CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3595|Reply: 0

Anda Terlalu Kurus Dan Nak Tambah Berat Badan?

[Copy link]
Post time 21-8-2015 03:48 PM | Show all posts |Read mode


Macam mana la nak tambah berat badan jadi ideal ne? Makan tiap-tiap hari kot. Berat badan tak bertambah cuma perut je yang naik. Mesti korang terfikir ada ke tak petua atau cara nak tambah berat badan ne. Kat sini aku nak suggest beberapa cara nak tambah berat badan.

Cara Nak Tambah Berat Badan

Senaman Angkat Berat

Kalau korang pakai seluar saiz XS dan baju shirt adik pun masih longgar, maknanye korang berada dalam kategori kurus atau keding. Bagi lelaki, cara yang terbaik bagi menambahkan berat badan anda selain makan ialah dengan senaman angkat berat di gym. Dengan menambahkan otot di badan, kekurangan anda dari segi fizikal dapat ditutupi. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan “push up“, “pull up“, “sit up“, “lunges” atau “squat“. Perempuan juga boleh buat benda yang sama. Pergi gym dulu, nanti ada instructor yang akan ajar cara nak workout.



Ambil Banyak Protein

Protein dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protein membuatkan tubuh anda “mencuri” protein dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protein dalam diet harian anda. Contoh makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk susu, kacang dan bijian. Jadi, banyakkan makan makanan seperti ne untuk menaikkan berat badan anda. Tetapi kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.



Rehat Dengan Secukupnya

Rehat kat sini bukan bermaksud lepas makan korang terus tidur. Kalau buat macam tu bukan setakat badan naik, terus jadi obes kot. Rehat yang cukup kat sini maknanya selepas korang dah buat senaman dekat gym dan makan makanan yang mengandungi protein. Semasa anda tidur, makanan yang anda telah makan akan digunakan untuk menaikkan tisu otot anda. Jangan lupa, korang perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.



Ambil Supplement

Kalau sume cara di atas tak berkesan jugak untuk korang tambah berat badan, apa kata kalau korang cuba ambil supplement. Kalau pergi ke farmasi, berbagai-bagi jenis weight gain yang korang boleh pilih. Siap ada perisa coklat dan vanila lagi. Bergantung pada jenis supplement yang korang nak. Satu lagi ialah pasal produk Herbalife. Kalau korang guna produk ne ianya juga akan membantu menambahkan nutrisi badan, menaikkan berat badan serta muscle otot.


Makan Coklat

Yang ne aku tak tahu berkesan ke tak. Tapi tak apa, korang boleh cuba. Bukan apa, sebab kita selalu dengar formula macam ne :

Perempuan makan coklat banyak-banyak = Gemuk

hahaha cubalah formula ni..kalau menjadi bagitahu la


So,korang beli dan makanlah coklat banyak-banyak. Manalah tahu kot-kot menjadi. Lagipun coklatkan mengandungi susu. Lebih-lebih lagi kalau coklat cadbury. Tak ingat dunia dunia makan.


nicknashram



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list