|
Assalamualaikum,
Ini kisah yang berlaku dekat aku, kisah yang aku dengar dan kisah kisah untuk hampa dengar HAHA
KISAH DIA
Dia yang bernama Hana,
Hana pelajar baru yang berpindah dari Perak ke Selangor. Tubuhnya kecil macam berumur 7 tahun sedangkan sudah tingkatan 5. Hana ada penyakit buah pinggang tak salah aku. Dia seorang yang lemah semangat, aku tak tahu kenapa tapi dia akan pengsan setiap kali pergi ke tiolet. Hana tak boleh ke mana mana berseorangan. Mesti kena ada yang teman kerana selalau pengsan.
|
|
|
|
|
|
|
|
KISAH DIA II
Setiap kali waktu agama, kami akan dibahagikan class kepada dua dan campur dengan class yang lain sebab ada pelajar moral yang ambil subject moral.
Class asal kami di hadapan dekat dengan pejabat sekolah dan tingkat atas sekali. Pejabat sekolah bawah satu tingkat dari class kami,
nak dijadikan cerita, aku yang tak berapa berani ni ditugaskan kena teman hana ke toilet. Tapi alhamdulillah tak jadi apa apa lah. Dia rapat jugak dengan aku , apa apa yang dia tak faham dia tanya aku dan apa apa cerita pasal dia yang remeh yg boleh odia cerita dia cerita. Tempat duduk hana dalam class ditengah antara dua pelajar lain shira dan zaza. Masa sedang tulis nota, hana diam dan mendengus shira yang ketakutan diam |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama kemudian, hana bagi kertas yang diconteng kepada shira. menggigel shira bila baca kandungan kertas tu seperti perbualan hana dengan "benda" tu.
kandungan kertas
hana : kau sapa
benda : aku kawan kau
hana : aku tanak kawan dengan kau // sekali dengan lukisan gambaran "benda" tu
shira menangis sambil bawak kertas jumpa dengan cikgu. dan dengan tiba tiba hana jatuh dari kerusi dan seperti ditarik melambung lambung dalam kelas. habis bersepah kerusi meja jatuh dilanggar hana. Hana menjerit kesakitan sambil menangis. Aku? aku lari pergi class sebelah berlari mintak bantuan kononnya, padahal nak ponteng sama hahah. Tapi dengan perasaan takut aku ambil buku yassin dan kami baca ramai ramai di class sebelah. Sambil kami baca dengar dua suara dari hana. satu suara meminta tolong kesakitan satu suara yang gelak sekuat kuatnya. Tapi tolonglah percaya hana bergerak tanpa berjalan ke depan , kebelakang class. sangat laju sambil badannya terhantuk kena meja dan kerusi. dia yang kecik dipegang oleh ramai orang masih kuat. kuasa apa aku tak pasti tapi sangat kuat.
Selepas selesai semua, yang perempuan ditugaskan angkat hana bawak ke pejabat, aku salah sorangnya dan aku pegang hana bahagian kepala. Hana tak sedarkan diri, kami berlima angkat hana yang badan kecil seperti budak 7 tahun tapi beratnya yaAllah mcm angkat peti sejuk. Masa turun tangga aku pandang muka hana dan tiba tiba matanya terbeliak terus pandang ke arah aku. Aku terkejut nasib tak lepaskan. Dia terus pandang aku sampai ke pejabat dan sampai aku keluar dari bilik tu. sampai sekarang aku tak boleh lupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
HANA BUAT HAL
Class agama lagi
Kali ni dekat class belakang. Hanya ada class ni je dekat row atas dan hujung sekali tangga. Class kami di tingkat 3,
Hana masuk class, semua diam . Mungkin sebab takut diterkam. Aku masih sama, duduk dekat hana walaupun ramai yang menjauhkan diri.
Class dah mula semua belajar macam biasa. Sorang sorang diarahkan untuk baca surah. Hana diam, dia dah mula nak buat hal lagi. Sorang sorang kene cuba tegur dia tapi dia masih diam. Dengan tiba tiba hana bangun! Keluar class dan lari dengan laju diikuti dengan 3 pelajar lelaki. Mereka kejar hana yang berlari , merangkak, melompat sambil ketawa! Dashat. Pelbagai gaya tapi pelajar lelaki tidak mampu kejar hana. Bayangkan dari tingkat 3 ke tingkat dua turun melalui tangga hana turun seperti melangkah satu tangga sahaja sedangkan banyak anak tangga yang kene lalui sebelum sampai di tingkat dua, dan akhirnya hana hilang dari pandangan. Semua mencari. Satu sekolah kami carik sampai ke bahagian stor di belakang sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
HANA BUAT HAL II
Sampai je kami di belakang sekolah, dengar suara hana menjerit. Semua berlari ke beakang ke pagar sekolah. Nampak hana menjerit jerit nak keluar mengamok ngamok seperti marahkan seseorang. Semua cuba pegang dan tenangkan dia tapi melambung lambung orang yang cuba pegang hana tercampak. Tak lama kemudia hana pengsan. Semua pegang hana dengan kuat dan bawak naik ke pejabat. Tunggu parent hana sampai.
Sampai ke pejabat hana sedar dan mata dia melilau kiri kanan. Cikgu usop yang lebih kepada hal ehwal pelajar cuba menegur tapi dijelingnya.
Cikgu usop hulurkan tangan, tapi ditepis oleh hana. Hana meracau cuba melarikan diri, keadaan jadi kelam kabut dan hana pengsan selepas cikgu usop bacakan ayat kepadanya. Kami diminta bersurai
Tak lama kemudia parent hana dating untuk ambil hana semula. Dan selepas itu hana tak dating lagi kesekolah. Cikgu kata dia dah pindah. Kemana pindahya kami tak pasti sebab dah tak berhubung dengan hana sejak kejadian itu.
Lepas hana berhenti mcm mcm cerita timbul. Kononnya hana ada bela dan kene tinggalkan belaan di tempat lain sebab tu dia tinggalkan di sekolah kami. Tapi sebab dia tak boleh lepas benda tu masih kacau dia. Kebenarannya aku sendiri tak pasti.
|
|
|
|
|
|
|
|
hana tu awak ke.. isHANAni..
dah habis ke cite ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
serius kesian kat hana tu...takkan parents dia tak bwk gi berubat ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kite, hehehe kite bukan nama sebenar haha
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian kan. kalau tengok dia lagi kesian, ntah aa kecik je. kene pulak benda macam tu. tak larat je muka pegi sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
apa le kabo dia skrg ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm kisah emily ye, sekarang hana ape cite? |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada kawan mcm hana ni. mmg kesian tengok. ada sampai panjat pagar. dia siap tampar orang lagi bila meracau2. bila ditanya, tak ingat apa. performance pelajaran merudum. bila PMR, dapat 4A je dia. kene keluar dr skolah sbb below par.
tp dia dah OK. sibukkan diri dia dgn sports katanya.penatkan dan sibukkan diri. skarang dia cikgu sekolah rendah. baru dpt posting tahun lpas
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik berjaya juga jd cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua,
Maaf tinggalkan cerita agak lama.
inshaAllah ada rezeki saya sambung cerita yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
is...hana ni ... kan...
hehe, pelik nick |
|
|
|
|
|
|
|
tt x cuba jejak hana ke?..
kesian dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|