View: 1438|Reply: 0
|
Aura Kacang Almond Untuk Kulit & Rambut Wanita
[Copy link]
|
|

Bukan setakat makan, tetapi kacang Almond juga sangat bagus untuk kecantikan wanita.
Kacang almond mempunyai antioksida yang tinggi dan vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Dan kacang Almond juga boleh dijadikan pelbagai penawar untuk menghilangkan sel kulit mati, lingkar hitam bawah mata, dan mengurangkan kelemumur di atas kepala. Hebat bukan?
Ok, jom semak beberapa cara ini...
1. Scrub tubuh Kacang almond bukan hanya bagus untuk tubuh, tetapi juga bermanfaat untuk kulit. Almond boleh dijadikan sebagai scrub untuk membersihkan tubuh badan. Scrub almond juga berfungsi memberikan efek alami vitamin dan bersinar pada kulit.
Bahan-bahan:
1/3 cawan kacang almond
2 sendok makan madu
1 sendok makan minyak zaitun
Cara buat:
Haluskan kacang almond hingga berbentuk seperti butiran pasir. Campurkan madu dan minyak zaitun, kacau semua bahan dan sapu pada tubuh, kemudian gosok secara perlahan. Bilas hingga bersih.
2. Scrub wajah Jika anda memiliki kulit wajah kering atau kusam, anda perlu mencuba scrub yang dibuat dari almond. Bukan hanya menghilangkan kulit mati tapi mampu mencegah jerawat.
Bahan-bahan:
1/3 cawan kacang almond
4 sendok makan oat
2 sendok makan madu
2 sendok jus lemon atau yogurt
Cara buat:
Mesin atau tumbuk kacang almond hingga menjadi seperti butiran pasir. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Sapu di wajah, tunggu lebih kurang 10-15 minit. Bilas hingga bersih.
3. Rawat 'mata 'panda' Masalah lingkaran hitam di bahagian bawah mata sering mengganggu penampilan. Ok, cuba anda guna almond yang atasi masalah gelap bawah mata. Cukup dengan sapu masker di bahagian mata secara rutin, ini boleh mengurangkan efek lingkaran gelap bawah mata.
Bahan-bahan:
2 sudu besar makan minyak almond
1 sudu besar makan gula pasir
Cara buat:
Campurkan minyak almond dengan gula pasir, kacau dan sapu di bahagian bawah mata secara perlahan-lahan. Kemudian bilas hingga bersih.
4. Rawat rambut rosak Almond juga berkhasiat untuk kulit kepala. Masker rambut yang dibuat dari almond juga mampu merawat kulit kepala agar lebih sihat dan rawat masalah kelemumur.
Bahan-bahan:
1 cawan kacang almond
½ cawan yogurt
Sebiji putih telur
Cara buat:
Kisar kacang almond hingga halus. Tambahkan yogurt dan putih telur ke dalam almond yang sudah dihancurkan. Kacau hingga semua bahan dan sapu di rambut yang telah basah. Biar selama 10-15 minit dan bilas hingga bersih.
Cukup mudah, bukan? Khasiatnya pun sangat berbisa dan anda boleh jimat. Anda pasti akan seronok dan puas hati dengan hasilnya nanti, selamat mencuba!
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|