CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3890|Reply: 8

Emirates Lancar Penerbangan Paling Jauh Di Dunia

[Copy link]
Post time 19-8-2015 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates akan melancarkan penerbangan paling jauh dan paling lama di dunia dengan melibatkan masa selama 17 jam dan 35 minit, lapor UtusanOnline.

Menurut portal Daily Mirror, penerbangan dua hala itu dijadualkan bermula seawal Februari tahun depan, berlepas dari Dubai ke Panama City menggunakan sejumlah pesawat jenis Boeing 777-200LR.

Jelas laporan itu, kos tiket bagi penerbangan tersebut kira-kira 1,300 pound (RM7,977) melibatkan jarak perjalanan 13,830 kilometer, sekali gus mengetepikan perjalanan paling jauh setakat ini oleh syarikat penerbangan Australia, Qantas dari Sydney ke Dallas, Amerika Syarikat (AS) dengan dipisahkan jarak 16 kilometer.




Pemilik Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum berkata, Panama City akan menjadi laluan pertama syarikatnya ke tengah benua Amerika dan dijangka dikembangkan lagi ke destinasi lain.

“Penumpang akan mempunyai pilihan untuk mengembara ke benua Amerika, Caribbean, dan utara bahagian Amerika Selatan dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates di Dubai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Republik Panama, Isabel Saint Malo de Alvarado berkata, usaha Emirates mengembangkan rangkaian penerbangan ke benua Amerika menunjukkan kejayaan diplomatik untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negaranya.

“Panama akan menjadi laluan baharu yang menghubungkan rantau Asia Barat secara terus, sekali gus memberi keuntungan yang besar kepada negara ini dan Amerika Latin,” katanya.
penpatah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 02:52 PM | Show all posts
Jenuh duduk nak tunggu sampai lain le kalau dapat duduk kelas pertama atau kelas perniagaan selesa le sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:51 PM | Show all posts
hangat pungkoq kata orang utagha... bangun tido, bangun tido.. tak sampai-sampai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 06:04 PM | Show all posts
bianglala replied at 19-8-2015 03:51 PM
hangat pungkoq kata orang utagha... bangun tido, bangun tido.. tak sampai-sampai lagi.

kebaih pungkoq aih
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 07:13 PM | Show all posts
i rela transit dr long haul mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 11:29 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 19-8-2015 02:52 PM
Jenuh duduk nak tunggu sampai lain le kalau dapat duduk kelas pertama atau kelas perniagaan selesa l ...

ni pics i google...business class 777 emirates








Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2015 11:44 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 20-8-2015 12:08 AM





Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 10:00 AM | Show all posts
best gila bila la boleh merasa nak naik flight
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 10:54 AM | Show all posts
manjalara_01 replied at 19-8-2015 11:29 PM
ni pics i google...business class 777 emirates

Biasa je naik time businesss trips company bayar apa nak kesah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.201492 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list