View: 4223|Reply: 10
|
Potret Hidup Papar Emosi Penghuni Hospital Gila
[Copy link]
|
|
Potret Hidup Papar Emosi Penghuni Hospital Gila Aug 20, 2015 364
Laura Hospes.
[url=https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?s=100&p=http%3A%2F%2Fmynewshub.cc%2F2015%2F08%2F20%2Fpotret-papar-perasaan-dan-emosi-penghuni-rumah-sakit-jiwa%2F%3Ffb_ref%3D986172250dc44411acd1cee9e78343d7-Facebook&s=100]168240[url=mailto:?subject=Potret%20Hidup%20Papar%20Emosi%20Penghuni%20Hospital%20Gila%20-%20MYNEWSHUB&body=Check this at: http://mynewshub.cc/2015/08/20/p ... 2456326b3487b-Email]0[/url]
SERING kali mereka digelar sebagai orang gila, namun sebenarnya kebanyakan penghuni di rumah sakit jiwa hanya mengalami tekanan perasaan mungkin disebabkan faktor persekitaran yang mendorong mereka berhadapan dengan penyakit tersebut.
Untuk menunjukkan emosi dan perasaan penghuni rumah sakit jiwa, Laura Hospes dari Belanda mengambil langkah mengabadikan potret rakan-rakannya yang berusaha untuk pulih daripada masalah jiwa yang membelenggu mereka.
Laura merupakan bekas penghuni rumah sakit jiwa disebabkan masalah kemurungan dan pemakanan malah pernah cuba membunuh diri disebabkan tekanan perasaan.
Satu projek UCP-UMCG yang dinamakan sempena nama pusat rawatan jiwa itu telah dijalankan Laura dan hasilnya memang sangat menakjubkan!
Berlatar belakangkan warna hitam putih, Laura membidik cantik dan penuh berseni bagi menggambarkan perasaan sebenar penghuni dalam pusat rawatan itu yang berhadapan dengan kesengsaraan untuk pulih seperti sedia kala.
“Pada mulanya saya hanya merakamkan wajah saya sahaja. Ia adalah bertujuan untuk berdepan dengan emosi saya dan kini saya mahu mereka juga mentafsirkan perasaan mereka sepanjang mendapatkan rawatan di sini.
“Saya tidak pandai berkata-kata mengenai perasaan, jadi sebab itu saya tunjukkannya menerusi gambar.
“Saya dapati perkara ini dapat membantu dan membuatkan saya berasa tidak berseorangan dalam hal seperti ini.
“Saya berharap mana-mana pihak yang berhadapan dengan situasi sama (tekanan dalam kehidupan) dapat melihat koleksi gambar yang saya paparkan ini dan cari yang mana satu menunjukkan mereka.
“Dengan perkongsian ini, saya harap mereka tidak malu berkongsi perasaan dengan orang lain,” katanya.
Projek itu mendapat sokongan positif daripada pelbagai pihak memandangkan ianya lari daripada norma kebiasaan yang mana sering kali orang menyiarkan gambar dan perkara baik yang berlaku di persekitaran mereka tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil seperti ini yang perlu juga diberi perhatian oleh orang ramai di luar sana. – MYNEWSHUB.CC
Human Machine by Laura Hospes
|
|
|
|
|
|
|
|
mana gmbar yg lain2 lagi....
tapi cantik jugak gmbar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seram lak tengok renungannya tu |
|
|
|
|
|
|
|
“When you photograph people in color, you photograph their clothes. But when you photograph people in black and white, you photograph their souls!” - Ted Grant. |
|
|
|
|
|
|
|
ni paling emosi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dkat spital xde ekspresi dh muka. Blank. Makan ubat. Bra jarang pakai. Rambut pun tak ikat. Pompuan atas ni hot je aku tgok. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|