CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1727|Reply: 0

Solekan tak cantik?Ketahui Salah Anda

[Copy link]
Post time 11-9-2015 11:35 AM | Show all posts |Read mode

            
Puas ikut tunjuk ajar orang, tetapi masih ada yang tidak kena. Kening jadi tebal, bedak nampak berbelak, gincu comot, dan ada sahaja yang nampak tidak cantik. Sedangkan bila melihat teman yang lain mengenakannya, mereka nampak cantik! Bila dicuba pada wajah sendiri, jadi tidak elok langsung. Kemudian terus berputus asa. Tidak mahu bersolek lagi, kononnya tidak sesuai mengenakan mekap.
        Tahukah anda, semua wanita sesuai bersolek? Cuma ada yang boleh bermekap tebal, dan ada pula yang lebih sesuai dengan solekan tipis. Anda harus bijak mengenakan solekan agar tampak cantik pada anda. Apakah kesalahan ketika bermekap, Tip Kecantikan kali ini sesuai menjadi panduan buat anda!

        SALAH PILIH
  •                 Bedak Asas
                  Sebelum memilih bedak asas, anda harus tahu tona kulit anda. Walaupun anda cerah, ada masanya bedak asas berwarna cerah tidak sesuai dengan anda. Begitu juga bagi anda yang mempunyai kulit    hitam manis, belum tentu bedak asas warna gelap ‘masuk’ dengan warna kulit muka anda. Ketika mahu membeli bedak asas, dapatkan pandangan dari jurujual yang ada. Mereka boleh mencadangkan warna yang paling sesuai dengan rona kulit anda. Walaupun begitu, jika anda bersendirian ketika membeli bedak asas, anda boleh mengambil sedikit bedak asas tesebut dan sapukan pada rahang pipi anda.
        Biasanya rahang mempunyai tona yang sama seperti kulit muka. Jika ia seolah-olah meresap ke dalam kulit wajah anda, maka bedak asas tersebut sesuai. Untuk mendapatkan sapuan bedak asas yang rata, gunakan span khas. Penggunaan berus juga boleh, tetapi lebih sesuai buat anda yang sudah biasa.
  •                  Bedak Padat
                 Sama seperti bedak asas, pemilihan bedak padat juga sama penting. Pemilihannya sama sahaja seperti ketika anda membeli bedak asas. Warna yang paling sesuai untuk kulit adalah satu tona gelap   daripada kulit anda, terutamanya buat anda yang mempunyai kulit gelap. Tersalah beli, sapuan bedak akan tampak berbelak dan berwarna kelabu. Mempunyai kulit cerah juga memerlukan anda untuk memilih bedak padat yang sesuai supaya tidaklah solekan anda terlalu pucat. Jika anda memiliki kulit cerah, penggunaan BB Cream adalah lebih digalakkan, kemudian baharulah sapukan bedak pada wajah. Penggunaan bedak debu sebagai asas solekan juga tidak menjadi masalah, tetapi sapuannya lebih cantik sekiranya menggunakan berus kabuki

Rapi

               



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list