CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 2

Perihal Alat Sulit Lelaki

[Copy link]
Post time 6-10-2015 01:14 PM | Show all posts |Read mode

        Biarpun alat sulit teman rapat anda, tidak pernah meninggalkan anda, tetapi masih ada beberapa rahsia mengenainya yang tidak anda ketahui. Pernahkah anda mengalami masalah ‘bocor’, masih ada setitis dua air kencing yang keluar selepas anda selesai ke tandas? Menurut pakar urologi di University of Texas Medical Branch, Joseph Sonstein, M.D., apabila bahagian uretra, iaitu tiub yang membawa air kencing ke pangkal penis, ‘terlari’ sedikit kedudukannya, perkara ini akan berlaku. Jangan risau, ia adalah normal. Walaupun begitu, jika aliran air kencing adalah lemah dan kerap menitis, ia mungkin petanda jangkitan mahupun simptom kanser prostat.

        *Kenapa lambat?
        Seperti setitis dua air kencing yang menitis selepas selesai membuang air kecil, kebocoran ejakulasi juga akan keluar selepas anda terangsang. Usah risau kerana keadaan ini adalah sama seperti kes air kencing yang diterangkan tadi. Memandangkan lendir ini lebih pekat berbanding air kencing, maka  ia mengambil masa untuk keluar sepenuhnya.

        *Kecut ketika basah?
        Bukan basah yang menyebabkan keadaan ini. Untuk pengetahuan anda, apabila alat sulit anda terdedah kepada air atau suhu sejuk, ia akan mengecut. Sperma memerlukan suhu tertentu untuk bertindak aktif. Apabila anda berada di dalam keadaan sejuk, bahagian skrotum akan ditarik ke tubuh anda. Oleh itu, ia tampak seperti mengecut.

        *Bina ‘khemah’ di pagi hari
        Tahap hormon testosterone anda meningkat pada waktu pagi. Walaupun anda tidak terangsang, alat sulit anda tetap akan ‘naik’. Ia sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan fungsi seksual yang berkesan.

        *Kenapa ‘mimpi basah’ terjadi?
        Perkara ini mungkin berlaku kerana tahap testosterone yang tinggi dan biasanya berlaku ketika anda tidur. Oleh sebab itulah, kebanyakan lelaki yang mempunyai tahap testosterone yang tinggi akan mengalami ‘mimpi basah’ ketika sedang tidur.dikatakan keadaan ini biasanya berlaku ketika seorang lelaki itu baru melalui tempoh terangsang, yang dapat membantu penghasilan sprema baru yang berkualiti.
MASKULIN




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 02:41 PM | Show all posts
Bina ‘khemah’ di pagi hari... ushh patut le ada khemah kat kain pagi pagi...emmm normal lah gituya. kena bersyukur teman rapat bole membina khemah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 11:10 PM | Show all posts
khemah pagi pagi mencanak kt depan muke, hahahaha, subu lerrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043994 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list