View: 10460|Reply: 29
|
Pelik ! Pokok Ini Hasilkan 250 Jenis Epal yang Berbeza
[Copy link]
|
|
CHIDHAM, West Sussex - Seorang lelaki di sini mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal yang menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Bagi melakukannya, Paul Barnett telah mencantumkan 250 jenis tunas pokok epal berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk.
Melalui teknik itu, dia kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan dijadikan cuka.
Barnett turut melabelkan setiap dahan epal untuk memudahkan dirinya mengingati dahan bagi jenis epal yang dicantumkan pada pokok berkenaan.
"Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi 90 jenis pokok epal pada setiap batas," kata lelaki berusia 40 tahun itu.
"Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, namun saya tidak memiliki kawasan untuk melakukannya. Oleh itu saya menggunakan kaedah pencantuman tunas untuk tujuan tersebut," tambahnya. - Agensi
dairishare
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bestnya. cantik pulak tu pokok dia. rendang rimbun dan rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
kaedah Tut ni bagus untuk apa2 pokok buah pun
kalau nak lagi advance...guna kaedah genetic engineering..
teringin nak tanam pokok epal, oren, anggur depan rumah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaikk..kita pon boleh buat cantuman dahan macam tu contoh pokok jambu,durian,rambutan dll |
|
|
|
|
|
|
|
cayalah bro. mmg hebakk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh diaplikasikan kepada pokok mangga yg tumbuh baik di negara ini. Macam-macam jenis mangga dapat dinikmati di kemudian hari. |
|
|
|
|
|
|
|
wah epal macam2 satu pokok? dah macam citer faraway tree dah hehehehe...
aku ada jugak sebatang pokok epal dalam pasu. dah 3 tahun, masih lagi belum transplant ke tanah, since tak sure nak tanam kt lokasi mana. and juga tak sure kalau akan berbuah and if berbuah aku tak sure juga if akan menghasilkan buah yg sama dengan epal yg aku makan.
pokok pear pun ada 2 batang, masih dalam pasu - ni saje semai benih pear cina. lama tak jaga.. kesian..
pokok lemon meyer pon ada lagi 2 pasu - benih dari lemon mayer new zealand |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah tersiar dulu |
|
|
|
|
|
|
|
ada byk jenis rupanya buah epal ni.. tau 2 jenis jer... epal hijau ngan epal merah hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2! terpikir benda yg sama bila tgk pokok epal ni
|
|
|
|
|
|
|
|
melacak2 buah epal kat tanah
best je dpt mkn fresh apple camni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 tahun?, dah sesuai dah alihkan pokok tersebut ke tanah. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari melebihi 6 jam. Gembur 4 kaki persegi sedalam 2 kaki, tambah kompos 2 kilo, tinja ayam terproses 1 kilo, lime 1 genggam dan gaul sebati. Buat lubang ditengah ikut ketinggian polibag atau pasu tersebut. Tanam pokok epal dan timbus semula. Siram dgn air secukupnya.
Setelah pokok epal anda berusia 4 hingga 5 tahun, gugurkan keseluruhan daun secara manual di mana petik semua daunnya untuk mengalakkan proses pembuahan. Kat negara kita tidak ada musim luruh jadi cara manual adalah cara terbaik. Jangan lupa bubuh baja buah dan subur dipanggal pokok. Kemudian nanti anda boleh tutkan pokok tersebut dgn variati epal yang anda inginkan. Maka tidak perlulah membeli epal dah. petik sajor buah epal kat laman rumah. Puas hati. Selamat mencuba....
pokok epal aku baru usia 6 bulan belum boleh buat apa-apa
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh tq tq for the tips. mmg masih belum buat apa2 lagi sebab tak sure what to do.
ko tanam epal jenis apa? menarik ni. share lah info
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa-apa jenis buah tempatan pun boleh dilakukan seperti mangga, rambutan, dan lain-lain tapi dlm fikiran aku mangga lah yang paling sesuai sebab boleh guna jenis/variati mangga import from thailand, Filipina, Indonesia dan negara-negara lain. Mangga siam, mangga manila, mangga madu, mangga kelapa, mangga segala mangga yang enak dalam satu pokok. Tidakkah cantik tu bro?.... jom try
|
|
|
|
|
|
|
|
btw, pokok aku ni dari seeds - aku semai.
buah dia variety rose or pacific rose. beli kt ladang epal masa visit nz. taktau le klu bole hasilkan buah yg sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tanam epal jenis royal, chinese epal, epal hijau dan banyak lagi lah. Nama-nama itu aku ambil dari stiker yg terlekat pada buah tersebut. Dalam proses tumbuhbesaran. Tanam menggunakan biji dari buah epal yang dijual di pasaraya sajor. Masuk dalam peti sejuk untuk simulasi penyemaian. 100% berjaya bercambah. Boleh buat bisnes ni... untung beb
Pokok epal beli ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
semai jugak mcm ko. same technique. hihihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada mustahil kat dunia ni bro.... jika pandai take the risk semuanya ok malah berbaloi dengan reward di kemudian hari. Try alihkan ke tanah dulu agar pokoknya cepat membesar. Tentu jenis epal yang yummy yummy sedap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|