CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2136|Reply: 1

Ini Yang Akan Terjadi Jika Kamu Selalu Senyum

[Copy link]
Post time 18-9-2015 12:09 PM | Show all posts |Read mode
                    Tidak dinafikan, ada dikalangan kita yang suka senyum, ramah dan mudah bergaul, meskipun berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

        Memang bagus jika murah dengan senyuman dan ramah. Tapi persoalannya, apa yang akan terjadi jika kamu suka senyum?

        Jom baca artikel ini sambil senyum.

       

        1. Kerana murah dengan senyuman, orang-orang di sekeliling mudah untuk bercakap dengan kamu. Kamu seperti magnet, aura positif yang ada pada kamu menarik minat banyak orang.

        2. Jika ditanyakan mengenai kamu, di mata orang lain pasti menggambarkan kamu sebagai ramah dan menyenangkan.

        3. Senyum melambangkan sikap keterbukaan. Kamu sering menjadi tempah untuk mendengar pendapat, keluhan, gosip atau apa-apa perkara yang orang di sekelilingmu ingin sampaikan.

       

        4. Tetapi, bukan semua perkara yang kamu ingin dengar dan gemari. Kerana terbiasa dan tak nak nampak sombong, kamu pun cuba 'pasang telinga' sambil 'senyum terpaksa'.

        5. Kamu senyum pada orang yang kamu tidak kenali sehingga mereka sangka kamu inginkan sesuatu. "Ya cik, boleh saya bantu?"

        6. Senyumanmu membuat orang tersalah sangka, seperti isyarat ingin 'mengorat' atau 'menunjuk minat'. Walhal, kamu memang ramah pada mereka yang baik dengan kamu.

        7. Andai kamu tiba-tiba sahaja murung pada satu hari, tentu orang lain akan mudah perasan kerana wajah kamu tak lengkap dengan seuntai senyuman.

       

        8. Kamu juga boleh senyum pada waktu yang tidak sepatutnya, seperti ketika bertengkar atau tidak suka pada sesuatu.

        9. Kamu diangggap seperti tidak ambil serius kerana senyum di saat pasangan kamu atau orang yang kamu rapat sedang naik angin atau berleter.

        10. Kamu tahu bahawa senyum itu satu ibadah. Jadi, teruskan senyum.


-remaja-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 12:24 PM | Show all posts
senyum walau di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.194065 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list