CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7593|Reply: 29

Asyik dipersalahkan~Aku yang stress

[Copy link]
Post time 17-8-2015 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Hi semua forumer,

Aku direct jela.Tak perlu berbasa basi nanti basi pulak. Masalah aku ni macam ni.. Aku keje kat satu tempat ni. Tak perlu la aku cakap aku keje kat mana kan. Lokasi dirahsiakan. Tapi hari-hari ade je orang nak cari silap aku dan nak salahkan aku. Aku rasa kalau sehari tak salahkan aku rasanya hidup dorang tak lengkap kot. Dari orang atasan sampaila orang bawah2 ni. Aku dah bertahun pendam aje masalah aku ni..tapi harini aku sedih gilerr2 Aku tak tahan dah..Aku kena luahkan jugak.

Tiap benda yang aku buat mesti orang nak jadikan isu. Aku mengaku aku bukanla pekerja yang cemerlang, gemilang terbilang macam orang2 lain. Sebab aku ni jenis tak reti amik hati orang. Aku cuma jadi diri aku. Contoh kata kalau aku lewat 3-5min 3 kali dalam sebulan mesti orang atasan panggil mengadap dan jadikan isu. Alasannya memang peraturan kat mana2 tempat kerja pun tak boleh lewat kena on time. So aku mengaku jela kat orang atasan itu silap aku..Tapi yang buat aku lagi bengkak hati bila aku dapat tau ada la 2,3 orang kat ofis aku ni pun ade je yang datang lambat dan lagi teruk dari aku 8-10 kali sebulan lewatnye pastu tak bagi punch kad kat boss dengan alasan punch kad hilang tapi tak dipanggil mengadap pun. Ini tidak adil.

Bila tiba hal aku, aku je salah..bila aku, aku je salah..Aku taula aku tak reti bodek boss. Macam yang 8-10 kali lewat tu memang aku tengok teror amik ati boss. Tak macam aku. Aku hanya bersuara dan bagi pendapat bila perlu. Kalau tak aku lebih suka berdiam diri dan buat je keje aku. Tak macam dorang boleh borak mesra lagi dengan boss. Bukan pasal kedatangan je..hal lain pun nak tuding jari kat aku. Baru ni, siap kata aku tak ade usaha nak buat keje. Tak tolong bagai. Padahal boss tak tau ade la sorang akak kat ofis ni reti mengarah je. Keje dia pun aku yang buat. Tu pun Boss tak tau aku buat keje dia..nasib badan la boss tak nampak usaha aku. Aku bukannya bila bos ade baru nak buat2 rajin. Memang takla..Aku jadi diri aku je.

Pastu last week adela event kat ofis aku ni yang di organize oleh department lain. So orang lain semua tolong la department tu ape yang patut. Cuma aku je yang tak boleh nak libatkan diri sebab diarahkan buat keje lain selama dua hari tu kena ganti buat keje ade one staff ni yang EL. Lepas tu aku bercuti dua hari. Jumaat tu aku ade problem pulak kena pegi balai. Tu pun orang mengata aku kat belakang depan bos2 pulak tu kata aku langsung satu ape pun tak tolong..Aku dapat tau ni pun dari sorang hamba Allah ni yang kesian kat aku. Ini la masalahnye orang tau sebut je tapi tak tanye ape masalah aku. See..sekali lagi aku dipersalahkan.. Nak tukar keje tak boleh sebab aku berjawatan tetap kat sini.

Sorryla terpanjang pulak..aku stress sebenarnya. Tak tau nak luah kat sape.. korang pernah tak alami masalah macam aku ni?Macam mana korang mengatasi masalah macam ni ye? aku betol2 stress ni..stress yang teramat...tolongla aku..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 01:08 PM | Show all posts
mintak tukar department lain/kementerian lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 01:13 PM | Show all posts
knp TT x bagitau dgn boss psl staff yg lewat & akak yg xnak buat keje dia tu? Kalau diam memang naik tocang lah mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 02:08 PM | Show all posts
fariepari replied at 17-8-2015 01:08 PM
mintak tukar department lain/kementerian lain

tu dalam planning aku la tu..tapi memakan masa sikit dan yang pasti susah la nak dapat tukar..sebab ade staff kat sini pun tak dapat tukar lagi padahal dah 3 tahun mohon nak tukar department..mintak2 adela rezeki tuk aku..nak berhenti dan buat bisnes aku takut income tak tetap dengan komitmen bulanan lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 02:17 PM | Show all posts
samperit replied at 17-8-2015 01:13 PM
knp TT x bagitau dgn boss psl staff yg lewat & akak yg xnak buat keje dia tu? Kalau diam memang naik ...

Yang staff lewat tu sebenarnya bos tau aje..tapi macam aku cakap la takde pulak dipanggil mengadap dan sebagainya. Pilih bulu kot..Tadi ade akak ni bagitau, time aku takde sedap je dorang kutuk2 belakang aku yang tu aku tak kisah la sebab dosa masing2..padahal aku takde kacau life dorang..aku ni lone ranger je..sape kenal aku tau aku ni camna. Kawan aku pun akak2 je. tapi yang buat aku lagi sedih tu orang yang kutuk aku tu orang yang rapat jugak la dengan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 02:39 PM | Show all posts
aku cam rasa ko ni kena buli lahh...jahat gila perangai org2 itu...boleh tak ko jadi org yg garang dan berani...ko pendiam ker..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2015 02:53 PM | Show all posts
pehbedah replied at 17-8-2015 02:39 PM
aku cam rasa ko ni kena buli lahh...jahat gila perangai org2 itu...boleh tak ko jadi org yg garang d ...

tula masalah aku..aku bila orang marah aku mampu senyum dan gelak aje. Jenis memendam rasa. Nak kata pendiam tu takla sangat..tapi kalau jumpa orang yang reti bukak topik aku boleh je dibawa bersembang gila2. Kalau orang tu pendiam aku pun diam jela..Macam isu aku ni aku tak reti nak fight back..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:11 PM | Show all posts
Performance kerja ko ok tak? kalau ok, semua kesalahan tu boss ko boleh tutup sebelah mata je.

Ni terjadi dekat rakan sekerja aku, sekarang dah jadi bekas rakan sekerja yg aku namakan A. Aku bekerja dalam company swasta, jadi performance kena tiptop jugak kalau nak confirm atau stay (ada tempoh probation 6 bulan). Memandangkan si A ni kerja dia agak lembab or slow, ada satu hari boss aku panggil dia dalam bilik meeting complaint pasal kerja dia yg slow tu. Tak cukup dengan itu, boss complaint pasal dia selalu dtg lambat and balik on-time, pasal dia pergi solat zuhur ngn asar lama (sampai stgah jam kekadang) and ada la beberapa isu yg aku rasa remeh temeh. Walhal, ramai senior yg dah confirm lama, dtg ofis lewat sejam takda pun boss panggil masuk bilik meeting bagai. Aku pasti seratus peratus yg boss aku tu nak si A ni berhenti kerja dengan sukarela (guna physcology). Ko nampak tak point aku? akhirnya kawan aku tu decide taknak sambung kontrak probation dia. (kalau x dpt confirm boleh sambung kontrak lg, tp atas kerelaan boss dan pekerja tu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2015 03:31 PM | Show all posts
freakashpop replied at 17-8-2015 03:11 PM
Performance kerja ko ok tak? kalau ok, semua kesalahan tu boss ko boleh tutup sebelah mata je.

N ...

Aku nampak point ko..Aku setakat ni boss takde pulak tegur aku buat keja slow. Tak pernah la panggil aku mengadap sebab aku bt keje slow..lagipun aku dah confirm dalam syarikat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 03:42 PM | Show all posts
aku rasa cara terbaik ialah, ko tak perlu sibuk2 nak bagitahu boss pasal performance / kelewatan orang lain tu sebab boss ko dah sedia maklum pun kan..

now sebenarnya ko cuma kene tunjukkan pada boss ko yang ko takkan lewat dah lepas ni..

if ko tak lewat pun boss ko still komplen itu ini, then barulah ko boleh start berbunyi ketidakpuasan hati ko tu..

bagi aku, ko kene betulkan diri ko sendiri dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2015 03:53 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 17-8-2015 03:42 PM
aku rasa cara terbaik ialah, ko tak perlu sibuk2 nak bagitahu boss pasal performance / kelewatan ora ...

Aku setuju part betulkan diri sendiri tu..sebab aku lewat tu takde la lewat sangat.Dalam 3-5 minit je. Masih boleh dalam kawalan aku lagi. Cuma kadang biasa la ada hari2 yang trafik tak menentu. Accidentla. Hujanla. Yang tu dah luar kawalan aku. Staff yang lewat byk kali tu kadang pai 10-20 min lewatnye. Tapi bos ok aje..Mungkin sebab dorang tu dah ade anak yang aku ni takde anak lagi kot..Tapi tak bolehla berat sebelahkan..kata pun peraturan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 04:14 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 17-8-2015 03:53 PM
Aku setuju part betulkan diri sendiri tu..sebab aku lewat tu takde la lewat sangat.Dalam 3-5 minit ...

tu yang aku katakan, ko pung pang pung pang pun boss tetap salahkan ko jugak kan..
so sekarang ni ko betulkan dan cuba buat sehabis baik

1. tak jangka jammed kan, so awalkan waktu setiap hari dari kebiasaan.. if ko gerak dr umah jam 7, awalkan 6.45 let say..
2. hari hujan, ko pun jangan berlengah jugak.. amik pendekatan utk cepatkan perjalanan dari kebiasaan..

walaupun 3-5 minit, still lewat pada boss ko, nak2 kalau ko org baru yang masih belum sah jawatan, if ko dah sah tu, mgkin ada sebab lain la yang ko kene tgk pulak..

sometimes kita kene cermin diri kita dulu, kemudian dah betulkan diri kita, baru kita tgk, mana silapnya lagi, kemudian barulah pergi komplen ketidakpuasan hati tu..

atau mungkin ko boleh jadikan budaya memberi keterangan yang munasabah pada boss ko utk kepuasan hati dia.. mungkin selama ni, ko lewat ko diam jer, org lain lewat pun boss mgkin dah sedia maklum kenapa dia lewat, mksdnya mgkin rakan sekerja ko yang lewat tu dah awal2 maklum pd boss melalui sms ke, call ke atau sehari sebelum ke bgtahu esok mgkin lewat, atau hari yg lewat tu, masuk je keja terus inform boss kenapa lewat.. mgkin cara ni dpt bantu sejukkan hati boss ko.. cara ni bukan beralasan atau kipas boss sebenarnya tp boss biasanya memang nakkan penjelasan.. if diam then dia anggap ko mmg sengaja or amik kesempatan..


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:03 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 17-8-2015 02:17 PM
Yang staff lewat tu sebenarnya bos tau aje..tapi macam aku cakap la takde pulak dipanggil mengadap ...

beb..kwn x kan nak kutuk-kutuk belakang..
dah2..jauhkan dari org mcm tu..bak kata fazura #sayangidirimu gitchew

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 03:34 PM | Show all posts
samperit replied at 19-8-2015 03:03 PM
beb..kwn x kan nak kutuk-kutuk belakang..
dah2..jauhkan dari org mcm tu..bak kata fazura #sayangi ...

tp spesis mengutuk cam dorang ni depan very sweet..ayat baik manis je..bila aku menjauh tau mencari..xfaham orang2 yang ade sikap macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:36 PM | Show all posts
u cannot change other perception towards u.. but u can change ur perception towards them...

tak suka betul kalau orang cakap tak reti bodek.. kalau bos ko suke bodek.. ko bodek la.. selagi bukan suruh bogel ke or buat kerja haromm...

aku g motivation.. motivator kata kalau ko sorg yg really think out of box, jika ko rasa ko lain n baik dari orang lain... tapiii ko still tak boleh nak ubah cara sesebuah organisasi sebenarnya.. walaupun idea ko tu mmg sgt bagus n realistic.. apa yg ko boleh buat adapt the situation dulu... eg: bodek, belajar cara mereka, kenal mereka... lepas dah dpt tackle baru try ubah2 sikit2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 04:03 PM | Show all posts
sally03tomato replied at 19-8-2015 03:36 PM
u cannot change other perception towards u.. but u can change ur perception towards them...

tak  ...

Aku sendiri pun ade pergi satu kursus dan berjumpa dengan motivator.Motivator tu kata bodek tu tak salah kalau kena caranya. Masalahnya aku seriously memang tak reti bodek dan aku siap cakap macam tu kat motivator. Dan motivator tu cakap its ok..sebab manusia ni ada personaliti tersendiri. Ada yang introvert ada yang extrovert..ada yang pandai bodek ada yang tak pandai. Yang penting respect your boss..kata motivator tu. Dan setakat ni takde la aku tak respect bos aku. Ape dia minta aku buat je selagi tak bertentangan..cuma maksud aku kat sini pasal bodek tu, bos aku ni boleh percaya bulat2 apa orang lain cakap pasal aku..dan bulat2 jugak salahkan aku..bukan nak tanya aku dulu..yang part event tu pun aku disalahkannya..sabar jela..kena jadi hipokrit sikit kot lepas ni..macam ko cakapla adapt the situation...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 05:51 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 19-8-2015 05:53 PM

cuba cerita job skop kamu kerja harian kerja mingguan dan bulanan
kalau datang lewat 10 min balik lewat 10 min
kenapa buat kerja org lain dan kenapa bos tak tau dan pastikan bos mesti tau
setiap pekerja ada manager/atasan yg urus dan agih kerja dan tau pekerja buat apa
kalau bekerja melibatkan email sila cc kpd bos
sila berkawan dgn bos jadi bos akan kenal kamu macamana
apa kekuatan hang yg boleh membuatkan semua org sukakan kamu, kamu suka melawak suka berfesen suka membaca banyak ilmu di kepala
stgh company memandang2 org yg byk cakap yg bodoh rasa betul sbg pekerja yg bagus padahal membuatkan company haruhara
tempat kerja semua melayu ka, kelihatan sikap pekerja asik melayan perkara remeh2 dan gossip2 aja. company yg bekerja bersungguh2 x sempat bergossip. mana2 tempat biasa gossip pasal bos aja
camana nak tarik perhatian rakan sekerja dan naikan nilai kamu
cuba buat kek coklat sedap dan bawa ke ofis mesti ramai memuji
kg ada dusun rambutan dan buah2, sila adakan pesta buah2 di ofis jemput semua makan
sila baca baca dan baca sbb meja org byk ilmu akan dikelilingi ramai org utk minta pendapat
pakai baju lawa2 bermekap berfesen wangi2 meningkatkn keyakinan
pergi travel oversea supaya org memnadang kamu berani
setengah rakan sekerja ada yg bodoh x oleh diajar, degil, cakap x serupa bikin, tikam belakang dan gunting dalam lipatan etc, org sebegini tiada guna dibuat kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 02:24 PM | Show all posts
Cer ko luah perasaan ko kt bos ko.ckp pe yg x puas hti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 02:45 PM | Show all posts
kenapa aku rasa cerita tt sebijik dengan cerita dak opis iols. adakah kite sama opis? kihkihkih....

apa yg iols boleh cakapkan.. uols carik kerja lain. berusahalah ! tak gune ada bos camtu kutuk2 ari2.dosa pun dapat.. mintak maap pun belum tentu die lembut hati. nak doakan die lembut hati pulak, amek masa.. so itu je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 03:09 PM | Show all posts
Gadis_sarawak replied at 19-8-2015 04:03 PM
Aku sendiri pun ade pergi satu kursus dan berjumpa dengan motivator.Motivator tu kata bodek tu tak ...

haah ko kene adapt e situation.. sama ada ko train diri ko utk jd kental dgn x kesah ape org kate.. atau ko kene try la please the bos.. maybe nampak semua salah sbb belum ada bonding ko ngan bos.. good luck.. maybe ko boleh try baik2 dulu ngan staf fav bos ko..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058110 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list