CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1911|Reply: 0

Berapa Kali Kena Bersenam Untuk Kurus?

[Copy link]
Post time 15-9-2015 09:50 AM | Show all posts |Read mode

        Menurut seorang jurulatih profesional dan pengarang buku Total Body Transformation, Michelle Bridge, jumlah masa yang diperuntukkan untuk bersenam dapat membantu proses menurunkan berat badan. Katanya lagi, nombor ajaib untuk bersenam adalah enam kali seminggu, dalam tempoh masa 50-60 minit setiap kali. Untuk memulakan rutin ini agak payah, tapi jika diamalkan secara konsisten, ia akan menjadi satu tabiat.

        Menurut Michelle lagi, apabila sudah terbiasa melakukan senaman, seseorang itu tidak akan berfikir dua kali untuk bersenam setiap hari. Bagi mengurangkan keletihan otot-otot badan, Michelle mencadangkan anda membuat kumpulan senaman yang berbeza:-

        3 hari untuk senaman berat seperti latihan interval, diikuti 2 hari selepas itu dengan senaman yang sederhana. Hari terakhiri (1 hari), rehatkan tubuh anda dengan senaman yang ringan. Kata Michelle, tidak perlu bersenam bagaikan atlet Olimpik, cukup sekadar melatih diri untuk menjadikan senaman satu tabiat. Michelle turut memberitahu jika anda terlepas 2 hari senaman pun tidak mengapa, kerana ia sudah menjadi latihan konsisten dibandingkan jika anda hanya bersenam tiga kali seminggu.

        Tip paling mudah, carilah senaman terbaik yang paling sesuai dengan tubuh anda dan paling penting anda juga sukakannya. Selamat bersenam!

rapi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049745 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list