss aku ni sbnarnya baru join company ni 6 bulan awal dari aku. And dia pun kena benda yang sama. Bos aku ni ngok ngek sikit. Si BB tak suka dia. BB ni selalu mengumpat bos aku dekat aku dengan Ogy, tapi sebab kan bos aku ni baik dengan aku, and meja dia sebelah aku, so kita rapat la. Kita share makanan, knowledge. Ada banyak new things yang aku tau pasal bos yang orang lain tak tau. So, aku memang boleh click la cara dia, walaupun ada part aku tak setuju jugak. Aku tak suka la BB ni kutuk bos.

Aku kalau boleh defend bos, aku akan cakap, tapi tak maksud aku kipas boss. Aku kalau dorang berborak kutuk bos, aku seboleh mungkin tukar topik atau aku cakap secara lawak macam 'dont you say that about my boss'. Tapi secara lawak la. Sebab aku tak nak dorang terasa. And Ogy ni macam sponge tau. dia akan absorb je apa BB cakap pasal bos walaupun benda tu tak betul.

Ok, nak dijadikan cerita, Ogy ni selalu mc atau EL. And kebanyakkan alasan dia, tak sihat ataupun personal matters. Yang kebanyakannya 90% tak betul. Ni Ogy yang cakap sendiri. Kadang2 dia malas nak dtg ofis, kadang2 balik kampung, kadang2 dia pergi interview. Aku tak banyak tanya, aku just tanya interview kat mana and company apa je. So, benda ni kitorang 3 orang je tau. Diam diam sudah.

Lepas tu, kemuncak nye, isnin dengan selasa ni. Ogy EL, sebabnya dia nak pergi interview. Korang bayangkan, dalam masa 6 bulan kerja sini, 3 kali dia pergi interview. And dia masih probation lagi. Sebab dia dah inform aku pasal dia tak datang ofis, aku tak terkejut la. Masalahnya, aku dapat email dari boss cakap yang Ogy ni EL sebab atuk dia meninggal(which, in fact, atuk dia dah lama meninggal). Aku terkejut giler. So, aku pergi dekat BB tanya, betul ke. BB cakap tak lah, dia suruh Ogy cakap personal matters, tapi si Ogy cakap pasal atuk plak.

Dalam hati aku, beragak-agak la ko nak bagi alasan. Bos hantar 2 kali email, email first dia cakap 'Ogy is on EL because her father passed away'. Ya ampun, bos aku ni sekali baca je wassap si Ogy tu. And time tu dia tak perasan lagi. Bila si BB baca email tu, terus dia wassap Ogy, cakap betul ke bapak si ogy ni meninggal. Ogy bengang giler la, dia cakap la 'apahal main bapak bapak ni'. Bagi aku, dia tak boleh nak marah sebab dia yang menipu dulu kan.

Aku wassap Ogy, tanya, kenapa bagi alasan tu. Dia cakap, dia tak rasa bersalah sangat sbb atuk dia memang dah lama meninggal and dia tak nak bagi tau dia pergi interview sebab dia cakap BB pesan, jangan bagitau, nanti bos akan simpan dendam and hidup dia dkt ofis tak akan aman.

Aku senyapkan je la. AKu bagitau la, bos cakap kalau EL, jangan lupa bagi sijil kematian semua tu. Ogy cakap, takpe, nanti dia inform bos yang atuk sedara dia yang meninggal, bukan atuk sendiri. ok, fine.

Esoknya, bos tanya BB, normally kalau malays, meninggal dorang buat apa. And BB cakap, ada tahlil semua tu la. Lepas tu, korang tahu, Boss kitorang terus collect donation untuk Ogy. Ko bayangkan..

Ok, nanti sambung. Nak lipat baju.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045217 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list