View: 1595|Reply: 0
|
Rahsia Kelihatan Kurus Ketika Berpakaian!
[Copy link]
|
|
Kurang yakin dengan penampilan kamu dan Ingin kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar ? Okay sit back and relax, REMAJA ada beberapa tip yang boleh dikongsikan pada kamu semua.
# 1 | POTONGAN PEPLUM
Tidak kira sama ada skirt, baju ata apa sahaja pakaian yang mempunyai potongan peplum, ia mampu membuatkan tubuh badan kelihatan lebih kecil berbanding saiz sebenar. Ini kerana, potongan ini akan mencipta ilusi ramping di bahagian pingang dan menampakkan tubuh berbentuk seperti ‘hour glass’. Potongan ini sangat sesuai buat gadis yang mempunyai masalah bentuk tubuh seperti petak, bulat, dan tiga segi. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyamarkan masalah buncit yang sukar di sembunyikan.
# 2 | BODY SUIT
Pakaian ini sangat sesuai buat gadis kerana selalunya jenis pakaian seperti ini akan ‘grip’ di badan hingga mampu menampakkan tubuh badan lebih ramping dan tidak mengelebeh. Jika kamu rasa kurang selesa dengan pakaian yang terlalu ketat kamu boleh jadikan ia sebagai ‘korset’ atau kenakan ia dengan sehelai kardigan / blazer yang sesuai.
# 3 | SLIMMING UNDERGARMENTS
Kegunaannya untuk memberi ilusi ramping di bahagian perut terutamanya apabila kamu mengenakan pakaian yang mengikut bentuk tubuh. Slimming undergrament juga mampu membuatkan posture tubuh lebih cantik dan tegap. Psst, pakaian ini juga mampu membantu kamu mengawal pemakanan kerana ia akan mengecilkan bahagian perut dan jika kamu makan ia akan memberi ‘amaran’ pada kamu untuk berhenti makan, percayalah!
# 4 | PAKAIAN GELAP
Girls, percayalah walaupun tip ini terlalu klise dan bosan tetapi ia tidak akan pernah lapuk! Pemakaian baju berwarna gelap seperti hitam, coklat atau biru gelap memang akan membantu kamu kelihatan lebih kecil berbanding saiz sebenar. Tetapi jangan pula kamu kenakan warna gelap dari hujung rambut ke hujung kaki pulak ya! Bijak gabungkan warna gelap dengan sehelai top yang berwarna cerah ya. Sekurang-kurangnya tidaklah kamu kelihatan membosankan dan sangat menakutkan!
# 5 | HIGHWAISTS
Muffin top, spare tayre, lemak lebihan dan apa sahaja gelaran pada lemak memang memalukan dan tidak cool! Jadi, sebelum perkataan ini melekat pada kamu. Pastikan seluar yang kamu pakai itu mengikut potongan badan dan tidak menyebabkan segala kelemahan terlihat. Seluar highwaist sangat sesuai buat gadis yang mempunyai masalah kegemukan di bahagian perut dan pinggul. Cara ini juga mampu memperlihatkan tubuh badan lebih ramping dan berbentuk ‘hour glass’. Girls, selain seluar kamu juga boleh kenakan skirt yang mempunyai potongan sama seperti ini. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut korang juga boleh tonton video ini agar kamu lebih yakin dengan tubuh badan yang kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar.
-remaja-
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|