View: 1752|Reply: 2
|
5 Sikap Lelaki 'Bunuh' Perasaan Wanita
[Copy link]
|
|
Punya wajah yang tampan bonus buat lelaki untuk pikat wanita dengan lebih cepat. Namun berhati-hati dengan sikap anda kerana ramai beranggapan lelaki tampan suka mempermainkan perasaan wanita.
Ketahui sikap lelaki tampan yang menakutkan wanita...
1. Kuat perasan Tidak semua tetapi kebanyakan lelaki 'ada rupa' lupa diri dan berlagak sombong. Kadang dengan gaya jalan pun boleh tahu. Jangan menyombong sangat ya, wanita cukup malas nak melayan karenah lelaki yang bajet kacak. Oppss!
2. Pilih bulu Wanita berkerjaya hebat dan cantik jalan berpegangan tangan dengan lelaki yang rupanya biasa-biasa sahaja. Golongan wanita beranggapan lelaki tampan pasti ramai peminat dan mereka berusaha menjauhkan diri daripada lelaki ini. Jadi, ubah sikap anda yang suka memilih bulu dalam berkawan.
3. Ikon kasanova Tidak pelik jika lelaki tampan digelar sebagai kasanova sekiranya mereka menjalinkan hubungan dengan ramai wanita dalam satu masa. Dilabel dengan gelaran itu ada kalanya menyeronokkan. Siapa yang tidak mahu digilai, namun berhati-hati kerana anda mungkin dapat pasangan dari ‘spesies’ yang sama.
4. Jenis suka bagi alasan Selalunya alasan yang dicipta itu adalah untuk melepaskan diri dan kerap kali juga alasan tidak masuk akal itu diterima pasangannya. Awas! Jika sekali anda jatuh cinta secara serius dan dipermainkan seperti itu, baru anda rasa sakitnya hati.
5. Mata Duitan Bukan wanita sahaja yang materialistik di dunia ini, begitu juga lelaki. Mereka menggunakan kelebihan untuk mengenakan wanita. Dengan wajah kacak, kebanyakan mereka berhubungan dengan wanita lebih kaya bagi menanggung hidup mereka. Hati-hati, jika silap langkah anda sendiri yang merana.
Lelaki, jika anda ada peluang dengan seorang wanita, jangan sesekali mainkan hati. Ingat, wajah yang tampan bukan jaminan untuk anda bahagia selamanya.
MINGGUANWANITA
|
|
|
|
|
|
|
|
EGO
sikap nie yg bnr2 m'bunuh perasaan wanita... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|