CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3610|Reply: 6

Bina jambatan Daripada Kertas Tanpa Guna Gam

[Copy link]
Post time 20-8-2015 06:53 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah jambatan unik yang hanya diperbuat menggunakan kira-kira 22,000 helai kertas berwarna merah tanpa menggunakan gam, menjadi tumpuan kepada penjalan kaki dan penunggang basikal di Lembah Grisedale, di sini, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, jambatan kertas berwarna merah itu merupakan sebahagian hasil seni yang terletak di sepanjang anak sungai di Lembah Grisedale.

Penggiat alam sekitar, Steve Messam dari Teesdale, menghabiskan masa tiga tahun untuk membina jambatan unik tersebut yang dikendalikan oleh Taman Kebudayaan sebagai sebahagian daripada Program Kecantikan Tasik 2015.



Alan Hinkers, menyeberangi jambatan unik yang dihasilkan daripada 22,000 helaian kertas berwarna merah di Lembah Grisedale, London, baru-baru ini. – AGENSI

Beliau berkata, struktur jambatan itu kukuh dan mampu menyokong berat pejalan kaki kerana dihasilkan daripada 4.5 tan (225 kilogram) helaian kertas yang sama seperti kekuatan kayu oak.

Jambatan kertas sepanjang lima meter itu mula dibuka kepada orang awam mulai Jumaat lalu.

Seorang pendaki gunung, Alan Hinkers dari Yorkshire Utara yang merupakan pejalan kaki pertama melalui jambatan unik itu berkata, dia sangat takut ketika menyeberanginya.

“Ketika melalui jambatan itu, saya merasa cemas memandangkan jambatan ini diperbuat daripada kertas dan tidak yakin dengan kekuatan jambatan tersebut,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun hujan lebat, tetapi jambatan kertas itu tidak menunjukkan tanda rosak dan masih kukuh.

Sumber: UtusanOnline


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2015 07:24 PM | Show all posts
comel lak jambatan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:18 AM | Show all posts
Berapa lamakah ia dapat bertahan agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 06:10 AM | Show all posts
kena embun je dah gone
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 06:37 AM | Show all posts
lama jugak tempoh nak buat tu.. tiga tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2015 07:34 PM | Show all posts
kiut jer kaler merah plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 03:38 PM | Show all posts
cemane die boleh jadi cantik melengkung sedangkan kayu2 tu dh dibukak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044804 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list