CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3301|Reply: 4

Bolehkah Persahabatan Itu Buat Selamanya?

[Copy link]
Post time 21-9-2015 08:29 AM | Show all posts |Read mode
        Siapa tak takut andai kehilangan sahabat baik. Tidak terbayang apa akan berlaku tanpa dia di sisi.

        Mengekalkan persahabatan yang terjalin amatlah penting dan ada pelbagai cara untuk terus mengukuhkan persahabatan yang terbina.

        Maka, jadilah sahabat terbaik kepada teman-teman kamu. Dan ingat, sahabat yang baik adalah mereka yang membawa kepada kebaikan. -

        Apa yang perlu ada agar persahabatan yang dibina tetap utuh?

       

        Praktikkan Lima Perkara Ini

        1. Jujur - Inilah syarat utama dalam konteks persahabatan. Dengan adanya kejujuran, kamu dan sahabat akan semakin terhubung dengan ikatan yang kuat.

        2. Menjaga rahsia - Belajarlah untuk menjaga rahsia sahabat kamu. Jadilah orang yang paling dipercayai oleh sahabat kerana berkongsi rahsia ternyata tidak boleh dilakukan bersama orang lain.

       

        3. Minta maaf - Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Jadi jangan takut meminta maaf jika berbuat salah. Sebaliknya jika sahabat yang bersalah, maafkan dia.

        4. Jangan buruk sangka - Curiga dan buruk sangka pada sahabat dengan rasa iri yang tinggi. Hilangkan perasaan itu ketika sahabat adakalanya gagal memenuhi permintaanmu. Lebih baik tanyakan terus daripada mengambil kira perkara yang tidak benar.
       
                        5. Terima kasih - Selain meminta maaf, ucapan terima kasih terkadang juga masih sering diabaikan oleh sebahagian orang. Ucapan terima kasih itu sudah mampu membuatkan persahabatan semakin kuat.
       
                       
       
                        Tip Bersahabat
       
                        1. Konflik adalah sebahagian daripada persahabatan. Tangani dan jangan biar kemarahan merenggangkan hubungan kamu dengan rakan.
       
                        2. Komunikasi sangat penting, kawan tidak boleh membaca fikiran kamu. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan, beritahulah.
       
                        3. Jangan layan sahabatmu seperti mana kamu mahu dilayani. Bukan setiap orang mahu seperti yang kita mahukan. Hormatilah permintaannya.
       
                       
       
                        4. Sentiasa berikan galakan dan jika perlu berikan kejutan semasa hari penting seperti sambutan hari lahir.

        5. Jangan tinggalkan rakan dan membiarkannya keseorangan apabila berlaku masalah. Berilah sokongan!

        6. Rancang sambutan ulang tahun persahabatan kamu sebagai tanda penghargaan. Pasti menyeronokkan.

       

        7. Perbaiki diri dan kamu akan mempengaruhi mereka ke arah kebaikan. Kawan adalah pengaruh yang besar ke atas kesihatan kamu, tabiat dan aspirasi serta begitu juga sebaliknya.

        8. Sentiasa mencuri masa untuk bertemu dan berkongsi cerita untuk mengeratkan persahabatan. 'Have fun together!'
        -remaja-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju. asas sebuah persahabatan tu perlu kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 04:19 PM | Show all posts
dah cuba kekalkan persahabatan sebaik yang mungkin..kalau tak dihargai nak wat macam mana..kena terima hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 01:28 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Aku ada sorang sahabat yang selalu ada masa susah dan senang. Kenal masa sama sama sambung degree. Sekelas, serumah, sebilik, secawan dan semangkuk maggy.

Sebabkan dia aku berubah jadi manusia yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 02:57 PM | Show all posts
Bersyukur ada sahabat tika senang dan susah. ketawa dan menangis bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047738 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list