CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 2

Kahwin Awal? Apa Masalahnya??

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga  perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk  waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak  gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari  lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda  yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?


Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar  mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi  kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan  akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni  akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka  tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan  berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?


Saya tahu ramai antara kita yang masih  belajar, dan ramai yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya  beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study, dan juga  meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.

Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat  hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja,  suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau  RM100 sebulan?

Bergantung kepada berapa banyak isteri  gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa  ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.

Lain la kalau isteri demand kereta,  rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi,  sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab  zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang  berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat  yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin  berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang  perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: “Dan  kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan  kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan  perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada  mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan  limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?


Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa  perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik  dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran  waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.

Waktu akad nikah pun, jemputlah  keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa  bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos  kenduri.

Dan tidak perlu sanding-sanding semua  tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang  saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam  semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.

Mas kahwin pun tidak perlu  tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah  saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga  golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang  mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis  yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga  kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?


Kalau rasa dengan kahwin boleh buat  semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin  boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa  kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.

Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.  Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda  yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan  bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus
.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan  yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa  kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak  langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram?
Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila  datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha  terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau  lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan  yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?


Ini soalan paling bagus ditanya kepada  diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5  kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas  baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap  menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata,  ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau  apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.

Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan  diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik  berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak  amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”


6. Macam mana dengan restu ibu bapa?


Ya, ini la benda paling susah bila mahu  kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat  menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah  tiada masalah untuk berkahwin awal.

Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu  terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal  masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan  cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang  nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap  hujah yang diberikan seperti di atas.

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik  untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat,  bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah,  maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya.

Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan  yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak  kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan  masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah  yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.




Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.” – (H.R. Bukhari dan Muslim)
pakarcinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 11:05 AM | Show all posts
kawin awal tak salah.....tapi dah bersedia kah untuk pikul tanggungjawab?

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:58 PM | Show all posts
krustykrab replied at 17-8-2015 11:05 AM
kawin awal tak salah.....tapi dah bersedia kah untuk pikul tanggungjawab?

true... tanggung jawab tu yg penting...
kite xleh nk kata kawen awal ni bagus.. bagus sgt3...
kawen lewat lelambat tu em... biasa2 aje...


well, nikah kawen, pasangan jodoh... itu semua rezeki.
rezeki Allah bagi kena sertakan dgn tanggungjawab..

mmg ada aje perkahwinan pada usia muda yg berjaya..
ada juga perkahwinan pada usia muda terkandas di tengah jalan...
semua ni, kena atas usaha memasing..
klu awak dah kawen muda, kena tune lah otak tu, berperangai mcm org dah ada bini.
ni kalau kelaku mcm org belagak bujang, mmg xmenjadi ape2 lah...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42329 Replies : 1178
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 35834 Replies : 1311
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4475 Replies : 90
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30540 Replies : 35
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17479 Replies : 34
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 22920 Replies : 14
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 3026 Replies : 5
Bercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
borneBercerita Sirah Nabi Stail K-Pop
Views : 88603 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035351 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list