|
Pemerah bibir tentunya amat penting buat si gadis. Kalau tak suka bersolek sangat pun, pasti lipstick atau lip balm ada dalam simpananmu.
Tak tahu macam mana nak matching lipstik ikut kesesuaian warna kulit dan waktu? Jawapannya di sini...

Warna Kulit
1. Rule no. 1, carilah warna lipstik yang hampir sama dengan warna bibir dan kulit.
2. Untuk kamu yang berkulit gelap, warna plum, wine atau merah menyala sangat sesuai untuk menaikkan aura serimu.
3. Mereka yang berkulit putih atau pucat pula, warna pink atau oren adalah pilihan yang bijak.
4. Untuk kulit cerah, pilih gincu yang punya warna kecoklatan.

Ikut Waktu
1. Waktu pagi, gunakan lipstik dengan warna-warna muda. Malam pula, warna yang lebih gelap atau tua.
2. Lipstik yang punya kesan matte, creamy atau tipis sesuai untuk digunakan pada waktu pagi.
3. Lipstik dengan efek shine dan glossy pula sengat sesuai untuk kamu gunakan tatkala menghadiri majlis-majlis seperti makan malam dan hari jadi.
Lakukan Eksperimen
Sesekali tak salah pun nak bereksperimen. Campurkan warna koleksi lipstik kamu untuk mendapatkan warna yang paling 'ngam' dengan kamu.

Teknik Merias Bibir
1. Gunakan sedikit bedak asas dan sepukan tipis-tipis pada bibir. Biarkan ia kering sebentar.
2. Kemudian, sapukan sedikit bedak tabur setelah bedak asas mengering.
3. Bentuk bibir kamu dengan penggaris bibir. Fungsinya ada dua, untuk menyempurnakan bentuk bibir dan sekaligus membatasi penggunaan lipstik agar tidak terkeluar dari bibir.
-remaja-
|
|