Tak salah kalau anda punya kualiti sebagai seorang gentleman. No need for suit & tie untuk menjadikan lelaki itu seorang gentleman.
Yang penting adalah sikap, perlakuan dan pembawakan diri anda. Adakah anda ciri-ciri seorang gentleman sejati?
Cuba perhatikan tanda-tanda yang kami senaraikan.
#Maskulin15tahun #Maskulin15 #celebratewithstyle
1. Si jarang tertunggu-tunggu anda membalas mesej. Walau sesibuk mana atau anda bukanlah seorang yang gemar ‘texting’, anda tidak akan membuatkan si dia menunggu response dari anda selama berjam-jam.
2. Anda menjadikan hari-hari dia lebih bahagia bersama. Dia tak pernah bosan dengan anda walaupun menjalani kehidupan biasa setiap hari, kerana anda menghargai masa bila berdua.
3. Si dia bangga untuk membawanya mendekati keluarga dan teman-teman berbanding takut anda akan memalukan dia di hadapan mereka. Ini kerana anda pandai membawa diri, bergaul dan ‘behave’ di hadapan orang tua dan sebaya.
4. Apabila kawan baik si dia putus cinta, si dia mampu meyakinkannya rakannya yang dia akan mendapat someone better, seperti apa yang dia ada hari ini.
5. Bila si dia perlukan anda, anda akan berada di sisinya. Tak akan ada ‘drama’ dan paksaan.
6. Si dia tahu anda benar-benar ‘sukakan dia’ kerana sayang dan cinta. Bukan kerana kesunyian, ambil kesempatan atau ‘ada udang di sebalik batu.’
7. Terasa selamat apabila anda berada di sekelilingnya. Macam ada bodyguard.
8. Anda menjadikan kehidupannya seperti seorang gadis menjadi sempurna. Dicintai dan mencintai.
9. Jarang si dia berleter dan membebel atas ketidakpuasan hati terhadap perlakuan anda. Anda tahu apa keperluan dan perhatian yang dia inginkan.
10. Si dia tahu anda pandai menyimpan rahsia anda berdua dari pengetahuan sesiapa, walaupun rakan baiknya sendiri.
11. Anda tidak takut pada komitmen, tetapi tidak seorang yang ‘rush for it’. Segala perlakuannya nampak rasional, tenang, cool dan steady.
12. Jarang anda becerita tentang miss ex, kecuali bila ada topik-topik ‘berkaitan’. Tetapi, tentu perkataannya ‘berlapik’, demi menjaga hati si dia.
13. Si dia tahu anda boleh menerima kelemahan dan kesilapan anda. Juga anda ada bersama si dia pada naik dan turun dalam kehidupan anda, dikala waktu susah dan senang.
14. Anda sentiasa memberikan layanan yang terbaik buat si dia walaupun pada ‘perkara-perkara kecil’ seperti tolong bukakan pintu dan memerhatikan si dia melintas jalan. Raut muka anda tentu serius jika anda tahu orang melayan si dia secara buruk.
15. Akhir sekali, si dia pasti tidak akan menyangka betapa simple dan mudahnya menjalinkan hubungan anda. Perasaan tidak selamat, rasa tidak dihargai dan diabaikan pada hubungan bersama ex dulu tidak lagi berulang, bila bersama anda.